Pakaian Tradisional

Pakaian Tradisional Group Assignment: Kump**an 2
Subjek: Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU21032)
Lecturer: Sir Abdul

13/10/2020

3.2 MENINJAU PERSEPSI MASYARAKAT KAUM INDIA TERHADAP POTENSI PAKAIAN TRADISIONAL TERHADAP KESEPADUAN SOSIAL DI MALAYSIA.

Ini adalah respon dari salah seorang kaum India yang telah kami tinjau dan menemu bual. Tolong like & share. Terima kasih semua 🙏🏻

13/10/2020

3.1 MENINJAU PERSEPSI MASYARAKAT KAUM CINA TERHADAP POTENSI PAKAIAN TRADISIONAL TERHADAP KESEPADUAN SOSIAL DI MALAYSIA.

Ini adalah respon dari salah seorang kaum Cina yang telah kami tinjau dan menemu bual. Tolong like & share. Terima kasih semua 🙏🏻

13/10/2020

OBJEKTIF 3.0
•MENINJAU PERSEPSI MASYARAKAT KAUM MELAYU TERHADAP POTENSI PAKAIAN TRADISIONAL TERHADAP KESEPADUAN SOSIAL DI MALAYSIA.

Ini adalah respon dari salah seorang kaum Melayu yang telah kami tinjau dan menemu bual. Tolong like & share. Terima kasih semua 🙏🏻

08/10/2020

2.1 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya , pakaian tradisional merupakan sebahagian daripada budaya kita walau di mana sekali pun kita berada . Seperti di Malaysia , pakaian tradisional melambangkan kebudayaan sesebuah kaum itu sendiri . Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum termasuk yang berada di Sabah dan Sarawak . Jika diteliti , terdapat pelbagai jenis pakaian yang terdapat dalam sesuatu kaum itu sendiri . Sebagai contoh , dalam masyarakat Melayu pakaian tradisional yang paling pop**ar adalah baju kurung bagi perempuan dan baju melayu bagi lelaki . Bagi masyarakat Cina p**a adalah cheongsam bagi perempuan dan samfu bagi lelaki . Manakala , dalam masyarakat India , sari dipakai oleh perempuan dan dhoti serta kurta bagi lelaki . Berbanding dengan penduduk di Semenanjung Malaysia , masyarakat di Sabah dan Sarawak juga tidak ketinggalan daripada segi pakaian tradisional kerana setiap pakaian tradisional kaum-kaum tertentu tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri yang boleh dibanggakan . Terdapat pelbagai kaum di Sabah seperti kaum Iban , Kadazan-Dusun , Melayu-Brunei dan sebagainya yang mempunyai pakaian tradisional masing-masing yang akan dipakai pada upacara tertentu terutamanya pada hari-hari perayaan . Begitu juga dengan kaum-kaum lain yang terdapat di Sarawak seperti kaum Melanau , Bidayuh , Murut , Kelabit dan banyak lagi .
Oleh itu , kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia . Kita juga sepatutnya mengkaji sejarah-sejarah kebudayaan yang terdapat di negara kita sendiri supaya minda kita tidak terlalu disempitkan dengan sejarah budaya bangsa sendiri sahaja . Setiap pakaian tradisional melambangkan sesuatu kaum di Malaysia . Hal ini kerana, daripada pengamatan terhadap pakaian seseorang itulah kita dapat mengagak individu tersebut berasal daripada kaum apa. Tetapi kini , masyarakat Malaysia telah menunjukkan perpaduan hati dan budaya kerana pakaian tradisional tidak lagi terhad kepada kaum tertentu sahaja , malah masyarakat dari kaum-kaum lain juga boleh mengenakan pakaian yang sama.

OBJEKTIF 2.0 •MENGANALISIS CARA-CARA UNTUK   MEMARTABATKAN PAKAIAN TRADISIONAL (MELAYU, CINA, INDIA) DALAM KALANGAN GENE...
08/10/2020

OBJEKTIF 2.0
•MENGANALISIS CARA-CARA UNTUK MEMARTABATKAN PAKAIAN TRADISIONAL (MELAYU, CINA, INDIA) DALAM KALANGAN GENERASI MUDA.

Cara yang paling efektif dalam memartabatkan warisan budaya Malaysia melalui mempromosikannya.Cara-cara mempromosikannya ialah menganjurkan pelbagai pameran,mengadakan forum,memberikan ceramah,menyediakan poster,membina papan iklan serta menyediakan dan mengedarkan risalah. Menghasilkan dokumentasi,menganjurkan lawatan kebudayaan dan festival kebudayaanserta program pertukaran belia antarabangsa. Selain itu,langkah-langkah yang boleh diambil ialah dengan mengadakan program pertukaran budaya. Hal ini kerana,sesuatu kaum itu tidak hanya terhad dalam pengetahuan budaya masyarakat mereka sahaja. Pendedahan sebegini amat penting dalam mengekalkan budaya pemakaian pakaian tradisional yang seharusnya diwarisi daripada generasi kepada satu generasi yang akan datang. Pada masa yang sama,kerajaan juga harus sama memainkan peranan dalam mengekalkan budaya pemakaian tradisional ini sebagai contoh Kementerian Kesenian,Kebudayaan dan Pelancongan. Langkah-langkah dalam memastikan pengekalan ini ialah seperti mempop**arkan kembali pemakaian tradisional, mengadakan pertunjukan pemakaian tradisional,setiap negeri juga harus memainkan peranan supaya dapat menarik minat rakyat Malaysia supaya mencintai pakaian tradisional bangsa mereka sendiri.

1.4 PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA 1. DOTHI Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada ka...
01/10/2020

1.4 PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

1. DOTHI

Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

2. KURTA

Kurta merupakan pakaian tradisional untuk lelaki kaum India iaitu sehelai kemeja yang longgar dan panjang sampai lutut. Pembuatan pakaian Kurta adalahlebih kepada menyediakan keselesaan kepada para pemakai. Oleh itu, kain yang digunakan dalam pembuatan pakaian tradisional ini adalah sangat ringan seperti kain kapas dan sutera. Lengan kurta p**a jatuh lurus ke pergelangan tangan dan tidak menyempitkan. Ia mempunyai potongan kecil di kedua-dua belah sisi kurta untuk memudahkan pergerakan pemakainya. Pada bahagian leher kurta p**a,biasanya ia berbentuk bulat dan tidak mempunyai kolar. Kurta biasanya dipakai bersama dengan salwar longgar atau Churidar. Apabila kurta dipakai bersama pijama, ia dikenali sebagai kurta pijama. Di mana kurta pijama ini biasa dipakai ketika majlis-majlis rasmi. Selain daripada itu, kurta juga boleh dipakai bersama dengan Dhoti.

3. SARI

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya p**a antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai. Sari dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak p**a adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih s**a bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih s**a bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Walau apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai .

1.3 PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA1. SAMFOOSamfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pa...
01/10/2020

1.3 PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA

1. SAMFOO

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.

2. HANFU

Hanfu, demikian sebutan untuk busana adat tradisional China, semasa beberapa Dinasti, iaitu Dinasti Tang (618-907), Song (960-1279), dan Ming (1368-1644) - Tiga jangka masa yang dianggap penting semasa Kaisar Han memerintah China selama beberapa kelompok minoritas dan budaya mereka berkembang. Han Cina pakaian, atau Hanfu (“Busana dari orang Han”) merujuk kepada pra- abad ke-17 pakaian tradisional dari China Han, yang dominan dari kelompok etnik China. Banyak kostum tradisional dari negara- negara Asia, seperti Scorpio di Jepun, bersama dengan manusia tradisional Korea Hanbok dan Vietnam Ao Dai, berasal dari Hanfu dan memiliki gaya yang sama seperti Hanfu. Berbeza dengan Cina, Jepun dan Korea pakaian tradisional telah diawetkan selama berabad- abad, dan dekat dengan ciri khas pakaian pra-Manchu iaitu pakaian Hanfu. Hanfu telah membentuk gaya kostum tradisional dari banyak negara- negara Asia. Beberapa negara seperti Vietnam, yang baik atau pengikut negara atau di bawah penjajahan China sebelum 1884, pakaian tradisionalnya sama dengan Hanfu. Negara-negara Asia lainnya ‘kostum tradisionalnya, seperti Kimono Jepun dan Hanbok Korea, memiliki beberapa perbezaan daripada Hanfu. Dibandingkan dengan Jepun Kimono, pakaian tradisional Korea jauh lebih mirip dengan Hanfu. semua kostum tradisional dari negara- negara Asia dipengaruhi oleh Hanfu, Kimono Jepun yang paling berbeza dari yang asli. Namun, semua masyarakat tradisional yang disebutkan di atas mewarisi keunikan Gaya Hanfu Youren dan lengan lebar.

3. CHEONGSAM

Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain- lain jenis kain lembut. Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tiong hwa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama “Cheongsam” bererti “pakaian panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek Propinsi Guangdong (Canton) di Tiongkok. Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas. Beberapa motif yang umum dipakai untuk cheongsam adalah bunga, burung, naga, dan sebagainya.

1.2 PAKAIAN TRADISIONAL KAUM PEREMPUAN MELAYU 1. BAJU KURUNGBaju kurung adalah berasal dari negeri Johor. Pakaian ini me...
01/10/2020

1.2 PAKAIAN TRADISIONAL KAUM PEREMPUAN MELAYU

1. BAJU KURUNG

Baju kurung adalah berasal dari negeri Johor. Pakaian ini merupakan pakaian tradisional kaum wanita Melayu. Menurut sejarah kewujudan pakaian ini, baju kurung dikatakan wujud dua ratus tahun yang lampau. Baju kurung dikatakan hasil kreatif Sultan Abu Bakar iaitu sultan Johor pada tahun 1866. Selain itu, ada juga cerita yang menyatakan bahawa baju kurung telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Baju kurung dikenakan oleh wanita-wanita di Melaka pada ketika itu.

Pada masa pemerintahan Sultan Abu Bakar, baju kurung adalah menjadi pakaian rasmi bagi wanita. Zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar pada ketika itu dikatakan telah maju. Oleh sebab itu, pemakaian pakaian rasmi di istana dan pejabat-pejabat kerajaan diperkenalkan. Hal ini termasuklah acara-acara rasmi dan protokol di istana.

Pada masa kini, baju kurung ditambah dari segi perhiasannya bagi menambah keanggunannya. Kebanyakan baju kurung diperbuat daripada kain sutera yang halus dan lembut. Baju kurung masa kini ditambah dengan manic dan disulam dengan benang berwarna emas bagi perhiasan baju kurung tersebut. Selain itu, bebagai motif warna juga digunakan bagi membuat corak pada pakaian baju kurung.

Baju kurung kini dijadikan sebagai pakaian rasmi kerajaan Malaysia yang dipakai oleh kakitangan di jabatan-jabatan kerajaan dan juga kakitangan swasta. Baju kurung dijadikan sebagai pakaian kebangsaan di Malaysia. Semua etnik di Malaysia dilihat memakai baju kurung ini walaupun dimana sahaja berada.

2. KEBAYA

Baju kebaya biasanya dipakai oleh wanita Melayu dan Indonesia. Pakaian tradisional baju kebaya ini dikatakan berasal daripada kaum Cina yang datang ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Lama kelamaan baju kebaya diterima oleh masyarakat tempatan di Kep**auan Melayu. Di p**au Jawa, baju kebaya adalah dipakai oleh golongan-golongan bangsawan dan kerabat-kerabat pemerintah. Seterusnya, baju kebaya kemudiannya dijadikan pakaian rasmi pada zaman penjajahan Belanda. Wanita-wanita Eropah memakai baju kebaya sehingga kini dan mengubahsuainya kepadafesyen mengikut peredaran masa.

Selain baju kebaya biasa, terdapat juga baju kebaya yang dikenali sebagai baju belah kebaya panjang. Baju belah kebaya panjang ini ada berasal dari Johor. Pada asalnya, masyarakat di Johor adalah mewarisi baju belah kebaya panjang ini daripada kerajaan Johor-Riau pada suatu ketika dahulu. Baju belah kebaya panjang adalah sama dengan baju kebaya biasa cuma terdapat perbezaan sedikit daripada ciri-cirinya.

Baju belah kebaya panjang adalah keseluruhannya menutupi anggota badan sehingga mencecah buku lali. Bahagian hadapan baju belah kebaya panjang adalah keseluruhannya menutupi anggota badan sehingga mencecah buku lali. Bahagian hadapan baju ini adalah terdedah dan ditutup dengan kerongsang. Pakaian ini juga dipakai dalam acara-acara rasmi ataupun dipakai pada majlis majlis keramaian.

1.1 PAKAIAN TRADISIONAL KAUM LELAKI MELAYU1. BAJU MELAYU CEKAK MUSANGIstilah ini berhubung langsung dengan pola lingkara...
01/10/2020

1.1 PAKAIAN TRADISIONAL KAUM LELAKI MELAYU

1. BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk 'cekak' tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran bulat yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika Pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

2. BAJU MELAYU TELUK BELANGA

Baju ini mula diperkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walaubagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.

01/10/2020

OBJEKTIF 1.0
•MENGETAHUI JENIS-JENIS PAKAIAN TRADISIONAL BAGI KAUM MELAYU, CINA, INDIA.

Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna, dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket DiRaja yang antik.
Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Apabila munculnya tamadun lama, kain tenunan dan batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Apabila munculnya pedagang asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab diperkenalkan di negara ini.

01/10/2020

Objektif kajian kami adalah seperti yang berikut:

1) Mengetahui jenis-jenis pakaian tradisional bagi kaum Melayu, Cina dan India.
2) Menganalisis cara-cara untuk memartabatkan pakaian tradisional seperti kaum Melayu, Cina dan India dalam kalangan generasi muda.
3) Meninjau persepsi masyarakat kaum Melayu, Cina dan India terhadap potensi pakaian tradisional terhadap kesepaduan sosial di Malaysia.

29/09/2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Group ini dikhaskan kepada seluruh masyarakat untuk kita sama-sama menambah ilmu dan mempelajari tentang pembudayaan pemakaian tradisional di Malaysia bagi kaum Melayu, Cina dan India. 🧕🏼👩🏻🧔🏾❤️🇲🇾

Address

Betong
95700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakaian Tradisional posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category