Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor

Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor BERSATU MENUJU KECEMERLANGAN

Alamat :Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor,
Jalan Teluk Intan,
35500, Bidor,
Perak Darul Ridzuan.

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD LELAKI BATANG PADANG 2026Tarikh : 25 April 2026 (Sabtu)Tempat : Gelanggang Bola Tampar SMJK C...
26/04/2026

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD LELAKI BATANG PADANG 2026

Tarikh : 25 April 2026 (Sabtu)
Tempat : Gelanggang Bola Tampar SMJK Choong Hua

TAHNIAH DAN SYABAS kepada pemain Bola Tampar Lelaki SMK Bidor atas kejayaan memperoleh tempat ke-3 dalam Kejohanan MSSD Bola Tampar pada tahun 2026.

Kejayaan yang termanis pada tahun ini ialah dengan menjadi JOHAN kumpulan walaupun berada dalam kelompok pasukan bola tampar terbaik di Batang Padang.

Terima kasih juga kepada guru-guru dan pihak yang terlibat dalam membantu kejayaan pasukan SMK Bidor.


MAJLIS SELAUT KASIH SEGUNUNG KASIHTarikh : 10 April 2026Tempat : Sesi Pagi - Dewan TerbukaSesi Petang - Rhazz Padi Kafe,...
12/04/2026

MAJLIS SELAUT KASIH SEGUNUNG KASIH

Tarikh : 10 April 2026
Tempat :
Sesi Pagi - Dewan Terbuka
Sesi Petang - Rhazz Padi Kafe, Chenderong Balai

Majlis Persaraan Tn. Haji Mohd Azali bin Maarof, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Bidor.

🌹 SELAMAT BERSARA, JASAMU DIKENANG SELAMANYA 🌹

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seorang insan pendidik yang telah mencurahkan bakti tanpa jemu sepanjang perkhidmatan.

Segala ilmu, bimbingan dan pengorbanan yang dicurahkan akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami. Sesungguhnya, jasa seorang guru tidak mampu dibalas dengan kata-kata, namun akan terus hidup dalam kejayaan anak-anak didiknya.

Bermulanya memegang amanah sebagai insan yang membentuk kemenjadian murid untuk menjadi generasi yang berjaya pada tahun 1995 sehingga tamatnya tempoh perkhidmatan pada 9 April 2026 yang lalu. Tempoh 31 tahun mendidik anak bangsa menjadi bukti kehebatan Cikgu Azali sebagai seorang guru.

Hari ini bukanlah pengakhiran, tetapi permulaan kepada satu fasa kehidupan yang lebih tenang dan bermakna.

✨ Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga serta keberkatan dalam setiap langkah selepas ini.

Terima kasih cikgu, atas segala jasa dan pengorbanan.
“Guru umpama lilin, membakar diri menerangi orang lain.”

Salam persaraan, selamat melangkah ke alam baharu yang penuh ketenangan. 🌼


Kejohanan MSSD Bola Tampar Perempuan Batang Padang 2026Tarikh : 11 April 2026Tempat : SMJK CHOONG HUAALHAMDULILLAH DAN T...
12/04/2026

Kejohanan MSSD Bola Tampar Perempuan Batang Padang 2026

Tarikh : 11 April 2026
Tempat : SMJK CHOONG HUA

ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH!!!
Pasukan Bola Tampar Perempuan SMK Bidor berjaya mengekalkan kejuaraan dua tahun berturut-turut dalam Kejohanan MSSD Bola Tampar Perempuan.

Kejohanan yang dijalankan secara format liga disertai 5 sekolah. Pasukan SMK Bidor berjaya memenangi kesemua perlawanan sekali gus merangkul kejuaraan pada tahun ini.

Tahniah dan Syabas kepada semua pemain yang menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam kejohanan kali ini. Terima kasih kepada guru-guru yang berkorban masa dan tenaga untuk melatih pemain bola tampar sekolah.


Tahniah Calon Straight A’S Jumlah calon SPM 2025 yang mendapat Straight A’S menjadi 5 orangTahniah dan syabas kepada sem...
11/04/2026

Tahniah
Calon Straight A’S
Jumlah calon SPM 2025 yang mendapat Straight A’S menjadi 5 orang

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang bertungkus-lumus untuk mencapai kejayaan yang terbaik.

Calon Straight A’S

1. HAREESHVHARMAN A/L THIYAHARAJAN - 11A (8A+, 3A)
2. KALAIYARASSI A/P GENGATHURAI - 11A (4A+, 7A)
3. AMRITA KAUR BHAL A/P JASPAL SINGH - 9A (2A+, 4A, 3A-)
4. MUHAMMAD AFIQ NAWFAL BIN YUSHANIF - 9A (3A+, 5A, 1A-)
5. MUHAMMAD HAIKAL BIN MOHD. ISMAIL - 8A (2A+, 6A)


Majlis Persaraan Pn. Jaya LetchumyTarikh : 3 April 2026 (Jumaat)Tempat : Tapak Perhimpunan SMK Bidor Masa : 7.30 pagiSel...
03/04/2026

Majlis Persaraan Pn. Jaya Letchumy

Tarikh : 3 April 2026 (Jumaat)
Tempat : Tapak Perhimpunan SMK Bidor
Masa : 7.30 pagi

Selamat Bersara Pn. Jaya Letcumy
Jutaan terima kasih kepada Pn. Jaya atas sumbang bakti kepada SMK Bidor sejak tahun 2011. Pihak sekolah mendoakan kesejahteraan kepada Pn. Jaya pada masa akan datang.

Segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang telah dicurahkan akan sentiasa terpahat di ingatan kami warga SMK Bidor.

Pergi ke taman memetik melati,
Indah warnanya sekuning padi,
Jasa dikenang sepenuh hati,
Budi puan kekal abadi.


MESYUARAT AGUNG PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) Kali ke-22 Tahun 2026Tarikh : 2 April 2026 (Khamis)Tempat : Dewan Ter...
03/04/2026

MESYUARAT AGUNG PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) Kali ke-22 Tahun 2026

Tarikh : 2 April 2026 (Khamis)
Tempat : Dewan Terbuka SMK Bidor
Masa : 2.30 petang

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 tahun 2026 telah dirasmikan oleh Inspektor Azri bin Azmi, iaitu Pegawai Perhubungan Sekolah dari IPD Tapah.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat bagi membincangkan usul-usulkan yang diketengahkan.

Tahniah diucapkan kepada Tn. Hj. Muhamad Azhar bin Yahya yang dilantik sebagai YDP PIBG SMK Bidor bagi tahun 2026. Semoga ahli jawatankuasa PIBG yang dilantik pada tahun ini dapat membantu meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid di SMK Bidor.


Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan SPM 2025Tarikh : 31 Mac 2026Tempat : Dewan Terbuka SMK Bidor Tahniah diucapkan kepada...
03/04/2026

Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan SPM 2025

Tarikh : 31 Mac 2026
Tempat : Dewan Terbuka SMK Bidor

Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM tahun 2025 yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang.

SPM 2025
PERATUS LULUS - 97.33
GPS - 4.75
STRAIGHT A'S 3
Tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada semua pentadbir, semua guru, kaunselor, AKP, dan semua warga sekolah atas kejayaan ini. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras semua pihak.

3 orang pelajar berjaya mendapat keputusan Straight A
1. HAREESHVHARMAN A/L THIYAHARAJAN - 8A+, 3A
2. MUHAMMAD HAIKAL BIN MOHD.ISMAIL - 2A+, 6A
3. AMRITA KAUR BHAL A/P JASPAL SINGH - 2A+, 4A, 3A-


Majlis Khatam al-Quran dan Iftar SMK Bidor Tahun 2026Tarikh : 11 Mac 2026Tempat : Surau dan Dewan Terbuka SMK Bidor Tahn...
13/03/2026

Majlis Khatam al-Quran dan Iftar SMK Bidor Tahun 2026

Tarikh : 11 Mac 2026
Tempat : Surau dan Dewan Terbuka SMK Bidor

Tahniah kepada murid-murid yang berjaya khatam al-Quran. Semoga murid yang berjaya ini terus menjadi insan yang sentiasa mencintai al-Quran dan menjadi insan yang berakhlak mulia.

Terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan majlis ini dengan lancar dan jayanya.


Doakan kejayaan atlet-atlet SMK Bidor yang mewakili daerah Batang Padang dalam Kejohanan Merentas Desa MSSPK. Semoga dap...
10/02/2026

Doakan kejayaan atlet-atlet SMK Bidor yang mewakili daerah Batang Padang dalam Kejohanan Merentas Desa MSSPK.
Semoga dapat menunjukkan aksi yang terbaik dan beroleh kejayaan

MAJLIS SANJUNG BUDI, LAMBAIAN KASIHPuan Hasnidah Bt. HashimSyabas dan tahniah, Cikgu Hasnidah atas perlantikan sebagai P...
10/02/2026

MAJLIS SANJUNG BUDI, LAMBAIAN KASIH
Puan Hasnidah Bt. Hashim

Syabas dan tahniah, Cikgu Hasnidah atas perlantikan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Syeikh Abdul Ghani.
Semoga terus berjaya dan cemerlang di sekolah baharu.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan pengorbanan cikgu sepanjang 21 tahun berkhidmat dan menabur bakti di SMK Bidor.
Terima kasih Cikgu. Semoga ukhuwah kita terus terjalin dan berkekalan

Kejohanan Merentas Desa SMK Bidor Kali ke-23 Tahun 2026Tarikh: 22 Januari 2026Masa: 7.30 pagiAlhamdulillah, Kejohanan Me...
22/01/2026

Kejohanan Merentas Desa SMK Bidor Kali ke-23 Tahun 2026

Tarikh: 22 Januari 2026
Masa: 7.30 pagi

Alhamdulillah, Kejohanan Merentas Desa pada tahun ini telah berjalan dengan jayanya.
Terima kasih kepada semua yang terlibat untuk memastikan Kejohanan Merentas Desa pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada YDP PIBG Sekolah, Tn. Hj. Muhammad Azhar bin Yahya yang turut serta dari pagi hingga tamat kejohanan ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang yang berjaya memperoleh tempat dalam Kejohanan Merentas Desa pada tahun ini.

Keputusan Mengikut Kategori
P15 - BETA 🔵
L15 - ALFA 🔴
P18 - SIGMA 🟢
L18 - BETA 🔵

JOHAN KESELURUHAN - SIGMA 🟢


Address

Bidor
35500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor:

Shortcuts

Share

Category