Rumah Ngaji AlHidayah Tanjung Malim

Rumah Ngaji AlHidayah Tanjung Malim Mari Celik & Cinta Al Quran bersama RumahNgaji Mahirah. “Bijak Belajar Quran”

Membaca Al Quran atau mengaji seharusnya menjadi rutin harian bagi seseorang muslim. Ia bukanlah perkara yang dilakukan ...
10/06/2025

Membaca Al Quran atau mengaji seharusnya menjadi rutin harian bagi seseorang muslim. Ia bukanlah perkara yang dilakukan ketika waktu lapang sebaliknya kita yang harus melapangkan masa untuk membacanya.

Penting bagi seorang muslim tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa untuk menjadi mahir dan berusaha memperbaiki bacaan dengan tajwid yang tepat bersama seorang guru demi membaca Kitabullah ini.

Surah Al-Kahfimalam Jumaat atau hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan dalil hadis yang darjatny...
28/06/2024

Surah Al-Kahfi

malam Jumaat atau hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan dalil hadis yang darjatnya sahih daripada Nabi SAW.

Pertama:
“Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Riwayat ad-Darimi)

Kedua:
“Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Antara kelebihan Surah al-Kahfi adalah seperti yang diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.” (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat Abu Dawud p**a, seperti yang dikatakan oleh Qatadah, Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah al- Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal.”

Berdasarkan hadis itu, secara ringkasnya ada dua pendapat mengenai kelebihan membaca Surah al-Kahfi iaitu bacaan 10 ayat yang terawal dan 10 ayat terakhir.

Mengapa 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir di-pilih?

Sepuluh ayat terawal memperihalkan mengenai kenyataan al-Quran dan keadaan orang yang kufur serta orang yang beriman terhadap al-Quran manakala 10 ayat yang terakhir p**a menunjukkan natijah bagi mereka yang beriman dan kufur.

Dengan menghafal ayat awal dan ayat akhir surah itu akan menambahkan lagi keimanan bagi mereka yang benar-benar mentadabburkan ayat al-Quran serta mengharap pemeliharaan Allah SWT daripada fitnah dajjal.

Membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya dan lebih baik membaca satu surah lengkap.

Ini kerana surah al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.

Tinta Murabbi

24/02/2024
Jika kita ingin menjadi hamba yang baik, mengingati Allah swt itu merupakan satu kemestian.
16/01/2024

Jika kita ingin menjadi hamba yang baik, mengingati Allah swt itu merupakan satu kemestian.

Address

TAMAN IMPIANA BIDOR
Bidor
35500

Telephone

0134258061

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Ngaji AlHidayah Tanjung Malim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category