SK Mangut TS25

SK Mangut TS25 "Kebersamaan Pemangkin Kecemerlangan"

๐ŸŒŸ TAHNIAH DAN SYABAS! ๐ŸŒŸSekalung tahniah diucapkan kepada Adik HASNA ZAFIRA BINTI BOSTARI atas pencapaian TEMPAT KE-3 dal...
16/07/2026

๐ŸŒŸ TAHNIAH DAN SYABAS! ๐ŸŒŸ
Sekalung tahniah diucapkan kepada Adik HASNA ZAFIRA BINTI BOSTARI atas pencapaian TEMPAT KE-3 dalam Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi MADANI Tahun 2026 Peringkat Daerah Betong.๐Ÿ…
Pencapaian ini merupakan hasil daripada usaha gigih peserta, bimbingan berterusan guru pembimbing serta sokongan padu daripada ibubapa serta seluruh warga sekolah. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pertandingan-pertandingan akan datang.
Terus melangkah, terus cemerlang!๐ŸŒŸ

Tahniah Pasukan STEM SK Mangut! ๐ŸŽ‰๐ŸŽAdik Muhammad Muaz Zayyan๐ŸŽAdik Khalish Bazli๐ŸŽAdik Nash AfirashMeraih Tempat Ke-5 dalam...
11/07/2026

Tahniah Pasukan STEM SK Mangut! ๐ŸŽ‰
๐ŸŽAdik Muhammad Muaz Zayyan
๐ŸŽAdik Khalish Bazli
๐ŸŽAdik Nash Afirash

Meraih Tempat Ke-5 dalam BRIDGE BUILDING COMPETITION (Sekolah Rendah) sempena Karnival STEM Peringkat Daerah Betong,2026.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta serta guru pembimbing atas dedikasi, komitmen dan semangat yang telah ditunjukkan. Pasukan Bridge Building Competition memberikan saingan yang membanggakan sepanjang pertandingan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang pada masa hadapan๐ŸŒŸ

๐ŸŽ‰ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ซ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘น๐‘ผ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ผ ๐ŸŽ‰Pihak sekolah dengan hormat dan sukacita mengalu-alukan kedatangan guru baharu iaitu Cikgu...
09/06/2026

๐ŸŽ‰ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ซ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘น๐‘ผ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ผ ๐ŸŽ‰

Pihak sekolah dengan hormat dan sukacita mengalu-alukan kedatangan guru baharu iaitu Cikgu Mohammad Nazri bin Ismail ke SK Mangut.

๐ŸŒน ๐๐ฎ๐š๐ญ ๐‚๐ข๐ค๐ ๐ฎ,
Semoga kehadiran cikgu membawa semangat, idea dan kecemerlangan demi kemajuan murid serta sekolah.

Selamat menjalankan tugas, selamat berkhidmat dan selamat menjadi warga SK Mangut!

21 Mei 2026 | Khamis Alhamdulillah. Sambutan Hari Guru dan Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi sempena persaraan Cikgu ...
22/05/2026

21 Mei 2026 | Khamis

Alhamdulillah. Sambutan Hari Guru dan Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi sempena persaraan Cikgu Abang Bolia telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada EXCO PIBG yang telah bertungkus lumus sama-sama menjayakan majlis ini.

Tak lupa juga setinggi-tinggi terima kasih kepada Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) SK Mangut, Pasukan Hadrah Kampung Mangut, para jemputan serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini secara langsung dan tidak langsung.

Guru Bitara Nadi Negara. Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung. Sekali lagi, Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik dan Selamat Bersara Cikgu Abang Bolia daripada seluruh warga SK Mangut๐ŸŒน

๐ŸŒŸ TAHNIAH & SYABASII! ๐ŸŒŸSekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada peserta Pertandingan Nyanyian Genta Suara Perin...
20/05/2026

๐ŸŒŸ TAHNIAH & SYABASII! ๐ŸŒŸ
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada peserta Pertandingan Nyanyian Genta Suara Peringkat Daerah Betong Tahun 2026 yang telah mewakili SK MANGUT dalam tiga kategori penyertaan, iaitu:
๐ŸŽค Nyanyian Duo (NAIB JOHAN)
NUR AIN SHUHADA
NUR NAQISSHA RANIA

๐ŸŽค Solo Lelaki (TEMPAT KE-5)
KHAIRUNNAS BIN RUDIMAN

๐ŸŽค Solo Perempuan (PENYERTAAN)
NUR AIN SHUHADA

Syabas atas komitmen, usaha dan keberanian yang ditunjukkan sepanjang latihan dan rakaman berlangsung.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus menyerlahkan bakat seni dan mengharumkan nama sekolah pada masa hadapan.

Syabas dan terus melakar kecemerlangan! ๐Ÿ’

โ€œSeorang guru tidak hanya mengajar tentang ilmu,tetapi mendidik tentang kehidupan"Marahnya bukan kerana benci,hukumnya b...
16/05/2026

โ€œSeorang guru tidak hanya mengajar tentang ilmu,
tetapi mendidik tentang kehidupan"

Marahnya bukan kerana benci,
hukumnya bukan kerana kejam,
diamnya bukan kerana tidak peduli.
Segala teguran dan didikan itu lahir daripada rasa tanggungjawab
agar anak didiknya menjadi insan yang lebih baik daripada dirinya sendiri.

Di sebalik ketegasan seorang guru,
ada doa yang tidak pernah putus.
Di sebalik penatnya seorang guru,
ada harapan besar untuk melihat anak muridnya berjaya.

Terima kasih buat semua guru
yang sabar membimbing,
ikhlas mendidik,
dan tidak pernah jemu membentuk masa depan bangsa.

Selamat Hari Guru buat warga pendidik SK Mangut.

Jasamu tidak mampu dibalas dengan kata-kata,
tetapi akan sentiasa hidup dalam ingatan dan kejayaan anak-anak muridmu.โ€
Kebersamaan Pemangkin Kecemerlangan.

Selamat Bersara Cikgu Abg Bolia bin Abg Ahmad ๐ŸŽ“Bermula dari tahun 1992, perjalanan penuh dedikasi seorang pendidik ini t...
05/05/2026

Selamat Bersara Cikgu Abg Bolia bin Abg Ahmad ๐ŸŽ“

Bermula dari tahun 1992, perjalanan penuh dedikasi seorang pendidik ini telah mencorakkan ribuan kisah kejayaan. Beliau bukan sekadar guru, tetapi insan yang menjadi pelita dalam kegelapan, membimbing tanpa jemu, mendidik tanpa kenal lelah, dan menyemai harapan dalam jiwa setiap anak didik.

Puluhan tahun berbakti, setiap langkah beliau di dalam kelas membawa makna, setiap nasihat menjadi panduan, dan setiap pengorbanan menjadi asas kepada kejayaan generasi hari ini.

Hari ini, tirai perkhidmatan rasmi dilabuhkan, namun legasi seorang guru sejati tidak akan pernah berakhir. Ilmu yang dicurahkan akan terus mengalir, doa anak didik akan sentiasa mengiringi, dan nama Cikgu Bolia akan kekal terpahat sebagai insan yang telah banyak berjasa.

Dari 1992 bermula langkah,
Menggalas amanah penuh tabah,
Mendidik jiwa tanpa lelah,
Hingga terukir jasa yang indah.

Pergimu bukan hilang bakti,
Rehatmu bukan noktah berhenti,
Namamu hidup dalam memori,
Jasamu kekal hingga ke akhir nanti.

Semoga persaraan ini membuka lembaran baharu yang lebih damai, dipenuhi kebahagiaan bersama keluarga tercinta, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dan segala jasa menjadi amal jariah yang terus mengalir.

Terima kasih, cikguโ€ฆ jasamu terlalu besar untuk dibalas, hanya doa yang mampu kami kirimkan. ๐ŸŒŸ

๐ŸŒŸ PROGRAM KEBERSIHAN DIRI & PENJAGAAN KUTU ๐ŸŒŸAlhamdulillah, program Kebersihan Diri & Penjagaan Kutu anjuran 3K & Hal Ehw...
30/04/2026

๐ŸŒŸ PROGRAM KEBERSIHAN DIRI & PENJAGAAN KUTU ๐ŸŒŸ

Alhamdulillah, program Kebersihan Diri & Penjagaan Kutu anjuran 3K & Hal Ehwal Murid SK Mangut telah berlangsung dengan jayanya pada 27 April 2026. ๐Ÿ’™

Program ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada murid tentang kepentingan menjaga kebersihan diri, khususnya penjagaan rambut dan kulit kepala. ๐Ÿงผโœจ

๐Ÿ‘ง๐Ÿ‘ฆ Murid-murid menunjukkan penglibatan yang aktif sepanjang sesi ceramah dan soal jawab.
๐Ÿ’ก Kesedaran terhadap kebersihan diri semakin meningkat, sekali gus membantu mengurangkan risiko jangkitan kutu dalam kalangan murid.

๐Ÿ™ Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penceramah, Dr. Shadan Bin Abdullah, serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

๐ŸŒฟ Semoga usaha ini dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih bersih, sihat dan kondusif untuk semua.

๐ŸŒŸPROGRAM CERGAS DAN CERDAS BERSAMA MILO ๐ŸŒŸAlhamdulillah, program Cergas dan Cerdas Bersama Milo yang telah berlangsung di...
30/04/2026

๐ŸŒŸPROGRAM CERGAS DAN CERDAS BERSAMA MILO ๐ŸŒŸ

Alhamdulillah, program Cergas dan Cerdas Bersama Milo yang telah berlangsung di SK Mangut berjalan dengan lancar dan penuh meriah! ๐Ÿ’š

Program ini berjaya menarik penglibatan aktif murid-murid dalam aktiviti fizikal serta memberi pendedahan tentang kepentingan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang. ๐Ÿฅ›โœจ

๐Ÿ‘ง๐Ÿ‘ฆ Murid-murid kelihatan ceria, bersemangat dan lebih aktif sepanjang program dijalankan.
๐Ÿ’ช Secara tidak langsung, program ini turut membantu meningkatkan tahap kecergasan, fokus serta semangat kerjasama dalam kalangan murid.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. ๐Ÿ™

Semoga usaha ini memberi manfaat berterusan dalam membentuk murid yang sihat, cerdas dan cemerlang! ๐ŸŒˆ

TERIMA KASIH MILO!!

23/04/2026

Antara momen sepanjang Jom Baca 10 Minit ๐Ÿ“š Walaupun ringkas, aktiviti ini diharapkan dapat memupuk minat membaca dan menjadikan amalan membaca sebagai rutin harian.

Address

Betong

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Mangut TS25 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category