Akademi Huffaz Genius - AHG Bidor

Akademi Huffaz Genius - AHG Bidor Akademi Huffaz Genius Bidor menggunakan sistem hafazan yang terbaik dengan mengaplikasikan kaedah ?

✨SALAM JUMAAT ✨Seronok sangat adik-adik di AHG dapat hadiah hasil sumbangan Hamba Allah yang budiman🥰Kami pihak AHG nak ...
14/10/2022

✨SALAM JUMAAT ✨

Seronok sangat adik-adik di AHG dapat hadiah hasil sumbangan Hamba Allah yang budiman🥰

Kami pihak AHG nak ucapkan ribuan malah jutaan terima kasih pada orang ramai yang sudi menyantuni anak-anak tahfiz di sini.

Tidak cukup yang melawat & beramah mesra ,
tambah p**ak lagi dengan memberi pelbagai sumbangan makanan, peralatan mengajar & pelbagai lagi keperluan.

Hanya Allah saja yang mampu membalasNya di dunia & akhirat,InsyaAllah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

(Surah al-Baqarah, ayat 261)

Orang ramai yang ingin menziarah anak-anak di sini atau memberi apa jua bentuk sumbangan,boleh terus datang ke Akademi Huffaz Genius Bidor yang terletak di Kg Poh,Bidor🥰

P/S: Sambil-sambil tu boleh mandi sungai di belakang akademi🤭



Salam Maulidur Rasul daripada kami warga Akademi Huffaz Genius - AHG Bidor 🤗Firman Allah SWT di dalam al-Quran:إِنَّ الل...
09/10/2022

Salam Maulidur Rasul daripada kami warga Akademi Huffaz Genius - AHG Bidor 🤗

Firman Allah SWT di dalam al-Quran:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

al-Ahzab: 56

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

"Cikgu,untuk subjek Sains boleh tak kita buat EKSPERIMEN?""InsyaAllah,boleh"Setiap hari Sabtu,pelajar-pelajar di akademi...
08/10/2022

"Cikgu,untuk subjek Sains boleh tak kita buat EKSPERIMEN?"

"InsyaAllah,boleh"

Setiap hari Sabtu,pelajar-pelajar di akademi akan ada pengajian akademik bagi subjek Matematik,Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris & Sains.

Untuk memastikan adik-adik ni tidak mudah jemu atau hilang fokus semasa sesi pembelajaran,
jadi kita akan variasikan teknik pembelajaran yang kreatif & sudah tentu menyeronokkan mereka🤗

Pihak Akademi Huffaz Genius akan sentiasa memastikan pendidikan agama dan akademik adalah selari,
Allah SWT berfirman:

"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat"

(Surah al-Mujadalah ayat 11)

dan sabda nabi SAW:

"Siapa yang mengehendaki (kejayaan) hidup di dunia, hendaklah dengan ilmu.
Siapa yang mengehendaki (kejayaan) hidup di akhirat, hendaklah dengan ilmu
dan siapa yang mengehendaki kedua-duanya (kejayaan hidup di dunia dan akhirat) hendaklah dengan ilmu"

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

______________________________________________

PENGAMBILAN PELAJAR DI AKADEMI HUFFAZ GENIUS,BIDOR

Ibubapa yang berminat untuk menghantar anak-anak di pusat pengajian kami,
boleh terus hubungi nombor telefon yang tertera.



Assalamualaikum 🤗Semoga yang membaca posting ni dipermudahkan urusan,di mewahkan rezeki dunia akhirat dan dikurniakan an...
20/09/2022

Assalamualaikum 🤗
Semoga yang membaca posting ni dipermudahkan urusan,di mewahkan rezeki dunia akhirat dan dikurniakan anak yang soleh solehah,Aamiin.

Dari Buraidah al-Aslami r.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda :

وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ ، وَيُكْسَى وَالِدَاهُ حُلَّتَيْنِ لَا يُقَوَّمُ لَهُمَا أَهْلُ الدُّنْيَا ، فَيَقُولَانِ : بِمَ كُسِينَا هَذِهِ ؟ فَيُقَالُ : بِأَخْذِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ ، ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : اقْرَأْ وَاصْعَدْ فِي دَرَجَةِ الْجَنَّةِ وَغُرَفِهَا ، فَهُوَ فِي صُعُودٍ ، مَا دَامَ يَقْرَأُ هَذًّا كَانَ أَوْ تَرْتِيلًا

Artinya :: “Akan dipakaikan di kepalanya (yakni penghafal Quran) mahkota dan kedua ibu bapanya p**a akan diberikan perhiasan yang tidak mampu dimiliki oleh penduduk dunia.

Lalu mereka bertanya: “Mengapa kami diberi perhiasan seperti ini?”.

Allah swt menjawab: “Kerana anak kamu mempelajari Quran”. Kemudian dikatakan kepadanya: “Bacalah dan naiklah ke tingkat2 syurga dan bilik-biliknya”. Dia akan terus naik selama dia membaca Quran”.

(Hadith Ahmad )



SELAMAT HARI MALAYSIA -16 SEPTEMBER 2022🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾Memandangkan esok Hari Malaysia,jom kita throwback moment-moment Sambu...
15/09/2022

SELAMAT HARI MALAYSIA -16 SEPTEMBER 2022🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Memandangkan esok Hari Malaysia,
jom kita throwback moment-moment Sambutan Hari Kemerdekan di AHG Bidor pada 31 Ogos baru-baru ni🤗

Tengok kemain adik-adik ni posing sambil mengibarkan bendera Malaysia💪
Fuhh SEMANGAT‼️

Tambah semangat lagi bila sama-sama berBBQ dengan pengajar-pengajar di sini😍
Tu yang paling best kan?🤣

Alhamdulillah ,sudah 65 tahun negara kita Merdeka💪
Kita fahamkan erti KEMERDEKAAN tu sendiri
:Satu bangsa atau umat yang bebas daripada sebarang bentuk penjajahan dari segi jasmani atau rohani.

Bersyukur sangat-sangat,harini kita boleh bangun dari tidur dengan tenang,belajar & bekerja dengan selesa dan hari-hari boleh bertemu dengan insan tersayang.

MasyaAllah walaupun negara kita berbilang bangsa,kaum & agama,
tapi kita boleh kecapi segala nikmat Kemerdekan sampai ke saat ini.

Firman Allah didalam Surah Al-Hujarat ayat 13:

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.

Jadi,sebagai umat Islam dan warganegara yang merdeka hendaklah kita terus berusaha mempertahankan nikmat kemerdekaan ini dengan memelihara keharmonian serta perpaduan rakyat majmuk berbilang kaum, bangsa, budaya, pegangan juga adat resam.

Beruntung sangat-sangat umat Islam yang beriman jika mengisi dan memaknai erti kemerdekaan ini dengan acuan dan panduan ajaran islam kerana sempurnanya landasan syariat islam telah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia.



Assalamualaikum Salam Jumaat Penghulu Segala Hari😁"Sebaik-baik hari yang pada hari itu matahari terbit adalah hari Jumat...
09/09/2022

Assalamualaikum Salam Jumaat Penghulu Segala Hari😁

"Sebaik-baik hari yang pada hari itu matahari terbit adalah hari Jumat. Pada hari itu Adam diciptakan. Pada hari itu ia dimasukkan ke syurga dan pada hari itu ia dikeluarkan dari syurga dan tidak akan terjadi hari kiamat kecuali pada hari Jumat."

(HR. Muslim dan Tirmidzi)

Menemani anak-anak di sini mandi manda di sungai kecil di dalam pusat akademi usai kelas pengajian.

Air sungai yang tenang,jernih & cetek ini merupakan salah satu tarikan utama di Akademi Huffaz Genius - AHG Bidor , bukan sahaja di kalangan para pelajar,tetapi jugaa masyarakat luar.

Mereka yang berminat untuk melakukan aktiviti seperti kem jati diri & pelbagai program yang melibatkan aktiviti luar & juga dalam di alukan untuk datang.

Kami menyediakan:

1)Penginapan bilik hostel
2)Dewan terbuka
3)Fasiliti asas lain

Boleh terus hubungi pihak AHG Bidor😁
Terima kasih.

BAGAIMANA ALLAH MEMELIHARA ANAK-ANAK KITA?1. Saidina Abdullah ibn Abbas menceritakan bagaimana suatu hari beliau menungg...
01/09/2022

BAGAIMANA ALLAH MEMELIHARA ANAK-ANAK KITA?

1. Saidina Abdullah ibn Abbas menceritakan bagaimana suatu hari beliau menunggang dibelakang Rasulullah lalu Rasulullah berpesan kepadanya. Sabda Rasulullah:

يَا غُلَامُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْكَ

“Wahai budak, aku akan ajarkan engkau beberapa perkara: Peliharalah Allah, Allah akan memelihara kamu.” (HR al-Tirmizi)

2. Dua pengajaran penting daripada hadith ini. Pertama Rasulullah mengajarkan kepada anak kecil ini tentang perkara keimanan dan aqidah. Lafaz ghulam (budak) dalam hadith ini menunjukkan Abdullah ibn Abbas masih seorang anak kecil (kalau sekarang bersekolah rendah).

Justeru, jika kita inginkan supaya Allah memelihara anak kita, ajarkan kepada mereka perkara aqidah sejak mereka kecil untuk membina keimanan mereka.

3. Kedua, Rasulullah mengajarkan perkara aqidah ini dalam keadaan informal/casual atau santai. Bererti pendidikan agama itu boleh berlaku dalam pelbagai situasi termasuklah ketika menunggang basikal bersama anak, naik kereta bersama atau ketika bermain dengan mereka.

Dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah mendidik anak kecil bernama Umar ibn Abi Salamah ketika mereka makan bersama.

4. Bagaimana Allah memelihara anak kita?
Dalam al-Quran, ada diceritakan bagaimana Allah memelihara anak kepada pasangan ibubapa yang soleh. Perkara ini diceritakan di dalam Surah al-Kahf. Firman Allah:

وَكَانَ أَبُوْهُمُا صَالِحاً

“Dan kedua ibubapa mereka adalah orang yang soleh.” (Surah al-Kahf)

Disebabkan ibubapa anak itu soleh, maka Allah memelihara harta dan anak tersebut dari di zalimi.

5. Atas kefahaman ini seorang Tabien bernama Said ibn Musayyib berkata kepada anaknya:

لأزيدنَّ في صلاتي مِنْ أجلِك ، رجاءَ أنْ أُحْفَظَ فيكَ

“Aku akan menambah (kualiti dan kuantiti) solatku supaya Allah memelihara engkau.”

6. Ini bererti sekiranya kita inginkan supaya Allah membantu kita dalam menjaga anak kita, kita seharusnya menjadi ibubapa yang soleh dahulu. Malah kita mesti sentiasa menjaga solat. Nescaya Allah akan membantu memelihara anak kita.

7. Apakah hak Allah yang mesti dipelihara?
Dalam hadith di atas, Rasulullah berpesan sekiranya kita menjaga hak Allah, Allah akan memelihara hak kita. Apa yang dimaksudkan dengan hak Allah? Salah satu hak Allah yang mesti dijaga adalah Solat. Ya, Solat! Sebab itu Allah berfirman tentang sifat ahli syurga adalah mereka yang menjaga solat. Firman Allah:

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ

“Dan mereka yang menjaga Solat mereka.” (Orang yang menjaga solat mereka maka Allah akan memelihara hak mereka).

7. Justeru, sekiranya kita inginkan supaya Allah menjaga diri dan ahli keluarga kita, maka hendaklah kita terapkan pelajaran aqidah dan keimanan kepada anak kita sejak dari kecil. Pesan kepada mereka supaya sentiasa menjaga solat. Sekiranya kita menjaga hak Allah (segala syariatnya), nescaya Allah akan menjaga hak kita.

8. Tidak keterlaluan juga jika sekiranya kita wajibkan kepada aak kita supaya mereka menghafal hadith yang ringkas ini:

احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْكَ

Peliharalah Allah, Allah akan memelihara kamu.” (HR al-Tirmizi)

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Assalamualaikum Salam Jumaat🤗Pada penghulu segala hari ini,jom kita sedekahkan AlFatihah & doa kepada arwah di kalangan ...
26/08/2022

Assalamualaikum Salam Jumaat🤗

Pada penghulu segala hari ini,
jom kita sedekahkan AlFatihah & doa kepada arwah di kalangan keluarga & sahabat handai kita yang telah kembali kepadaNya🤲

Ya Allah Ya Tuhanku,

Ampunilah mereka,
Rahmatilah mereka,
Maafkanlah mereka,
Muliakanlah mereka.

Lapangkanlah kuburnya,
Jadikan Syurgamu sebagai ganti tempat tinggal mereka.

Semoga mereka dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin.

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.

Amiin Amiin Amiin..



Seringkali ditanya bagaimana kedudukan anak² kecil yang meninggal dunia, Rasulullah ﷺ menggambarkan mereka dalam 2️⃣ kel...
24/08/2022

Seringkali ditanya bagaimana kedudukan anak² kecil yang meninggal dunia, Rasulullah ﷺ menggambarkan mereka dalam 2️⃣ kelompok:-
(1) Bagi arwah anak² orang yang tidak beriman, mereka akan menjadi pelayan² di dalam syurga dan hidup bebas di dalamnya tanpa mempedulikan ibu & bapa mereka.

(2) Kelompok anak² orang yang soleh, termasuk yang keguguran, akan ditempatkan di dalam syurga Allah di gunung yang indah.
Di gunung itu terdapat pokok² thuba dan anak² ini dijaga oleh Nabi Ibrahim AS dan Sarah AS. Mereka sentiasa berada dalam kekenyangan dan tidak pernah berasa haus, malah sentiasa berdoa kepada Allah agar dapat berpimpinan tangan dengan kedua ibu bapa kerana tidak berkesempatan melakukannya di dunia dahulu.
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya:

"Di syurga terdapat sepohon pokok iaitu pohon thuba yang semuanya dapat menikmati susunya termasuklah bayi² yang meninggal dunia yang masih menyusu dan pengasuh mereka ialah Nabi Ibrahim Khalilullah.
Bagi anak² kecil yang tidak lagi menyusu, akan ditempatkan di dalam perut burung² berwarna hijau dan berterbangan di dalam syurga."
Apabila tibanya waktu semua orang mula ditempatkan di dalam syurga & neraka, anak² kecil tadi belum masuk ke syurga & apabila diminta oleh malaikat untuk berbuat demikian, mereka menjawab:
“Kami tidak akan masuk selagi tidak bertemu dengan arwah ibu & bapa kami, kami ingin masuk ke syurga bersama mereka."

Apabila malaikat memberitahu anak² itu bahawa ibu bapa mereka berada di neraka, mereka terus menangis:

“Jika di dunia kami tidak sempat bersama² ibu & bapa kami, kenapa di akhirat juga kami tidak boleh bersama mereka? Izinkan kami memberi syafaat kepada ibu dan ayah kami, untuk kami masuk ke dalam syurga Allah.”
Mereka berterusan menangis sehingga turunnya rahmat Allah, dan kemudian memerintahkan malaikat supaya mengambil ibu bapa kepada anak² ini yang sedang berada di dalam neraka, dengan syafaat yang diberikan oleh-Nya, lalu dibawa masuk ibu bapa bersama-sama anak² mereka ke dalam syurga.
Lalu setelah ibu bapa anak² ini dikeluarkan daripada neraka, mereka akan memegang tangan ibu bapa mereka dan bergayutan dengan penuh kegirangan menuju ke syurga Allah SWT.
Semoga semua mereka yang pernah & sedang melalui dugaan berat ini beroleh SYAFAAT, hasil sikap sabar ketika melaluinya di dunia.

اناللہ وانا الیہ راجعون

اللهم اجعله فرطا لابويه، وسلفا وذخرا وعظة واعتبارا وشفيعا، وثقل به موازينهما، وأفرغ الصبر على قلوبهما، ولا تفتنهما بعده، ولا تحرمهما أجره.....آمين
________________
Petikan artikel "Saat Bersendirian di Barzakh" oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

16/08/2022

Alhamdulillah adik Abdul Hakeem ,
pelajar dari Akademi Huffaz Genius Bidor telah mengulang Juzuk 29.

InsyaAllah,dengan berkat tunjuk ajar & teknik hafazan alQuran dari para pengajar Akademi Hafazan kami , impian anak-anak di sini untuk menjadi seorang Hafiz akan tercapai dengan izinNya.

Ibu & ayah masih tercari-cari tempat yang sesuai bagi meningkatkan tahap penguasaan Al-Quran anak-anak ?

Kurang berkemampuan untuk hantar anak-anak ke kelas mengaji?

Kini Akademi Huffaz Genius Kg Poh Bidor menawarkan para pelajar sekolah rendah & menengah yang berminat untuk mengikut Kelas Mengaji Al-Quran dan Iqra’ pada :

📿 Isnin - Khamis
📿 Selepas Maghrib - Isyak
📿 YURAN KELAS MENGIKUT KEMAMPUAN

“Ke Arah Membina Generasi Ahlul Quran”

Mohon untuk bantu LIKE & FOLLOW page kami dengan tekan LINK di bawah👇

Akademi Huffaz Genius - AHG Bidor

Jom bantu sebarkan posting ni supaya lebih ramai lagi yang mendapat manfaat🤗,
InsyaAllah



تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمِن كُمْكُلُّ عَامٍّ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍSelamat Menyambut EidulAdha 1443H|2022 MMoga Allah SWT...
10/07/2022

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمِن كُمْ
كُلُّ عَامٍّ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

Selamat Menyambut EidulAdha 1443H|2022 M
Moga Allah SWT menerima segala amal dan pengorbanan kita, aminn 🤲🏻

Alhamdulillahi ‘ala kulli hal✨Terima kasih yang tak terhingga atas kunjungan dari Institut Pengajian al-Quran Malaysia d...
19/05/2022

Alhamdulillahi ‘ala kulli hal✨

Terima kasih yang tak terhingga atas kunjungan dari Institut Pengajian al-Quran Malaysia diiringi Ustaz Abdul Muhaimin selaku pengarah Akademi Huffaz Genius Kg Poh Bidor👍😁


Address

No 116 Kampung Poh
Bidor
35500

Telephone

+60193241344

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Huffaz Genius - AHG Bidor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Akademi Huffaz Genius - AHG Bidor:

Shortcuts

Share

Category