Unit Pengurusan Psikologi, Politeknik METrO Betong Sarawak

Unit Pengurusan Psikologi, Politeknik METrO Betong Sarawak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Pengurusan Psikologi, Politeknik METrO Betong Sarawak, Education, Politeknik METrO Betong Sarawak 1-12, Fasa2 Bandar Baru Betong 95700 Betong, Betong.

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah satu proses membantu seseorang individu memahami diri dan dunia sekeliling supaya seseorang individu tersebut dapat menggunakan keupayaan , bakat dan kebolehan mereka dengan baik dalam kehidupan seharian.

27/08/2021
23/07/2021

Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk semua, pagi ini perkongsian kita bertajuk " Kesedaran Kes**arelawan Dalam Kalangan Masyarakat". Perkongsian ini menekankan berkaitan dengan kebaikan melibatkan diri dalam aktiviti kes**arelawan dan langkah-langkah yang boleh diambil bagi memupuk semangat kes**arelawan dalam kalangan masyarakat. Selamat menonton.

Tajuk : Kesedaran Kes**arelawan dalam Kalangan Masyarakat
Tarikh : 23.Julai.2021
Masa : 9.30 pagi
Platform : Facebook (Unit Pengurusan Psikologi,PMBS)
Speaker : Dayang Nurhanani Binti Abang Zulkipli, Kaunselor Pelatih, PMBS
Penyelia : En. Muhammad Firdaus Bin Mohd Ramlee

TERBUKA UNTUK SEMUA

*Program : Mental Health Matters*Pandemik Covid-19 yang telah melanda seluruh negara di dunia ini  secara tidak langsung...
05/06/2021

*Program : Mental Health Matters*

Pandemik Covid-19 yang telah melanda seluruh negara di dunia ini secara tidak langsung telah mengubah corak kehidupan pelbagai lapisan masyarakat. Setiap daripada individu terkena dampak kesan daripada peningkatan kes ini. Kesan yang dihadapi bukan sahaja kepada kesihatan fizikal namun kesihatan mental juga terus terjejas. Oleh itu, setiap daripada individu perlu mengetahui isu- isu semasa sesuai dengan norma baharu yang dijalani agar kehidupan lebih aman dan sejahtera.

☘️Ingin mengetahui dengan lebih mendalm isu-isu kesihatan mental yang dibahaskan?

☘️Tertanya-tanya cara berhadapan dengan kehidupan di norma baharu?

🍀Ikuti Kami secara LIVE di laman *Facebook : Mental Health Matters ( www.facebook.com/MentalHealthMattersTC )*

ℹ️ 13 orang speaker dijemput, 13 isu yang berlainan untuk dibincangkan!!

ℹ️ Diadakan pada setiap Rabu dan Sabtu bermula 2 Jun - 10 Julai 2021.

ℹ️ Jam : 10 pagi - 11 pagi

ℹ️ e-Sijil diberikan kepada yang mengisi borang maklumat dan menjawab soalab kuiz yang disediakan

ℹ️ Percuma dan terbuka kepada semua! 🤩

‼️Pendaftaran utk setiap slot speaker dibuka selama 3 hari sahaja

Anda boleh imbas QR code yang disertakan atau tekan link di bawah ⏬

Link program : https://linktr.ee/MentalHealthMattersTC

Tips Menjaga Kesihatan MentalPenjagaan kesihatan mental sama pentingnya seperti menjaga kesihatan fizikal. Hal ini keran...
21/05/2021

Tips Menjaga Kesihatan Mental

Penjagaan kesihatan mental sama pentingnya seperti menjaga kesihatan fizikal. Hal ini kerana mental yang sihat akan membawa seseorang individu kepada hidup yang lebih sejahtera. Namun, masih terdapat segelintir manusia yang belum mempunyai kesedaran berkaitan dengan cara penjagaan mental dengan baik dan kepentingannya. Oleh itu, di sini disertakan tips-tips untuk menjaga kesihatan mental dengan betul. Selamat mencuba dan mengamalkannya!

Antara tips-tips penjagaan kesihatan mental adalah :
• Melakukan senaman dalam kehidupan seharian
• Mempunyai hubungan yang baik dalam komuniti
• Menjaga gaya pemakanan yang sihat
• Dapat menyeimbangkan kehidupan seharian
• Mengamalkan gaya hidup sihat

Semua tips-tips yang dikongsikan di atas dapat membantu seseorang dalam menjaga dan memastikan kesihatan mental sentiasa terjaga. Setiap individu perlu menerapkan nilai kesedaran berkaitan dengan kepentingan menjaga kesihatan mental dalam diri agar kesejahteraan mental dapat diperolehi. Maka, jagalah kesihatan mental anda sebagaimana anda menjaga kesihatan fizikal anda.

Ditulis oleh,
Dayang Nurhanani Binti Abang Zulkipli,
Kaunselor Pelatih,
Politeknik Metro Betong Sarawak

21.5.2021 (Jumaat)

Amalkan Gaya Hidup Sihat. Jiwa Sihat, Minda Sihat!Gaya hidup yang sihat bermaksud  amalan-amalan penjagaan dari segi pem...
20/05/2021

Amalkan Gaya Hidup Sihat. Jiwa Sihat, Minda Sihat!

Gaya hidup yang sihat bermaksud amalan-amalan penjagaan dari segi pemakanan, aktiviti harian dan senaman dalam mengurangkan risiko penyakit dan kematian. Amalan gaya hidup yang sihat ini dapat membantu seseorang untuk mengelakkan diri daripada terkena penyakit-penyakit yang tidak berjangkit dengan hanya perlu berhati-hati. Setiap daripada individu perlu mengetahui kepentingan mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mendapatkan kesejahteraan dalam hidup.

Antara Langkah untuk Mengamalkan Gaya Hidup Yang Sihat adalah :
1. Diet sihat dan seimbang
2. Menjaga berat badan
3. Rajin bersenam
4. Tidur yang cukup
5. Mengurus emosi dengan baik
6. Berhenti Merokok
7. Mengelakkan diri daripada penyalahgunaan dadah
8. Pemeriksaan kesihatan berkala
9. Menyertai komuniti dan kumpulan
10. Menggunakan teknologi digital untuk kesihatan

Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat. Walaupun banyak inisisatif yang boleh dilakukan namun ia sangat memerlukan kesedaran awal dalam diri individu berkaitan dengan kepentingan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sekiranya tiada kesedaran ini, semua usaha akan sia-sia sahaja.

Ditulis oleh,
Dayang Nurhanani Binti Abang Zulkipli,
Kaunselor Pelatih,
Politeknik Metro Betong Saarawak

20.Mei.2021 (Khamis)

Cara Mengenali Diri SendiriSering kita mempersoalkan kepada diri kita sendiri siapakah diri kita? Adakah kita betul-betu...
20/05/2021

Cara Mengenali Diri Sendiri

Sering kita mempersoalkan kepada diri kita sendiri siapakah diri kita? Adakah kita betul-betul sudah memahami diri kita sendiri? Atau adakah kita masih dipengaruhi oleh keputusan orang lain dalam menbuat keputusan untuk diri sendiri. Hal ini demikian kerana masih terdapat segelintir individu yang diatur dan diputuskan oleh orang-orang terdekat seperti ibu bapa, keluarga dan sahabat sama ada dalam bidang pekerjaan atau gaya hidup. Semua keputusan yang dibuat dipengaruhi oleh orang-orang sekitar. Jadi, sudahkah anda benar-benar memahami apa yang anda inginkan atau memahami diri dengan sebaik yang mungkin?

Terdapat beberapa cara untuk mengenali diri sendiri :

(1) Mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendir
- Apabila seseorang individu diajukan soalan ini kebanyakkan mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut kerana mereka sendiri juga bingung dengan perkara yang berlaku dalam diri mereka. Pemahaman seseorang individu terhadap kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri mereka amat penting kerana ia mendorong kepada penentuan arah tuju hidup dan masa hadapan yang lebih baik.

(2) Menangani dan menganalisis Pemikiran
- Seseorang individu perlu mengamati dan mendalami pemikiran sama ada sedar dan bawah sedar mereka. Mereka boleh memahami dan menganalisis pemikiran apa sahaja yang bermain di benak mereka. Setiap individu boleh mempersoalkan diri sendiri berkaitan dengan bakan dan kemahiran yang ada dalam diri sendiri. Hal-hal ini dapat membantu dalam memahami diri dengan lebih baik berkaitan dengan perkara yang diinginkan dalam kehidupan.

(3) Menulis Jurnal Refleksi
- Menulis dan membuat refleksi berkaitan dengan diri sendiri dapat membantu seseorang mengenal diri sendiri dengan lebih mendalam. Hal ini juga dapat membantu seseorang untuk memahami pola fikirnya tersendiri.

(4) Menentukan Nilai Yang Ada Dalam Diri Masing-Masing
- Seseorang individu perlu mempunyai nilai-nilai tersendiri dalam kehidupan seharian mereka. Dengan adanya nilai-nilai tertentu dalam diri, ia secara tidak langsung akan membantu anda menguji moral dalam diri, cita-cita dan keyakinan dalam diri sendiri.
Kesimpulannya, setiap manusia perlu memahami diri dengan sebaik mungkin dalam membantu perkembangan diri sendiri pada masa akan datang. Marilah sama-sama kita memperbaiki diri dan memahami diri sendiri dengan lebih baik untuk kea rah hidup yang lebih cemerlang.

Ditulis oleh:
Dayang Nurhanani Binti Abang Zulkipli,
Kaunselor Pelatih,
Politeknik Metro Betong Sarawak

20.Mei.2021 (Khamis)

Hargai Masa yang Anda MilikiMasa itu emas. Perumpamaan ini membawa erti bahawa masa itu sangat penting dan apabila masa ...
19/05/2021

Hargai Masa yang Anda Miliki

Masa itu emas. Perumpamaan ini membawa erti bahawa masa itu sangat penting dan apabila masa sudah berlalu ia tidak akan dapat diputar kembali. Inilah melambangkan betapa berharganya masa dalam hidup seseorang. Masa akan terus berputar tanpa menoleh ke belakang tanpa mengira ada yang belum sempat ataupun yang tertinggal. Masa akan terus bergerak ke hadapan dan membawa seseorang kepada satu bab hidup yang baru dengan peredaran masa. Oleh itu, jaga dan gunakanlah masa yang anda miliki dengan sebaik yang mungkin. Hal ini kerana penyesalan tidak akan pernah datang di permulaan tetapi akan berlaku di setiap pengakhiran.

Setiap individu perlu bijak dalam memanfaatkan masa yang ada untuk merealisasikan perkara yang diinginkan pada masa yang tepat. Seseorang individu akan dapat memperoleh manfaat jika mereka menggunakan masa dengan sebaik yang mungkin. Antara kepentingan menjaga atau menggunakan masa dengan sebaik yang mungkin adalah urusan pekerjaan dapat diselesaikan dalam masa yang tepat, dapat membentuk disiplin diri yang mantap dan dapat mengelakkan diri daripada tekanan.

Pengurusan masa yang baik dapat membantu seseorang individu Menyusun sesuatu aktiviti yang ingin dijalankan secara lebih terancang. Selain itu, apabila sesuatu pekerjaan lebih tersusun dan terancang, pekerjaan yang dilaksanaka akan lebih berkualiti sekaligus meningkatkan prestasi dalam pekerjaan. Seseorang yang bijak merancang masa dapat menyiapkan sesuatu tugasan pada masa yang ditetapkan. Mereka juga berada dalam keadaan yang tidak tergesa-gesa dan dapat menyiapkan tugasan dalam keadaan yang tenang.

Seterusnya, seseorang individu juga dapat mendisiplinkan diri mereka dengan lebih baik apabila mereka mengurus masa dengan bijak. Mereka dapat memupuk sifat menepati masa apabila dapat membahagikan masa dengan baik. Disiplin diri dapat diwujudkan apabila seseorang individu dapat mematuhi peraturan dan jadual harian dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan dalam diri mereka. Kehidupan mereka juga akan lebih terancang dengan adanya pengurusan masa dengan baik.

Akhir sekali, seseorang yang bijak dalam mengurus masa dapat mengelakkan diri mereka daripada tekanan. Hal ini demikian kerana apabila tugasan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan bermakna tiada kerja yang perlu ditangguhkan. Apabila tiada kerja yang bertangguh tekanan dalam kerja juga sudah semestinya berkurang. Secara tidak langsung mereka dapat menjaga kesejahteraan mental mereka dalam bekerja. Keadaan ini akan menimbulkan semangat yang kuat dalam bekerja.

Oleh itu, terdapat banyak kepentingan menjaga masa dalam diri seseorang individu. Mulai hari ini hargailah masa anda dan gunakanlah masa dengan sebaik mungkin agar tiada penyesalan yang berlaku atas kesempatan masa yang diberikan ke atas diri kita. Semoga bermanfaat.

Ditulis oleh,
Dayang Nurhanani Binti Abang Zulkipli,
Kaunselor Pelatih,
Politeknik Metro Betong Sarawak

18.Mei.2021(Rabu)

Amalkan Gaya Hidup Besederhana, Hidup akan Lebih TenangApa itu kesederhanaan ? Kesederhanaan bermaksud segala perkara ya...
19/05/2021

Amalkan Gaya Hidup Besederhana, Hidup akan Lebih Tenang

Apa itu kesederhanaan ? Kesederhanaan bermaksud segala perkara yang dilakukan tidak berlebihan dari segi apapun samaada dari segi tindakan, pergaulan dan semua aktiviti harian seseorang individu. Individu yang mengamalkan gaya hidup yang sederhana ini akan mengekspresikan dirinya dengan menggunakan akal dan kewarasan yang dilihat akan selalu menjaga keseimbangan dan kesejahteraan hidup mereka.

Gaya hidup sederhana ini mendatangkan banyak kebaikan untuk diri dan persekitaran individu yang mengamalkannya. Sebagai contoh, orang yang besederhana dapat menjalani kehidupan peribadi, keluarga dan pekerjaan dengan lebih stabil dan tenang. Perkara yang paling penting bila mengamalkan gaya hidup yang sederhana ini adalah ia dapat menjaga hubungan yang harmoni dengan orang lain. Perkataan sederhana ini juga membawa maksud menahan diri, sabar, berhati-hati, pertimbangan, waras, tenteram dan tenang.

Setiap individu perlu mempunyai sikap sederhana dalam segala perbuatan atau perkara yang dilakukan dalam kehidupan seharian. Besederhana membolehkan seseorang individu tersebut bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan atau tindakan sama ada dari segi pemikiran, pertuturan, atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

Antara ciri-ciri kesederhanaan dalam pergaulan adalah tidak keterlaluan dalam pertuturan, tidak menyinggung perasaan orang lain, menolong tanpa merosakkan diri sendiri, menghormati dan menerima pendapat orang lain, mampu mengawal perasaan, melakukan sesuatu perkara baik untuk diri sendiri dan orang lain.

Selain daripada pergaulan, setiap individu juga digalakkan besederhana dalam berpakaian. Hal ini kerana berpakaian yang keterlaluan juga akan menimbukan perkara-perkara yang tidak baik ke atas diri individu tersebut. Apabila berpakaian, pakaian yang dikenakan perlulah bersesuaian dengan temapat yang hendak dihadiri dan sebagainya mengikut konsep sesuatu majlis. Selain itu, besederhanan dalam mengemukakan buah fikiran seperti menjaga hati orang lain Ketika bercakap dan bukan main cakap lepas. Hal ini apabila diamalkan dalam kehidupan seharian mampu untuk membawa seseorang individu yang mengamalkan kea rah hidup yang lebih tenang.

Ditulis oleh,
Dayang Nurhanani Binti Abang Zulkipli,
Kaunselor Pelatih,
Politeknik Metro Betong Sarawak

18.Mei.2021

Anda Mengalami Masalah S**ar Tidur? Apakah Puncanya?Tidur merupakan salah satu kewajipan atau kepentingan yang diperluka...
19/05/2021

Anda Mengalami Masalah S**ar Tidur? Apakah Puncanya?

Tidur merupakan salah satu kewajipan atau kepentingan yang diperlukan oleh seseorang individu di dunia ini. Hal ini demikian kerana, setiap manusia memerlukan rehat dan masa tidur yang cukup dalam rutin harian mereka. Antara masa tidur yang sesuai bagi setiap golongan umur adalah antara 6 hingga 8 jam untuk orang dewasa, warga emas diantara 4 hingga 5 jam dan masa yang lebih Panjang untuk kanak-kanak. Masalah tidur bermaksud seseorang yang mengalami masalah pada corak tidurnya atau tidur yang tidak menentu.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada berlakunya masalah tidur iaitu :

 Gaya hidup yang tidak teratur
 Masalah pernafasan
 Kerap kencing pada waktu malam
 Sakit
 Gangguan psikologikal atau masalah mental
 Penyalahgunaan dadah dan alcohol
 Gangguan faktor persekitaran seperti bising yang melampau, terlalu terang atau panas

Tanda-tanda dan Gejala Gangguan Tidur:

 Tidur yang terlampau sedikit ( insomnia)
 Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia)
 Tingkah laku yang luar biasa semasa tidur seperti berjalan semasa tidur, bangun tiba-tiba dalam ketakutan, kisaran gigi dan sebagainya

Kesan-kesan Gangguan Tidur :

 Cepat marah
 S**ar untuk mengawal emosi
 S**ar untuk fokus dalam sesuatu perkara
 Tidak produktif dalam menjalankan kerja
 Menjejaskan perhubungan seharian
 Menganggu pembelajaran

Langkah untuk Mengatasi Masalah Tidur :

 Mendapatkan rawatan professional
 Mengamalkan rutin tidur yang sihat dan teratur
 Mengamalkan gaya hidup yang sihat
 Menghindari penyalahgunaan dadah dan alkohol

Ditulis oleh,
Dayang Nurhanani Binti Abang Zulkipli,
Kaunselor Pelatih,
Politeknik Metro Betong Sarawak.

18.Mei.2021 (Rabu)

KELETIHAN/FATIGUE?Keletihan adalah satu satu keadaan di mana seseorang individu berasa bukan sekadar letih biasa namun l...
11/05/2021

KELETIHAN/FATIGUE?

Keletihan adalah satu satu keadaan di mana seseorang individu berasa bukan sekadar letih biasa namun letih yang berpanjangan, tidak bermotivasi , tidak bertenaga dan menganggu fokus. Keletihan yang berlaku ini tidak dapat reda dengan hanya sekadar berehat sahaja. Keadaan keletihan ini boleh menjejaskan kesejahteraan emosi dan psikologi manusia. Jika anda mengalami masalah seperti ini, pastikan anda mendapat rawatan segera agar tidak berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

GEJALA-GEJALA BERLAKUNYA KELETIHAN
Sakit di bahagian otot
Sikap tidak mengendahkan
S**ar untuk fokus
Rasa mengantuk di siang hari
S**ar untuk melakukan sesuatu yang baru
Sakit kepala
Keresahan
Kemurungan
Lambat memberikan respon
Masalah penglihatan

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA KELETIHAN
Masalah tidur
Bekerja sehingga lewat malam
Peralihan kerja
Kekurangan vitamin
Pola pemakanan yang tidak teratur
Penyakit kronik
Berat badan yang berlebihan atau berkurangan
Aktiviti harian yang terlalu banyak atau terlalu sedikit

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut, anda boleh pergi ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapat bantuan awal daripada perkara yang sedang anda alami. Semua individu perlu mempunyai sikap untuk menyayangi diri sendiri dan memberikan perhatian yang sebaiknya terhadap diri sendiri.

Ditulis oleh:
Dayang Nurhanani Binti Abang Zulkipli,
Kaunselor Pelatih,
Politeknik Metro Betong Sarawak.

11.Mei.2021 (Selasa)

SERING KECEWA? APA PUNCANYA?Pernahkah anda berasa kecewa sepanjang kehidupan anda? Apakah anda memahami maksud kecewa de...
06/05/2021

SERING KECEWA? APA PUNCANYA?

Pernahkah anda berasa kecewa sepanjang kehidupan anda? Apakah anda memahami maksud kecewa dengan lebih mendalam? Di dalam kehidupan ini, semua daripada kita berharap bahawa apa yang kita inginkan tercapai sesuai dengan keinginan kita. Namun, realitinya tidak semua apa yang kita inginkan secara terus akan tercapai secara lancar. Kecewa merupakan satu perasaan dimana seseorang individu tersebut berasa hampa, sedih, tidak berjaya , tidak berjalan lancar apa yang diinginkan dalam kehidupan. Maka dengan itulah wujudnya rasa kecewa dalam diri seseorang individu tersebut.

Apabila berasa kecewa, seringkali kita menyalahkan orang lain yang dikatakan membuat diri kita kecewa. Namun, pernahkah kita menyedari bahawa rasa kecewa yang kita alami itu berpunca daripada diri kita sendiri? Persoalannya kenapa diri kita sendiri boleh mengecewakan diri sendiri? Untuk memahami dengan lebih lanjut, mari kita semak bersama-sama.

Punca-punca Kecewa yang disebabkan oleh Diri Sendiri:

1. Mempunyai ekspektasi yang terlalu tinggi dalam hidup
 Ekspektasi yang terlalu tinggi dalam hidup tidak bagus untuk diamalkan kerana setiap daripada individu perlu memahami bahawa setiap apa yang kita lakukan dan inginkan di dalam kehidupan ini tidak semestinya akan bersesuaian denga napa yang kita inginkan.

2. Tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh
 Sesetengah individu mudah berasa puas denga napa yang dilakukan walaupun dia sedar bahawa dia mampu untuk menghasilkan yang lebih baik. Sekiranya mudah sangat berpuas hati dengan sesuatu perkara, itu kan melalaikan seseorang individu untuk melakukan yang terbaik sesuai dengan kemampuan yang ada.

3. Meremehkan perkara-perkara kecil
 Tindakan meremehkan sesuatu yang kecil ini kebiasaannya akan memberikan kesan yang kurang baik ke atas diri individu itu sendiri. Hal ini kerana, kemungkinan perkara kecil yang diremehkan mempunyai nilai-nilai tersendiri. Orang yang sering bertindak seperti ini adalah lebih s**a melakukan sesuatu pekerjaan secara terburu-buru dan sangat kurang teliti.

4. Tidak menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin
 Menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang kurang penting bagi mengisi masa lapang. Masa amat penting kerana masa tidak akan dapat diulang lagi sekalipun kita merayu dengan apapun keadaan dan ia akan tetap berlalu. Oleh itu, manfaatkanlah masa yang ada dan elakkan sikap s**a bertangguh .

5. Sentiasa berada di dalam zon selesa
 Di zon ini kita akan berasa sangat selesa dan terhindar daripada risiko-risiko besar. Namun perlu diketahui bahawa jika terlalu selesa dalam sesuatu keadaan ia juga boleh membawa kepada sesuatu yang kurang baik dalam diri kita. Kebanyakkan orang yang selesa di zon ini akan mengalami kes**aran untuk mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.

Setelah membaca punca-punca di atas, adakah anda sudah meneliti dan mengetahui punca sebenar yang mendorong diri anda untuk berasa kecewa? Oleh itu, marilah sama-sama kita memperbaiki diri untuk menjadi peribadi yang lebih baik pada masa hadapan.

Ditulis oleh:
Dayang Nurhanani Binti Abang Zulkipli,
Kaunselor Pelatih,
Politeknik Metro Betong Sarawak

6.Mei.2021 (Khamis)

KESEPIANKonsep SepiSepi adalah sesuatu keadaan dimana tiada apa-apa bunyi-bunyian, sunyi, senyap dan tidak menganggu pem...
06/05/2021

KESEPIAN

Konsep Sepi

Sepi adalah sesuatu keadaan dimana tiada apa-apa bunyi-bunyian, sunyi, senyap dan tidak menganggu pemikiran. Perkataan yang sering dikaitkan dengan sepi ini adalah menyendiri dan berkeseorangan.

Tanda- Tanda Anda Kesepian

1. S**a mengasingkan diri
• Menjauhkan diri daripada keluarga atau rakan-rakan dan memilih untuk bersendirian apabila berada dalam kesedihan
• Tidak banyak bercakap dan lebih banyak mendiamkan diri

2. S**a mencari tahu sesuatu perkara tanpa pengetahuan orang lain (stalking)
• S**a melakukan sesuatu aktiviti yang tidak mendatangkan faedah pada diri sendiri
• S**ar untuk melupakan perkara yang sudah lepas

3. Terlalu mementingkan kesempurnaan
• Sentiasa tidak berpuas hati dalam apa jua keadaan
• Sering memandang semua perkara kea rah yang negatif

4. S**a mengkritik diri sendiri
• Meningkatkan lagi rasa sepi dalam diri kerana merasakan diri tidak cukup baik
• Banyak meletakkan nilai negatif terhadap diri sendiri

5. Sangat memerlukan perhatian
• Memerlukan perhatian daripada orang lain untuk mengisi kesepian

Kesan-Kesan Kesepian :

1. Membawa kepada penyalahgunaan bahan
2. Mengubah fungsi otak
3. Mengalami tingkah laku antisosial
4. Kemurungan
5. Bunuh diri
6. Tahap tekanan meningkat
7. Tidak mahir dalam membuat sesuatu keputusan

Cara-Cara untuk Mengatasi Kesepian :

1. Sayangi diri sendiri
2. Mengubah ‘mindset’ negatif dalam diri
3. Meluangkan lebih banyak masa bersama orang tersayang
4. Menjalin perhubungan yang erat dan berkualiti bersama orang sekitar
5. Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah
6. Memelihara haiwan peliharaan seperti kucing dan sebagainya

Kesimpulannya, jika anda berada dalam keadaan kesepian dalam jangka masa 2 minggu berturut-turut, dapatkan rawatan segera agar tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Lebaih baik mencegah daripada mengubati. Lihat keadaan diri anda sekarang sebelum semuanya terlambat.

Ditulis oleh,
Dayang Nurhanani Binti Abang Zulkipli,
Kaunselor Pelatih,
Politeknik Metro Betong Sarawak

6.Mei.2021 (Khamis)

Address

Politeknik METrO Betong Sarawak 1-12, Fasa2 Bandar Baru Betong 95700 Betong
Betong
95600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pengurusan Psikologi, Politeknik METrO Betong Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category