SK Pos Gedong

Call Directions Website

SK Pos Gedong Selamat datang ke SK Pos Gedong, Bidor. http://www.skposgedong.edu.my

TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰Tahniah dan syabas diucapkan kepada 3 orang murid SK Pos Gedong :1. Aiman Danial a/l Awing 2. Mika bi...
21/09/2026

TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 3 orang murid SK Pos Gedong :

1. Aiman Danial a/l Awing
2. Mika binti Naiful
3. Hanis Ayana a/p Bah Sanderi

atas kejayaan menerima Anugerah Ketua Pengakap Negara (Rambu Pengakap Kanak-Kanak).

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus berusaha, berdisiplin dan mengharumkan nama SK Pos Gedong.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! πŸ‡²πŸ‡ΎSemoga semangat perpaduan terus subur dalam diri kita. Berbeza budaya, bangsa...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semoga semangat perpaduan terus subur dalam diri kita. Berbeza budaya, bangsa dan latar belakang, namun tetap bersatu sebagai satu keluarga Malaysia. β€οΈπŸ’™πŸ’›

β€œSatu Tanah Air, Satu Bangsa, Satu Malaysia.”

πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸ†Warga SK Pos Gedong merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada En. Arjun Raj Singh Dhillo...
14/09/2026

πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸ†

Warga SK Pos Gedong merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada En. Arjun Raj Singh Dhillon a/l Jagger Singh atas kejayaan melayakkan diri sebagai salah seorang daripada 15 finalis kebangsaan dalam Pertandingan SpeakEd (Speak Education) Bahasa Inggeris Petah KPM 2026. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ€

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat seluruh warga SK Pos Gedong.

Terus melangkah dengan yakin, teruskan mencipta kejayaan dan harumkan nama sekolah di pentas kebangsaan! πŸŒŸπŸ‘

β€œTerus Melangkah Cemerlang ke Pentas Kebangsaan.” πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sekitar Hari Interaksi SK Pos Gedong.Program ini memberi ruang kepada guru dan ibu bapa untuk berkongsi maklumat, membin...
21/08/2026

Sekitar Hari Interaksi SK Pos Gedong.

Program ini memberi ruang kepada guru dan ibu bapa untuk berkongsi maklumat, membincangkan perkembangan akademik serta sahsiah murid di samping merancang langkah-langkah penambahbaikan secara bersama.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga atas komitmen, kehadiran serta kerjasama yang diberikan.

Semoga hubungan strategik antara sekolah dan ibu bapa ini terus diperkukuh demi merealisasikan potensi serta kecemerlangan setiap anak didik

10/08/2026

SEBUAH PERPISAHAN, SEJUTA KENANGAN

Walaupun hanya seketika kita bersama, terlalu banyak ilmu, nasihat dan pengalaman yang telah dititipkan kepada kami. Setiap teguran menjadi pedoman, setiap nasihat menjadi panduan, dan setiap tunjuk ajar akan kami simpan sebagai bekalan dalam meneruskan perjalanan.

Mungkin selepas ini langkah kita tidak lagi seiring di tempat yang sama, namun segala ilmu dan kenangan yang ditinggalkan akan terus hidup dalam ingatan.

Terima kasih atas segala jasa, bimbingan dan kepimpinan.

Perginya seorang pemimpin bukan bererti berakhirnya sebuah cerita, tetapi bermulanya lembaran baharu dengan doa dan harapan yang mengiringi.

Selamat maju jaya di sekolah baru.
Jasa dikenang, budi disanjung, kenangan kekal di hati. ❀️

🌷 Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami.

Selamat datang dan selamat bertugas kepada Encik Nasri Omar bin Ahmad Yahya, Guru Besar SK Pos Gedong yang baharu. Semog...
10/08/2026

Selamat datang dan selamat bertugas kepada Encik Nasri Omar bin Ahmad Yahya, Guru Besar SK Pos Gedong yang baharu. Semoga kehadiran Tuan membawa sinar baharu serta terus memacu kecemerlangan sekolah. Selamat datang ke keluarga SK Pos Gedong πŸ’

Setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, kepimpinan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan. Semoga terus cemerlang...
10/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, kepimpinan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan. Semoga terus cemerlang di tempat baharu. Selamat maju jaya, Tuan Guru Besar.

πŸŒ™ Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H πŸŒ™Warga Sekolah Kebangsaan Pos Gedong ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Mu...
17/06/2026

πŸŒ™ Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H πŸŒ™

Warga Sekolah Kebangsaan Pos Gedong ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1448 Hijrah kepada seluruh umat Islam. Semoga kedatangan tahun baharu ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaiki diri, memperkukuh iman serta meningkatkan azam ke arah kejayaan dan keberkatan hidup.

Ikhlas daripada,
Warga SK Pos Gedong, Bidor, Perak

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidiladha 1447H βœ¨πŸŒ™Warga SK Pos Gedong ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga sekola...
27/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidiladha 1447H βœ¨πŸŒ™

Warga SK Pos Gedong ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa serta masyarakat. Semoga Hari Raya Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, mengajar erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan. Selamat menyambut Aidiladha kepada semua. ✨

Ikhlas daripada warga SK Pos Gedong, Bidor, Perak.

πŸ“šβœ¨ Selamat bercuti diucapkan kepada seluruh murid, guru serta ibu bapa. Semoga cuti ini dimanfaatkan dengan sebaiknya un...
23/05/2026

πŸ“šβœ¨ Selamat bercuti diucapkan kepada seluruh murid, guru serta ibu bapa. Semoga cuti ini dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga dan mengisi masa dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Semoga kembali ke sesi persekolahan dengan semangat baharu, ceria dan lebih bersemangat dalam menimba ilmu. πŸ“–πŸŒŸ

Address

Peti Surat 20
Bidor
35500

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+601110718028

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Pos Gedong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category