Sekolah Kebangsaan Bilit

Sekolah Kebangsaan Bilit Laman Facebook Rasmi Sekolah Kebangsaan Bilit Kinabatangan. Alpha & Be Extraordinary!

29/05/2026
27/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
MAAF ZAHIR & BATIN.

​Pihak pengurusan dan seluruh warga sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua guru,kakitangan, ibu bapa,dan murid-murid.

​Semoga hari raya yang penuh keberkatan ini mendidik jiwa kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan,dan ketaatan yang sebenar.
​Selamat menyambut Hari Raya Korban dan selamat bercuti bersama keluarga tercinta!



KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KINABATANGAN 2026Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet SK Bilit yang telah menunjukkan...
15/05/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KINABATANGAN 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet SK Bilit yang telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan kesungguhan sepanjang penyertaan dalam Kejohanan Olahraga MSSD Kinabatangan 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada para jurulatih, pentadbir sekolah, petugas, guru-guru serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan, dorongan dan komitmen sepanjang kejohanan berlangsung.

Ucapan terima kasih khas juga kepada Syarikat Life Water 生命泉源 atas sumbangan dan tajaan bekalan air minuman sepanjang kejohanan. Sokongan yang diberikan amat dihargai dan banyak membantu kelancaran kejohanan.

Kalah dan menang adalah adat pertandingan. Apa yang lebih penting ialah pengalaman, semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan keberanian untuk mencuba yang menjadi kenangan dan pembelajaran paling berharga buat semua atlet.

Teruskan berusaha, jangan mudah berputus asa dan semoga SK Bilit terus melakar kejayaan pada masa akan datang.






Life Water 生命泉源

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SK BILIT DAN KERIAN EDUTECH 2.0 VIRTUAL FUN RUN PERINGKAT ANTARABANGSATahniah dan syab...
06/05/2026

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SK BILIT DAN KERIAN EDUTECH 2.0 VIRTUAL FUN RUN PERINGKAT ANTARABANGSA

Tahniah dan syabas kepada semua murid, guru serta ibu bapa yang telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Merentas Desa peringkat SK Bilit serta Kerian Edutech 2.0 Virtual Fun Run Peringkat Antarabangsa!

Penyertaan ini bukan sahaja mencerminkan semangat kesukanan yang tinggi, malah membuktikan komitmen warga SK Bilit dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.

Program ini juga menjadi platform terbaik untuk mengeratkan hubungan komuniti serta memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman menyertai acara bertaraf antarabangsa walaupun secara maya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Balai Polis Sukau atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang program berlangsung.

Teruskan melangkah, kekal cergas dan jadikan amalan hidup sihat sebagai budaya kita!






📚✨ PROGRAM BENGKEL PEMANTAPAN PBD SAINS  SK BILIT | 16 April 2026 (Khamis)Telah berlangsung dengan jayanya Program Bengk...
21/04/2026

📚✨ PROGRAM BENGKEL PEMANTAPAN PBD SAINS
SK BILIT | 16 April 2026 (Khamis)

Telah berlangsung dengan jayanya Program Bengkel Pemantapan PBD Sains peringkat SK Bilit yang melibatkan para guru dalam usaha memperkukuh kefahaman serta pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi subjek Sains.

Program ini bertujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran melalui perkongsian ilmu, perbincangan profesional serta penambahbaikan amalan pentaksiran secara berterusan.

Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya demi melahirkan murid yang berfikiran kritis, kreatif dan berdaya saing. 🌱🔬

Terima kasih tidak terhingga buat Pn Salmah ❤️

Sambutan Mega Raya peringkat SK Bilit yang telah dilaksanakan pada 15 April 2026 berlangsung dengan lancar dan penuh kec...
16/04/2026

Sambutan Mega Raya peringkat SK Bilit yang telah dilaksanakan pada 15 April 2026 berlangsung dengan lancar dan penuh keceriaan. Alhamdulillah, walaupun disambut secara sederhana, namun tetap meriah dengan penglibatan seluruh warga sekolah.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian anugerah sebagai tanda penghargaan kepada murid-murid, staf, ibu bapa serta komuniti setempat atas sokongan dan pencapaian yang membanggakan. Selain itu, sambutan hari lahir Cikgu Sabriana Wen turut menambahkan lagi kemeriahan dan menceriakan suasana majlis.

Semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kebersamaan serta menyemarakkan suasana harmoni di sekolah pada masa akan datang. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat serta para tetamu yang hadir memeriahkan Sambutan Mega Raya SK Bilit.

RAYA KITA SKBK 2026
11/04/2026

RAYA KITA SKBK 2026

Selamat Hari Raya dari kami warga sekolah! 🌙✨Video khas ini dihasilkan sebagai tanda kebersamaan, semangat kekeluargaan dan kegembiraan dalam menyambut Aidi...

10 April 2026 : Memulakan pagi Jumaat dengan bacaan Al Quran bersama warga sekolah, turut serta Tn Guru Besar Tango Dica...
10/04/2026

10 April 2026 : Memulakan pagi Jumaat dengan bacaan Al Quran bersama warga sekolah, turut serta Tn Guru Besar Tango Dicaprio bersama anak-anak pelajar..

Address

SK Bilit
Bilit

Opening Hours

Monday 07:15 - 16:45
Tuesday 07:15 - 16:45
Wednesday 07:15 - 16:45
Thursday 07:15 - 16:45
Friday 07:15 - 16:45

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Bilit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Bilit:

Shortcuts

Share

Category