Digital Community Centre Betong

Digital Community Centre Betong Strengthening Skills & Talent Capacity for Sustainable Community 💪

Bahagian Pembangunan Komuniti, Majlis Daerah Betong bersama DCC Betong sukacitanya menjemput pelajar sekolah rendah & me...
14/08/2026

Bahagian Pembangunan Komuniti, Majlis Daerah Betong bersama DCC Betong sukacitanya menjemput pelajar sekolah rendah & menengah di daerah Betong untuk menyertai pertandingan ini.

✨ PERTANDINGAN PIDATO ONLINE ✨
Ada bakat bercakap? S**a berkongsi idea? Berani tampil di hadapan kamera?
Jangan simpan bakat anda! Serlahkan keyakinan, kreativiti dan kebolehan berpidato anda secara ONLINE! 🌟

🏆 Buktikan bahawa suara anda mampu memberi inspirasi!
🎙️ Cipta persembahan pidato yang menarik!
📱 Rakam • Hantar • Menang!

✅ Kategori Sekolah Rendah
✅ Kategori Sekolah Menengah
🔥 JANGAN MALU, JANGAN TUNGGU!

Angkat suara, tunjuk bakat, jadi juara! 🏆

📢 Sertai sekarang dan biarkan suara anda didengari!

Nota kaki: Untuk maklumat lanjut boleh hubungi no📞 yang tertera di poster. Terima kasih😃

10 Ogos 2026.Bengkel Kamek Digital kolaborasi bersama Sarawak Digital Champion- Betong telah dilaksanakan dengan jayanya...
13/08/2026

10 Ogos 2026.
Bengkel Kamek Digital kolaborasi bersama Sarawak Digital Champion- Betong telah dilaksanakan dengan jayanya.

Bengkel Kamek Digital ini merupakan bengkel literasi digital yang memberi pendedahan praktikal kepada peserta untuk memanfaatkan platform digital dalam kehidupan dan perniagaan.

Dua topik menarik yang diketengahkan ialah:

➡️Cipta page – belajar membina dan mengurus halaman Facebook secara asas untuk mempromosikan produk, perkhidmatan atau aktiviti.

➡️WhatsApp Business – belajar menggunakan ciri-ciri WhatsApp Business seperti profil perniagaan, katalog, mesej automatik dan komunikasi dengan pelanggan.

Bengkel ini dilaksanakan secara hands-on, mudah difahami dan sesuai untuk peserta yang ingin meningkatkan kemahiran digital serta mengembangkan potensi perniagaan secara dalam talian.

Terima kasih Cik Munirah Seruja selaku Sarawak Digital Champion - Betong telah berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat.

Nak mula berniaga online tapi belum ada FB Page & WhatsApp Business?Jangan risau! *Sertai Bengkel Kamek Digital: Cipta F...
07/08/2026

Nak mula berniaga online tapi belum ada FB Page & WhatsApp Business?

Jangan risau!

*Sertai Bengkel Kamek Digital: Cipta FB Page & WhatsApp Business dan belajar bina identiti bisnes anda secara profesional.*

Istimewa untuk 10 peserta terawal!
🎁 Goodies Bag Menarik menanti anda!
✅ Makanan & minuman disediakan
✅ Bengkel PERCUMA

Tempat adalah terhad ‼️

Daftar sekarang sebelum slot 10 peserta terawal habis!

Hubungi: 📞 012-8724293 (Madam Imelda)

Klik AI Warga EmasTarikh: 27 Julai 2026Tempat: DCC Betong, Perpustakaan Awam BetongRingkasan ProgramProgram Kenal AI War...
30/07/2026

Klik AI Warga Emas
Tarikh: 27 Julai 2026
Tempat: DCC Betong, Perpustakaan Awam Betong

Ringkasan Program

Program Kenal AI Warga Emas merupakan program literasi digital yang memperkenalkan konsep asas Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) kepada warga emas secara mudah dan praktikal. Peserta didedahkan kepada fungsi AI dalam kehidupan harian seperti mendapatkan maklumat, menghasilkan kandungan, menterjemah bahasa, merancang aktiviti, dan mencari idea menggunakan aplikasi AI. Program ini turut memberi penekanan kepada penggunaan AI secara beretika, selamat dan bertanggungjawab.

Objektif
✅Memperkenalkan konsep asas AI kepada warga emas.
✅Meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi AI untuk kegunaan harian.
✅Membantu warga emas memanfaatkan teknologi bagi memudahkan urusan harian.
✅Meningkatkan kesedaran tentang penggunaan AI secara selamat dan beretika.

Klik Bijak Warga EmasTarikh: 27 Julai 2026Tempat: DCC Betong, Perpustakaan Awam BetongProgram Klik Bijak Warga Emas meru...
30/07/2026

Klik Bijak Warga Emas
Tarikh: 27 Julai 2026
Tempat: DCC Betong, Perpustakaan Awam Betong

Program Klik Bijak Warga Emas merupakan program literasi digital yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga emas tentang penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. Melalui sesi penerangan, tayangan video, perbincangan serta aktiviti interaktif, peserta didedahkan kepada cara mengenal pasti penipuan dalam talian, melindungi maklumat peribadi, menggunakan media sosial dengan bijak dan mengamalkan keselamatan siber dalam kehidupan harian.

Kebaikan Program

✅Meningkatkan kesedaran warga emas mengenai ancaman siber seperti penipuan dalam talian (scam) dan berita palsu.
✅Memberi pengetahuan tentang langkah-langkah melindungi maklumat peribadi serta keselamatan akaun digital.
✅Meningkatkan keyakinan warga emas menggunakan internet, media sosial dan aplikasi digital dengan selamat.
✅Menggalakkan penggunaan teknologi secara beretika dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
✅Membantu mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah siber serta meningkatkan kesejahteraan digital komuniti warga emas.

Program lawatan sambil belajar Prasekolah SK St.John ke Perpustakaan Awam Betong telah dilaksanakan dengan jayanya bagi ...
27/07/2026

Program lawatan sambil belajar Prasekolah SK St.John ke Perpustakaan Awam Betong telah dilaksanakan dengan jayanya bagi memperkenalkan perpustakaan serta memupuk minat membaca dalam kalangan murid sejak usia awal. Sepanjang program, peserta mengikuti sesi membaca buku dan kuiz interaktif yang berjaya meningkatkan kefahaman, keyakinan diri, serta menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Secara keseluruhannya, program ini mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada semua peserta.

25/07/2026

Tahniah. Adik Jovinna juga merupakan pemenang bagi Pertandingan Video Pendek anjuran Digital Community Centre Betong pada tahun 2025. Semoga bakat ini terus bersinar dan berjaya di masa hadapan.

22/07/2026

🎉 JOM SERTAI QUIZ HARI SARAWAK! ❤️💛🖤

Sempena Sambutan Hari Sarawak 22 Julai 2026 ini, kami dari DCC Pusa menjemput anda untuk menyertai Quiz Santai bersam kami. Jom bersama-sama menghayati sejarah, budaya dan warisan Bumi Kenyalang melalui aktiviti kuiz yang menyeronokkan!

🌟 Uji pengetahuan anda mengenai:
📚 Sejarah Sarawak
🏛️ Tempat-tempat Ikonik
🎭 Budaya & Warisan
🚩 Simbol dan Identiti Sarawak

🎁 Hadiah menarik menanti para pemenang!

📅 Tarikh: 23 Julai 2026 (Khamis)
🕝 Masa: 2.30 Petang – 5.00 Petang
📍 Tempat: DCC PUSA
Terbuka kepada semua lapisan masyarakat.
Ayuh sertai kami dalam menyemarakkan semangat cintakan Sarawak dan Malaysia melalui penghayatan sejarah, perpaduan serta semangat patriotisme.

“Kenali Sarawak, Hargai Warisan Kita. Semarakkan Bulan Kebangsaan dengan Semangat Perpaduan!”❤️💛🖤

Digital Community Centre Betong mengucapkan  Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026!22 Julai merupakan detik bersejarah yan...
22/07/2026

Digital Community Centre Betong mengucapkan Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026!

22 Julai merupakan detik bersejarah yang mengingatkan kita tentang perpaduan, warisan dan semangat rakyat Sarawak dalam membina negeri yang maju serta sejahtera. Marilah kita bersama-sama memupuk perpaduan, menghargai kepelbagaian budaya dan terus menyumbang ke arah kemajuan negeri.

"Sarawak Maju Makmur"
Semoga Sarawak terus gemilang, aman dan menjadi kebanggaan semua.

17/07/2026

Address

Perpustakaan Awam Betong
Betong
95700

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 15:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Digital Community Centre Betong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Digital Community Centre Betong:

Shortcuts

Share

Category