SK Kampung Buda

SK Kampung Buda SK Kampung Buda,
D/A PPD Betong,
Jalan Yong Shaw Nen,
95700 Betong,
Sarawak.

Selamat datang diucapkan kepada Ustaz Razali @ Lapok Bin Sitam yang telah berpindah masuk ke Sekolah Kebangsaan Kampung ...
12/04/2026

Selamat datang diucapkan kepada Ustaz Razali @ Lapok Bin Sitam yang telah berpindah masuk ke Sekolah Kebangsaan Kampung Buda. Kehadiran anda amat kami alu-alukan dan pastinya membawa sinar serta semangat baharu buat warga sekolah.

Semoga setiap langkah di sini dipermudahkan dan diberkati. Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa. Semoga terus maju jaya dan mencipta kejayaan yang gemilang bersama kami.

Selamat datang ke keluarga besar SK Kampung Buda! 🤝📚✨

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.Ikhlas daripada seluruh wargaSekolah Kebangsaan Kampung Buda.Semoga A...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada seluruh warga
Sekolah Kebangsaan Kampung Buda.

Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kegembiraan serta mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua. ✨

🌼🌼PROGRAM IHYA RAMADAN 2026/1447H🌼🌼Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, kita dapat mela...
17/03/2026

🌼🌼PROGRAM IHYA RAMADAN 2026/1447H🌼🌼

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, kita dapat melaksanakan Program Ihya Ramadan peringkat SK Kampung Buda untuk tahun 2026 ini.

Marhaban Ya Ramadan!

Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk menyemarakkan bulan Ramadan dengan amalan ibadah, meningkatkan ketaqwaan serta mengimarahkan suasana sekolah dengan pengisian rohani. Bulan ini merupakan bulan kesabaran dan pengajaran, maka jadikanlah ia medan meningkatkan iman.

Pihak Panitia Pendidikan Islam telah menyusun pelbagai aktiviti menarik sepanjang bulan Ramadan, antaranya:

1. Tadarus Al-Quran
2. Literasi Iqra'
3. Melengkapkan Jurnal Ramadan
4. Mewarna Poster Ramadan
5. Tabung Infaq Ramadan

Jumlah kutipan Tabung Infaq Ramadan tahun ini ialah RM505.00. Sumbangan ini dari kalangan murid , guru dan AKP sekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang. Sumbangan Tabung Infaq Ramadan telah diagihkan kepada asnaf di kalangan murid, murid yang puasa penuh sehingga 26 Ramadan dan semua murid.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang Program Ihya Ramadan ini dilaksanakan. Semoga program ini berjaya mencapai objektifnya dan kita semua mendapat keberkatan serta keampunan daripada Allah 🤲🏻.

Manisnya kurma kita hidangkan,
Elok dikongsi bersama-sama;
Ramadan kembali kita raikan,
Ibadah dipertingkat jiwa bersama.

🎉 TAHNIAH & SYABAS! ♟️Sekalung tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Catur 12...
11/03/2026

🎉 TAHNIAH & SYABAS! ♟️

Sekalung tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Catur 12TKB (L/P) Majlis Sukan Sekolah Rendah (MSSR) Peringkat Zon Spaoh 2026.

Komitmen, semangat juang dan keberanian anda semua dalam setiap perlawanan amat membanggakan warga sekolah.

Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun:
♟️ Fadlin Nurhan B**g bin Shakir Rafiqi – Rangking 11/48 peserta (4.5/7 kemenangan)
♟️ Muhammad Harith Haiqal Bin Mohd Noor – 4/7 kemenangan
♟️ Muhammad Raqib Zhafran bin Mazelani – 3/7 kemenangan
♟️ Fadhil Yaqdan Nasrullah – 3/7 kemenangan
♟️ Mohammad Khairul Izwan Bin Affendi – 3/7 kemenangan
♟️ Izzul Fahmi Bin Budiman – 2/7 kemenangan

Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun:
♟️ Fia Fattia Binti Jeffery – 3/7 kemenangan
♟️ Nur Hannia Binti Zaini – 3/7 kemenangan

Syabas sekali lagi diucapkan kerana telah membawa nama sekolah dengan penuh dedikasi dan semangat kesukanan. Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah lebih jauh pada masa hadapan.

**Syabas dan teruskan kecemerlang

🌼🌼PENYERAHAN SLIP UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BUDA TAHUN 2026🌼🌼TARIKH : 2 MAC 2026 HARI...
10/03/2026

🌼🌼PENYERAHAN SLIP UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BUDA TAHUN 2026🌼🌼

TARIKH : 2 MAC 2026
HARI : ISNIN

Syukur alhamdulillah, Slip Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) telah telah diserahkan semasa majlis perhimpunan mingguan. Seramai 12 orang murid telah menerima slip keputusan masing-masing.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid atas pencapaian yang membanggakan. Lebih membanggakan, seorang murid telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang 9A.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kecemerlangan pada masa hadapan dan menjadi inspirasi untuk terus menuntut ilmu, berbakti kepada agama dan masyarakat, serta menjadi bekalan yang bermanfaat di dunia dan akhirat.


MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU (PTTS) 2.0 TAHUN 2026 ANJURAN JAWATANKUASA PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU SK K...
17/02/2026

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU (PTTS) 2.0 TAHUN 2026 ANJURAN JAWATANKUASA PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU SK KAMPUNG BUDA

6 Februari 2026 l Jumaat l 10.00 pagi hingga selesai
Bilik Kelas Tahun 1 Amanah, SK Kampung Buda

2 matlamat:
1️⃣ Meraikan kejayaan murid menamatkan Program Transisi Tahun Satu.
2️⃣ Mengukuhkan keyakinan dan kesediaan mereka untuk meneruskan pembelajaran secara formal dalam suasana sekolah.

3 objektif:
1️⃣ Memberi penghargaan kepada murid atas penglibatan aktif sepanjang pelaksanaan PTTS.
2️⃣ Meningkatkan keyakinan diri murid untuk meneruskan pembelajaran dalam persekitaran sekolah rendah.
3️⃣ Mengeratkan hubungan antara murid, guru dan warga sekolah dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang positif.

Kumpulan Sasaran: 7 orang murid kelas Tahun Satu Amanah

Segala usaha dan pelibatan murid dihargai dengan penyampaian hadiah dan sijil anugerah iaitu:
1️⃣ Anugerah Bintang Kejora (Kehadiran Terbaik)
2️⃣ Anugerah Bintang Aurora (Sahsiah Terpuji)
3️⃣ Anugerah Bintang Ceria (Ramah dan Mesra)
4️⃣ Anugerah Bintang Bersinar (Kreatif dan Berbakat)
5️⃣ Anugerah Bintang Bestari (Pintar)
6️⃣ Anugerah Penampilan Kemas
7️⃣ Anugerah Bintang Gemerlapan (Tokoh Transisi Tahun 2026)

Tahniah kepada semua murid kelas Tahun 1 Amanah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan PTTS 2.0 Tahun 2026 SK Kampung Buda.

3 Februari 2026 l Selasa l 7.30 pagi hingga selesai Kejohanan Merentas Desa Peringkat Zon Spaoh di SK Kampung Buda.Kumpu...
17/02/2026

3 Februari 2026 l Selasa l 7.30 pagi hingga selesai

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Zon Spaoh di SK Kampung Buda.

Kumpulan Sasaran: 6 orang murid bagi setiap kategori (lelaki dan perempuan 12TKB) dari 11 buah sekolah dalam Zon Spaoh.

4 objektif:
1️⃣ Memilih atlet berbakat untuk mewakili Zon Spaoh ke Kejohanan Merentas Desa MSS Bahagian Betong.
2️⃣ Membina ketahanan fizikal dan mental murid melalui aktiviti sukan lasak.
3️⃣ Memupuk semangat kesukanan dan disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar.
4️⃣ Mengeratkan silaturahim antara sekolah-sekolah di sekitar Zon Spaoh.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan tersebut.

❤️ PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 (PTTS 2.0) MINGGU KETIGA & MINGGU KEEMPAT TAHUN 2026🧡 PTTS 2.0 Minggu Ketiga & Minggu...
17/02/2026

❤️ PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 (PTTS 2.0) MINGGU KETIGA & MINGGU KEEMPAT TAHUN 2026

🧡 PTTS 2.0 Minggu Ketiga & Minggu Keempat: 26 Januari 2026 - 6 Februari 2026 (Fasa Kesediaan)

💛 PTTS 2.0 dirangka dengan mengambil kira kurikulum prasekolah dan Tahun Satu dengan penekanan terhadap 5 aspek iaitu:
1️⃣ Sosioemosi
2️⃣ Sikap dan nilai
3️⃣ Kognitif
4️⃣ Kreativiti & estetika
5️⃣ Kesejahteraan fizikal & kesihatan

💚 6 objektif PTTS 2.0 iaitu:
1️⃣ Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau prasekolah/tadika kepada pendidikan formal.
2️⃣ Menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
3️⃣ Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
4️⃣ Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta pembelajaran.
5️⃣ Membantu murid mengurus diri sendiri.
6️⃣ Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya.

🩵 3 objektif Fasa Kesediaan iaitu:
1️⃣ Meningkatkan keyakinan murid dalam interaksi sosial dan pembelajaran.
2️⃣ Membentuk sikap positif dalam pembelajaran.
3️⃣ Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk Pembelajaran di Tahun Satu.

💙 5 tema dalam Fasa Kesediaan PTTS 2.0 Minggu Ketiga & Minggu Keempat ini merangkumi:
1️⃣ Diri Saya
2️⃣ Dunia di Sekeliling Saya
3️⃣ Hidup Bersama
4️⃣ Kesihatan
5️⃣ Sukan dan Permainan

💜 Semoga anak-anak kelas Tahun 1 Amanah SK Kampung Buda terus bersemangat dan rajin datang sekolah setiap hari.

12/02/2026

Program Senam Sihat SK Kampung Buda telah dilaksanakan pada 02.02.2026.

Program ini merupakan salah satu program 3K dan aktiviti untuk pakej HePiLi. Fokus pakej HePiLi adalah mempromosikan tingkah laku sihat kepada warga sekolah terutamanya kepada murid.

Jumpa lagi selepas raya ya. Kita beraya dulu lepas tu baru buang lemak 😁😅

12/02/2026

🛑🛑 Program Kesedaran & Pencegahan Gangguan Seksual

Tarikh : 29 Januari 2026
Tempat : Bilik Sains, SK Kampung Buda
Aktiviti :

1. Ceramah Kesedaran & Pencegahan Gangguan Seksual oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Neti Tahir .
2. Kuiz
3. Mewarna Poster

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

❤️ PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 (PTTS 2.0) MINGGU KEDUA TAHUN 2026🧡 PTTS 2.0 Minggu Kedua: 19 Januari 2026 - 23 Janua...
23/01/2026

❤️ PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 (PTTS 2.0) MINGGU KEDUA TAHUN 2026

🧡 PTTS 2.0 Minggu Kedua: 19 Januari 2026 - 23 Januari 2026 (Fasa Penyesuaian)

💛 PTTS 2.0 dirangka dengan mengambil kira kurikulum prasekolah dan Tahun Satu dengan penekanan terhadap 5 aspek iaitu:
1️⃣ Sosioemosi
2️⃣ Sikap dan nilai
3️⃣ Kognitif
4️⃣ Kreativiti & estetika
5️⃣ Kesejahteraan fizikal & kesihatan

💚 6 objektif PTTS 2.0 iaitu:
1️⃣ Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau prasekolah/tadika kepada pendidikan formal.
2️⃣ Menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
3️⃣ Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
4️⃣ Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta pembelajaran.
5️⃣ Membantu murid mengurus diri sendiri.
6️⃣ Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya.

🩵 Pengisian PTTS 2.0 Minggu Kedua (Fasa Penyesuaian) ini merangkumi:
1️⃣ Rutin Kelas
2️⃣ Perbualan Awal
3️⃣ Aktiviti Fizikal
4️⃣ Aktiviti Suai Kenal
5️⃣ Aktiviti Pembelajaran
6️⃣ Rehat

💙 Lukisan cita-cita yang dihasilkan dengan penuh kesungguhan walaupun nampak lucu 😂 nanti cikgu PSV ajar mereka jadi lebih pandai dan hasilkan lukisan yang lebih menarik lagi... yang penting niat & impian anak-anak ini besar & semoga tercapai cita-cita mereka suatu hari nanti 🙏

💜 Semoga anak-anak kelas Tahun 1 Amanah SK Kampung Buda terus bersemangat dan rajin datang sekolah setiap hari.

Address

Betong
95700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Kampung Buda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share