Teknologi Kimpalan KV Betong

Teknologi Kimpalan KV Betong Jabatan Mekanikal Kolej Vokasional Betong

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Seramai **22 orang pelajar Diploma Teknologi Kimp...
22/04/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Seramai **22 orang pelajar Diploma Teknologi Kimpalan Kolej Vokasional Betong ambilan 2023** telah berjaya menamatkan pengajian dan diraikan dalam **Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Kali Ke-10 Tahun 2025** 🎓✨

Kejayaan ini bukan sekadar penamat sebuah perjalanan, tetapi permulaan kepada langkah yang lebih besar dalam dunia industri. Segala usaha, pengorbanan, dan dedikasi akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan. Semoga para graduan terus melakar kejayaan, menjadi tenaga mahir yang kompeten, serta mengharumkan nama keluarga, institusi, dan negara.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan! Teruskan melangkah dengan penuh yakin dan semangat 💪🔥

Pada 09 APRIL 2026Program Pelaksanaan Amali bagi Kursus USM 2112 Sains Bahan telah berjaya dilaksanakan di Universiti Te...
13/04/2026

Pada 09 APRIL 2026
Program Pelaksanaan Amali bagi Kursus USM 2112 Sains Bahan telah berjaya dilaksanakan di Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Sibu, Sarawak. Program ini bertujuan untuk melaksanakan penilaian berterusan pelajar di samping memenuhi keperluan jam kredit amali bagi pelajar 2 DVM Tahun 1.

Selain itu, program ini turut memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai penggunaan peralatan kimpalan yang digunapakai di institusi pengajian tinggi, khususnya di UTS Sibu. Lawatan ini melibatkan pelajar Diploma Vokasional Malaysia (2DVM) Teknologi Kimpalan yang diiringi oleh Cikgu Noor Arif bin Massetor.

Untuk makluman, lawatan ini turut disertai oleh pelajar DVM Teknologi Pemesinan Industri 2 DVM bersama guru pengiring, Cikgu Nur Faizah binti Khairuddin. Diharapkan program seperti ini dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran pelajar selaras dengan keperluan industri semasa.









Sepanjang 7 hingga 9 April, Kolej Vokasional Betong telah melaksanakan amali bagi Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) Ta...
13/04/2026

Sepanjang 7 hingga 9 April, Kolej Vokasional Betong telah melaksanakan amali bagi Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3. Program ini berjalan dengan lancar dan teratur dengan kehadiran Pegawai Penilai Luar (PPL), En. Killy Anak Chong dari Kolej Vokasional Miri yang turut memantau dan menilai pelaksanaan amali.

**semua pelajar telah berjaya lulus** dalam penilaian SKM Tahap 3 ini, hasil usaha gigih serta komitmen yang tinggi sepanjang proses amali dijalankan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan guru bengkel kimpalan yang telah bertungkus lumus, memberikan komitmen tinggi serta memastikan setiap pelajar dapat menamatkan SKM Tahap 3 dengan jayanya. Usaha, dedikasi dan kerjasama semua pihak amat dihargai dalam melahirkan pelajar yang kompeten dan berkemahiran tinggi.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam bidang kemahiran.








Pelajar Kimpalan KV Betong Sedang Menjalani On-the-Job Training (OJT)Sekalung penghargaan dan ucapan selamat maju jaya k...
07/04/2026

Pelajar Kimpalan KV Betong Sedang Menjalani On-the-Job Training (OJT)

Sekalung penghargaan dan ucapan selamat maju jaya kepada para pelajar Program Teknologi Kimpalan, Diploma Vokasional Malaysia (DVM) Semester 5, Kolej Vokasional Betong yang kini sedang menjalani On-the-Job Training (OJT) di pelbagai industri.

Walaupun sesi OJT telah berlangsung sejak beberapa minggu yang lalu, diharapkan para pelajar terus komited dalam menimba pengalaman berharga serta mengaplikasikan ilmu dan kemahiran kimpalan yang telah dipelajari sepanjang berada di kolej.

Sepanjang tempoh latihan industri ini, para pelajar bukan sahaja didedahkan kepada teknik dan standard kerja sebenar dalam bidang kimpalan, malah turut mempelajari aspek keselamatan, disiplin kerja, komunikasi serta etika profesional di tempat kerja.

Diharapkan semua pelajar:
* terus meningkatkan kemahiran teknikal dalam bidang kimpalan,
* menyesuaikan diri dengan kehendak industri,
* membina keyakinan dan jati diri,
* serta sentiasa menjaga nama baik Kolej Vokasional Betong.

Semoga para pelajar sentiasa diberikan keselamatan, kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan sepanjang menjalani OJT. Gunakan peluang ini sebaiknya sebagai langkah awal ke arah menjadi tenaga kerja mahir dan profesional dalam industri kimpalan.

Teruskan usaha dan kekalkan semangat!

Selamat meneruskan On-the-Job Training (OJT) sehingga tamat !









Bekas pelajar Diploma Kimpalan Kolej Vokasional Betong, Andy Ryan Anak Asieng dan Dick Ericsson Gindy Anak Donny Edison ...
09/03/2026

Bekas pelajar Diploma Kimpalan Kolej Vokasional Betong, Andy Ryan Anak Asieng dan Dick Ericsson Gindy Anak Donny Edison telah dijemput hadir untuk memberikan sesi perkongsian pengalaman kepada pelajar-pelajar junior.

Sesi ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman mereka sepanjang pengajian dan kerjaya dalam bidang kimpalan, di samping memberi motivasi serta inspirasi kepada pelajar agar terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Melalui perkongsian tersebut, para pelajar dapat memperoleh gambaran sebenar tentang peluang kerjaya serta kepentingan disiplin, kemahiran dan sikap positif dalam industri kimpalan.

Pada 11/2/2026 telah berlangsung sesi Pembentangan Projek Tahun Akhir bagi Program Teknologi Kimpalan.Tahniah kepada sem...
12/02/2026

Pada 11/2/2026 telah berlangsung sesi Pembentangan Projek Tahun Akhir bagi Program Teknologi Kimpalan.

Tahniah kepada semua pelajar yang telah berusaha keras menyiapkan projek masing-masing. Setiap hasil kerja yang dipersembahkan bukan sekadar tugasan, tetapi bukti kemahiran, disiplin dan komitmen sepanjang tempoh pengajian. Semoga pengalaman ini menjadi langkah awal menuju dunia industri yang sebenar.

Sesi pembentangan ini telah dinilai oleh barisan panel yang terdiri daripada empat orang guru:
1. Ts. John Anak Inyang
2. Haryiot Anak Mini
3. Mohamad Fahmi
4. Fareezul Hamidi

Terima kasih kepada barisan panel atas masa, teguran dan pandangan profesional yang diberikan demi meningkatkan kualiti dan standard kompetensi pelajar. Teruskan melakar kejayaan dan jadilah tenaga mahir yang berkualiti. 💪🔥







Jamuan akhir buat pelajar Tahun 2 4DVM Program Teknologi Kimpalan 🔥👨‍🏭👩‍🏭Detik indah sebelum melangkah ke fasa seterusny...
20/01/2026

Jamuan akhir buat pelajar Tahun 2 4DVM Program Teknologi Kimpalan 🔥👨‍🏭👩‍🏭

Detik indah sebelum melangkah ke fasa seterusnya. Selepas ini, anda semua akan menjalani OJT (On Job Training), membawa bersama ilmu, kemahiran dan pengalaman yang telah dicurahkan oleh para guru sepanjang tempoh pengajian.

Gunakan setiap ilmu yang dipelajari sebagai bekalan di alam industri sebenar. Teruskan berdisiplin, bersemangat dan menjaga nama baik diri serta institusi. Semoga pengalaman OJT nanti mematangkan langkah dan menguatkan jati diri sebelum bergelar graduan diploma.

Selamat maju jaya, semoga kejayaan sentiasa mengiringi langkah kalian 💪✨

Hari ini berlangsung perhimpunan pertama bagi pelajar Program Teknologi Kimpalan. Banyak perkara penting telah disampaik...
19/01/2026

Hari ini berlangsung perhimpunan pertama bagi pelajar Program Teknologi Kimpalan. Banyak perkara penting telah disampaikan sebagai panduan dan peringatan untuk sepanjang sesi pembelajaran 2026 🚀

Fokus utama diberikan kepada pelajar Tahun 1 SVM agar lebih bersedia, berdisiplin dan memahami hala tuju program yang bakal dilalui. Semoga perhimpunan ini menjadi permulaan yang baik ke arah pembentukan sahsiah, kemahiran dan kecemerlangan dalam bidang kimpalan. 💪🔥

Sesi taklimat ringkas bersama pensyarah bengkel Program Teknologi Kimpalan untuk pelajar baharu 1 SVM 2026. Langkah pert...
16/01/2026

Sesi taklimat ringkas bersama pensyarah bengkel Program Teknologi Kimpalan untuk pelajar baharu 1 SVM 2026. Langkah pertama sebelum bermula di bengkel—semoga terus bersemangat menimba ilmu dan kemahiran! 💪🔥

Selamat datang generasi baharu! 🚀Kemasukan Pelajar Baharu 1 SVM Kohort 2026 membuka lembaran perjuangan, membina kemahir...
13/01/2026

Selamat datang generasi baharu! 🚀
Kemasukan Pelajar Baharu 1 SVM Kohort 2026 membuka lembaran perjuangan, membina kemahiran, dan mengukir masa depan dengan tangan sendiri.
Dari api kimpalan lahirnya besi yang kuat, dari usaha lahirnya kejayaan. 💪✨
Ayuh melangkah dengan berani!

🔧🔥

❌❌Dengan penuh semangat, Gerry Ampan Anak Ama, pelajar berbakat dari program Teknologi Kimpalan KV Betong, bersiap untuk...
08/08/2024

❌❌Dengan penuh semangat, Gerry Ampan Anak Ama, pelajar berbakat dari program Teknologi Kimpalan KV Betong, bersiap untuk tunjuk kebolehan dalam Pertandingan KV Skill Zon Sarawak . Acara ini akan berlangsung selama dua hari, mulai 7 hingga 8 Ogos 2024, bertempat di Kolej Vokasional Miri. Dibawah bimbingan Cg Mohamad Hanafiah dan Cg Abg Mohd Azri, Gerry akan bersaing dengan peserta tuan rumah (Kv Miri) dan peserta Kv Bintulu dalam bidang Welding Technology. Mari kita doakan yang terbaik untuk Gerry dan seluruh delegasi KV Betong!❌❌

Address

KM8, Jalan BETONG SRI AMAN,, BETONG
Betong
95700

Telephone

+6083472160

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teknologi Kimpalan KV Betong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share