24/07/2026
21, 22 dan 24 JULAI 2026
Lensa aktiviti latih tubi intensif murid-murid Tahun 5 sebagai persiapan akhir sebelum menduduki Ujian Percubaan Penilaian Kelas KAFA (UPPKK) minggu depan. 📸
Sepanjang minggu ini, mereka telah mengulang kaji 6 subjek utama secara berfokus (2 subjek sehari) mengikut giliran kelas.
🔹 Isnin: Akidah & Ibadah
🔹 Selasa: Jawi & Bahasa Arab
🔹 Khamis: Adab & Sirah
Paling membanggakan, anak-anak ini telah berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan pelbagai set latih tubi dan soalan UPKK yang disediakan.
Semoga segala ilmu yang dipelajari terus melekat dalam ingatan dan dipermudahkan urusan mereka semasa menjawab soalan peperiksaan kelak.
Pihak sekolah dan para guru telah berusaha sehabis baik, mohon titipan doa yang ikhlas daripada ibu bapa dan anda semua buat anak-anak kita. 🤲🏻❤️