SK Kampong Poh, Bidor - Official

SK Kampong Poh, Bidor - Official Merupakan medium rasmi penyaluran maklumat dan aktiviti di dalam dan luar bilik darjah SK Kampong Poh, Bidor.

16/11/2021
Dari Lensa SKKP... LAWATAN TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN II KE SK KAMPONG POHTARIKH: 17 MAC 2021HARI : RABUMASA : 1235 PET...
18/03/2021

Dari Lensa SKKP...

LAWATAN TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN II KE SK KAMPONG POH

TARIKH: 17 MAC 2021
HARI : RABU
MASA : 1235 PETANG
MODEL PENYURAIAN: MODEL 5

Assalamualaikum w.b.t. & Salam SejahteraPembukaan Sekolah 2021Bermula Rabu, 20 Januari 2021, sesi persekolahan akan dibu...
19/01/2021

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Pembukaan Sekolah 2021

Bermula Rabu, 20 Januari 2021, sesi persekolahan akan dibuka secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Sila rujuk jadual PdPR yang diberi. Jadual juga telah dimuatnaik dalam telegram SK Kampong Poh untuk makluman ibubapa/penjaga. Sila panjangkan makluman kepada ibubapa/penjaga yang masih belum menyertai telegram.

Agak canggung situasi pembukaan sekolah awal tahun begini, namun marilah kita bersama-sama berganding bahu demi ilmu anak-anak kita.

Bersama kita berdoa agar musibah ini cepat berlalu pergi. Amin..

Pengajaran & Pembelajaran di Rumah PdPRBermula 9 November 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat telah dilaksanakan...
03/12/2020

Pengajaran & Pembelajaran di Rumah PdPR

Bermula 9 November 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat telah dilaksanakan yang membawa kepada penutupan sekolah sehingga di seluruh negara sehingga 18 Disember 2020.

Walaubagaimanapun, proses pembelajaran kepada murid-murid SK Kampong Poh masih berjalan mengikut jadual yang ditetapkan sehingga sesi persekolahan 2020 menutup tirainya nanti.

Guru-guru berusaha untuk menyampaikan pengajaran kepada murid-murid menerusi pelbagai medium seperti Whatsapp dan Telegram sebagai pengantara utama antara guru murid. Sebarang permasalahan pembelajaran dapat diselesaikan secara 2 hala melalui komunikasi secara maya. Selain itu, lembaran kerja serta penggunaan buku aktiviti dan buku kerja turut digunapakai.

Dalam keadaan ini, ibubapa/penjaga lah yang menjadi nadi utama penggerak dan pemaksa kepada kejayaan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Tanpa kerjasama dan keprihatinan ibubapa/penjaga, anak/jagaan akan terbiar tanpa penambahan ilmu yang sepatutnya didapati.

Terima kasih diucapkan kepada ibubapa/penjaga yang cakna tentang anak/jagaan mereka. InsyaAllah, semoga keadaan ini cepat berlalu agar pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna. Amin.

Sambutan Maulidur Rasul 1442 Hijrah SK Kampong Poh 2020Tarikh: Jumaat, 30hb November 2020Masa: 7.40 pagi - 11.00 pagiAkt...
30/10/2020

Sambutan Maulidur Rasul 1442 Hijrah SK Kampong Poh 2020

Tarikh: Jumaat, 30hb November 2020
Masa: 7.40 pagi - 11.00 pagi

Aktiviti:
1. Bacaan Yassin
2. Pertandingan Mewarna
3. Tazkirah
4. Tayangan video kisah hidup Rasulullah S.A.W.

Sambutan kali ini turut menganugerahkan Tokoh Kepimpinan yang menunjukkan teladan yang baik di sekolah dan di luar sekolah.

Adik Muhammad Hazri bin Zahurrin, dianugerahkan sebagai Tokoh Kepimpinan Maulidur Rasul kerana menunjukkan teladan dan kepimpinan yang baik. Diharap agar ia berpanjangan dan memberikan motivasi kepada murid SK Kampong Poh khasnya, serta masyarakat sekeliling amnya.

Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam yang berjaya menganjurkan aktiviti ini. Semoga ia memberikan manfaat kepada warga sekolah. Amin.

Warna warni Bulan Kebangsaan SK Kampong Poh 2020Bulan Kebangsaan SK Kampong Poh telah dilangsungkan bermula 17 Ogos 2020...
21/10/2020

Warna warni Bulan Kebangsaan SK Kampong Poh 2020

Bulan Kebangsaan SK Kampong Poh telah dilangsungkan bermula 17 Ogos 2020 sehinga 18 September 2020.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan untuk merangsang semangat dan jiwa kenegaraan kepada murid-murid sepanjang tempoh tersebut.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
1. Pakaian Tema Kebangsaan - Tahap 1 dan Tahap 2
2. Mewarna - Tahap 1 dan Tahap 2
3. Sajak Kemerdekaan - Tahap 1 dan Tahap 2
4. Bacaan Ikrar Rukun Negara - Tahap 2
5. Nyanyian Patriotrik - setiap kelas

Segala aktiviti dijalankan mengikut SOP dan sentiasa dipantau oleh guru-guru.

Address

SK Kampong Poh
Bidor
35500

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Telephone

+6054270103

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Kampong Poh, Bidor - Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category