EXAMA - Nutrisi Penting Untuk Anak

EXAMA - Nutrisi Penting Untuk Anak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from EXAMA - Nutrisi Penting Untuk Anak, Educational consultant, Kg Gong Kepas, Kampung Raja, Besut.

17/06/2024

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2024.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima dan diberkati Allah. Kepada mereka yang menunaikan ibadah haji, semoga memperoleh haji yang mabrur.

Semoga setiap qurban yang kita lakukan hari ini menjadi titik tolak untuk berubah menjadi insan yang lebih baik, penuh dengan keikhlasan dan keberanian.

Di dalam setiap qurban yang kita korbankan, semoga kita juga mampu mengorbankan ego dan keangkuhan kita, serta menjadikan hati kita lebih lembut dan penuh dengan kebaikan.

Selamat bercuti juga untuk semua!

16/06/2024

Ya Allah, mewahkan rezeki kami. Bukakan pintu-pintu rezeki di langit dan di bumi untuk kami. Lancarkan rezeki kami Aamiin 🤲🏻

Send a message to learn more

13/06/2024

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan dari segala manusia dimuka bumi, berikanlah kesembuhan kepada sesiapa yang diuji dengan kesakitan. Angkatlah penyakitnya, dan jadikanlah penyakit yang ia derita sebagai pelebur dosa. Hanya kepadamu lah kami meminta kesembuhan.

28/02/2024
Elak makanan ini demi kebaikan otak anak-anak anda1. MINUMAN BERGULAMinuman bergula seperti minuman bergas, minuman suka...
28/02/2024

Elak makanan ini demi kebaikan otak anak-anak anda

1. MINUMAN BERGULA

Minuman bergula seperti minuman bergas, minuman sukan, minuman tenaga dan juga jus buah.

Pengambilan minuman bergula yang tinggi bukan sahaja menambahkan berat badan dan meningkatkan risiko penyakit jantung, malah ia juga boleh memberi kesan negatif pada otak anda.

Pengambilan minuman bergula yang berlebihan juga meningkatkan kemungkinan seseorang untuk menghidap kencing manis jenis 2, sekali gus meninggikan risiko penyakit Alzheimer.

Selain itu, kadar gula dalam darah yang lebih tinggi dapat meningkatkan risiko demensia, walaupun dalam kalangan mereka yang tidak menghidap penyakit kencing manis.

Anda mungkin perlu mula menggantikan minuman bergula dengan minuman yang lebih sihat seperti air kosong, teh ais tanpa gula, jus sayuran dan produk tenusu tanpa gula.

2. MAKANAN TIDAK BERKHASIAT

- Karbohidrat halus
Karbohidrat halus termasuk makanan seperti gula dan biji-bijian yang diproses, seperti tepung putih.

Karbohidrat jenis itu umumnya mempunyai indeks glisemik (GI) yang tinggi.

Ini bermaksud tubuh anda mencernanya dengan cepat, menyebabkan kenaikan kadar gula darah dan insulin anda secara mendadak.

Selain itu, apabila dimakan dalam jumlah yang lebih banyak, makanan tidak berkhasiat tersebut sering kali mempunyai beban glisemik (GL) yang tinggi.

GL merujuk kepada seberapa banyak makanan yang meningkatkan kadar gula darah anda, berdasarkan saiz hidangan.
Makanan yang tinggi GI dan GL didapati boleh merosakkan fungsi otak.

Kajian menunjukkan bahawa hanya dengan satu hidangan yang mempunyai beban glisemik yang tinggi, ia boleh merosakkan ingatan pada kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Satu lagi kajian yang dijalankan dalam kalangan pelajar universiti yang sihat mendapati, mereka yang mempunyai pengambilan lemak dan gula halus yang lebih tinggi juga mempunyai memori otak yang kurang baik.

- Ikan yang tinggi dengan kandungan merkuri
Merkuri adalah bahan cemar logam berat dan racun neurologi yang dapat disimpan untuk tempoh masa yang lama dalam tisu haiwan.

Sumber pengambilan utama merkuri pada manusia adalah daripada makanan laut, terutama jenis hidupan laut liar.
Setelah seseorang itu mencerna merkuri, ia akan menyebar ke seluruh badan mereka, tertumpu pada bahagian otak, hati dan juga buah pinggang.

Kesan ketoksikan merkuri termasuklah gangguan pada sistem saraf pusat dan 'neurotransmitter' selain rangsangan neurotoksin, yang mengakibatkan kerosakan pada otak.
Ini boleh menyebabkan kelumpuhan serebrum (cerebral palsy) dan gangguan perkembangan lain.

Namun, kebanyakan ikan tidak mengandungi kandungan merkuri yang terlalu tinggi. Malah, ikan adalah sumber protein bermutu tinggi dan mengandungi banyak khasiat penting, seperti omega-3, vitamin B12, zink, zat besi dan magnesium.

Oleh itu, penting untuk anda memasukkan ikan sebagai sebahagian daripada diet yang sihat.

Wanita hamil dan juga kanak-kanak perlu mengelak pengambilan ikan dengan kadar merkuri tinggi, seperti ikan yu, ikan todak dan ikan tuna.

- Makanan yang diproses
Makanan yang diproses tinggi dengan kandungan gula, lemak dan garam merupakan salah satu makanan tidak berkhasiat yang juga harus dielakkan.

Satu kajian yang dijalankan terhadap 243 individu mendapati, peningkatan lemak di sekitar organ, atau lemak viseral, dikaitkan dengan kerosakan tisu otak.

Kajian lain yang merangkumi 18,080 individu p**a mendapati bahawa diet yang tinggi dengan makanan bergoreng dan daging yang diproses dikaitkan dengan skor pembelajaran dan ingatan yang lebih rendah.

Hasil yang sama juga didapati dalam kajian berskala besar lain terhadap 5,038 individu.

Diet yang tinggi dengan pengambilan daging merah, daging diproses, kacang panggang dan makanan bergoreng dikaitkan dengan keradangan dan penurunan kemahiran membuat pertimbangan yang lebih cepat dalam tempoh 10 tahun.

Anda boleh mengelakkan makanan yang diproses dengan mengambil makanan segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang-kacangan, biji-bijian, daging dan juga ikan.

Selain itu, diet Mediterranean terbukti melindungi otak anda daripada kemerosotan fungsi kognitif dan memori otak.

- Makanan tinggi lemak trans
Kajian menunjukkan bahawa apabila seseorang individu mengambil lemak trans dalam jumlah yang lebih tinggi, mereka berisiko mengalami Alzheimer.

Selain itu, mereka juga cenderung mengalami ingatan yang lebih buruk dan penurunan kognitif.

Walau bagaimanapun, beberapa kajian tidak menemui kaitan antara pengambilan lemak trans dan kesihatan otak.

Namun, lemak trans harus dielakkan. Ia mempunyai kesan negatif pada banyak aspek kesihatan lain, termasuk kesihatan jantung dan penyebab keradangan.

Khasiat tumbuhan alami untuk otak Kunyit dan kari : Mencegah timbunan amyloids yang boleh menyebabkan alzeimer. Membersi...
28/02/2024

Khasiat tumbuhan alami untuk otak

Kunyit dan kari : Mencegah timbunan amyloids yang boleh menyebabkan alzeimer. Membersihkan salur darah dalam otak. Meningkatkan ingatan dan pertumbuhan sel neuron.

Saderi, lada dan lobak merah: Mengandungi luteolin yang mencegah kerosakan sel neuron.

Brokoli, cauliflour dan kuning telur: mengandungi choline iaitu amino asid yang meningkatkan fungsi kognitif, pembelajaran dan ingatan. Selain mencegah tindakan racun otak.

Kacang walnut, almond ikan makeral dan salmon: Mengandungi omega 3 atau DHA, phytosterol dan antioxidant. Meningkatkan fungsi otak dan pemulihan sel otak.

Pisang, sayuran hijau dan beans: Mengandungi magnesium yang berfungsi mempercepatkan maklumat. Magnesium ini juga meningkatkan aliran darah ke dalam otak. Kajian ke atas kanak-kanak, jika diberikan mereka makan pisang waktu sarapan melonjakkan kecerdasan otak.

Daging lembu: Sumber B 12 untuk pertumbuhan sel otak.
Bluebarries: mengandungi antioxidant dan phyto kimia yang meningkatkan pembelajaran dan ingatan. Serta kurangkan kerosakan sel otak.

Minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak ikan: Makanan mencegah fungsi otak dan melawan penyakit alzheimer.

28/02/2024

9 cara mencerdaskan otak dikongsikan
Dr Hamid Arshat

#1. Amalkan gaya hidup sihat

Menurut Dr Hamid Arshat, apabila usia melebihi 70 tahun, ada risiko untuk penyakit alzheimer iaitu penghidap nyanyuk dan kehilangan daya ingatan.

Oleh sebab itu, otak tidak dapat berfungsi dengan baik lalu menganggu urusan seharian.

Namun begitu, peningkatan usia fungsi otak ini akan tetap berkeadaan baik jika orang berkenaan mengamalkan cara dan gaya hidup yang sihat serta aktif secara fizikal juga mental.

#2. Rajin baca Al-Quran dan hafal sifir

Untuk kecerdasan otak, anda harus rajin membaca Al-Quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari.

Kemudian ulangi ayat-ayat Al-Quran itu sebanyak 40 kali sama ada ketika bersolat, memandu atau di mana saja.

#3. Lakukan senaman dan aktiviti fizikal

Cara mencerdaskan otak yang lain ialah dengan melakukan senaman dan aktiviti fizikal selama 30 minit kerana ia memberi manfaat pada kesihatan tubuh badan dan membantu cegah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Antara kebaikan lain:
- Menambah sel-sel neuron
- Kuatkan sambungan dan cegah kerosakan neuron.
- Senaman bantu mengeluarkan brain drive neurotrophic factor (BDNF) yang meningkatkan fungsi pembelajaran.
- Meluaskan pusat ingatan
- Melancarkan aliran darah pada otak

#4. Belajar kemahiran baru dan cari hobi yang kita minat
Jika ingin terus sihat, belajar sesuatu kemahiran baru dan cari hobi yang kita minati serta gembira ketika melakukannya seperti berkebun, pertukangan, menjahit, memasak dan lain-lain.

#5. Jangan buat banyak kerja serentak

Ya, jangan buat kerja serentak atau multi tasking contohnya membuat panggilan telefon tapi pada masa yang sama menyusun dan menyimpan barang.

Pasti kita akan terlupa barang tersebut diletakkan di mana.

#6. Jaga waktu tidur

Cukup tidur antara lima hingga tujuh jam setiap malam. Dengan tidur, anda dapat menguatkan sambungan saraf synapses dan seterusnya meningkatkan proses pembelajaran dan daya ingatan.

#7. Buat nota kecil

Amalan mencatit setiap perkara baru yang dipelajari dalam buku nota dapat meningkatkan ingatan kita. Apatah lagi, amalan ini juga menjadi tabiat untuk orang-orang di negara Jepun dan Korea.

#8. Amalkan makanan terbaik untuk otak

Makanan yang sihat, berkhasiat dan berzat sangat penting bagi pertumbuhan sel-sel otak dan myelin sheath iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selain itu, kurangkan gula, karbohidrat dan makanan segera kerana meracuni sel-sel otak.

#9. Permainan otak dan elak stres

Bermain permainan yang merangsang otak untuk membaca, kefahaman dan hafalan juga dapat meningkat fungsi otak supaya lebih baik.

Selain itu elakkan tekanan fizikal, mental dan emosi secara berleluasa kerana ia boleh meracuni sel otak manusia.

CARA RANGSANG OTAK ANAK MENGIKUT UMURA. 0 HINGGA 2 TAHUN1. Banyakkan rangsangan deria dan pergerakan untuk anak belajar ...
28/02/2024

CARA RANGSANG OTAK ANAK MENGIKUT UMUR

A. 0 HINGGA 2 TAHUN

1. Banyakkan rangsangan deria dan pergerakan untuk anak belajar tentang persekitaran. Boleh rujuk artikel saya “Nak Anak Bijak”.

2. Normal anak nampak terlebih aktif semasa di tahap ini sebab setiap pergerakan adalah pembelajaran bagi anak. Saya lebih risau bila anak tak banyak bergerak dari anak banyak bergerak.

- EXPERIMENT
- EXPLORATION
- EXPERIENCE

3. Selagi “tangki” keperluan rangsangan deria dan pergerakan anak tak penuh, selagi itu anak akan susah fokus duduk setempat. Selagi anak tak puas masukkan benda dalam mulut, selagi itulah anak tak akan berhenti.

4. Fasa ini, disarankan anak belajar sambil bermain. Anak 2 tahun ke bawah tak akan cepat bosan sebab waktu ini semua yang anak nampak adalah “mainan” bagi mereka.

5. Rangsang minat anak dahulu sebelum fokus aktiviti membaca atau mengira. Setiap anak berbeza, tak salah untuk mak ayah ajar anak awal tetapi pastikan perkembangan yang lain normal dan anak menunjukkan minat terhadap aktiviti membaca dan mengira.

B. 2 HINGGA 6/7 TAHUN

1. Banyakkan bercerita dengan anak tentang perkara yang berlaku di sekeliling anak kerana waktu ini anak dah mula boleh belajar melalui bahasa.

Konsepnya,
Semakin banyak kita bercakap dengan anak, semakin banyak kosa kata yang anak belajar, semakin bagus skil bahasa anak.
Semakin banyak yang anak boleh faham tentang apa-apa yang berlaku di sekitarnya, semakin berkembang cara pemikiran dan otak anak.

2. Jangan paksa anak duduk lama untuk belajar sesuatu sebelum rangsang minat anak nak belajar. Minat dahulu, kemudian baru duduk belajar.

3. Panjangkan waktu anak perlu habiskan setiap tugasan mengikut umur dan skil fokus anak. Purata skil fokus, 1 tahun : 3 minit.

Contohnya anak 3 tahun, sepatutnya boleh fokus selama 9 minit. Jika anak boleh fokus lebih lama, lebih baik.

4. Kawal pendedahan gadget dan TV, pastikan rancangan bersesuaian dengan umur anak dan mak ayah menonton TV/gadget bersama-sama anak. Limit 1 jam sahaja SEHARI.

5. Jika kita faham tahap dan konsep bagi merangsang kognitif anak, tak perlu pun keluarkan modal yang besar untuk mengajar anak. Cukup dengan selalu “membebel” dengan anak pun boleh bantu dalam perkembangan otak anak.

6. Kalau kalian ada latarbelakang dalam apa-apa bidang, jangan lupa dedahkan sahaja ilmu pengetahuan yang kita ada kepada anak. Kalau anak tanya soalan yang kita tak tahu, tanya sahaja En. Google huhu.

Sebenarnya setiap perkembangan ada prosesnya sendiri, jika mak ayah faham konsep pasti mudah nak bantu rangsang perkembangan anak.

Cara merangsang otak anak supaya pintarTahun-tahun awal adalah peluang terbaik bagi otak anak untuk mengembangkan hubung...
28/02/2024

Cara merangsang otak anak supaya pintar

Tahun-tahun awal adalah peluang terbaik bagi otak anak untuk mengembangkan hubungan yang diperlukan mereka bagi menjadi individu dewasa yang sihat, berkebolehan dan berjaya.
Lakukan bersama anak sebarang aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan bagi mendorong perkembangan mental dan linguistiknya.

Tidak pasti aktiviti yang sesuai? Usah bimbang, di bawah ada 5 aktiviti yang boleh dicuba untuk kanak-kanak satu tahun ke atas.

Anda mungkin berasakan aktiviti berikut tampak seperti membosankan dan biasa sahaja. Tetapi ia merupakan aktiviti melibatkan kecerdasan minda (IQ) yang akan mengembangkan ingatan dan kemahiran menyelesaikan masalah kanak-kanak.
Tidak dilupakan, aktiviti berikut juga boleh membantu meningkatkan EQ (kecerdasan emosi) anak.

1. Membaca penting untuk perkembangan otak kanak-kanak

Jika si manja masih terlalu muda untuk membaca sendiri, sebagai ibu dan ayah, andalah yang harus menjadi pembacanya.

Pilih buku cerita yang bersesuaian dengan usia anak. Mungkin buku dengan plot sederhana dan banyak gambar sesuai dijadikan pilihan. Saat membaca, gunakan nada suara berbeza seiring dengan watak yang berlainan.

Membaca dan pendedahan kepada perkataan baharu dapat membantu si manja memaksimumkan perkembangan bahasa dan kapasiti kognitif mereka. Ia juga alat penting untuk membantu mengembangkan rasa empati dalam diri anak.

Dalam masa yang sama anda juga sebenarnya sedang menanam minat dan tabiat membaca pada diri anak.

2. Mewarna

Saat melakukan aktiviti ini, ia akan membuatkan anak leka untuk tempoh masa yang lama. Jika dia menikmatinya, ini mungkin akan menjadi hobi yang bertahan lama.

Anda boleh memberikannya buku mewarna dengan gambar haiwan mahupun bunga yang berbeza bersama krayon. Sebaiknya, pilih warna yang diperbuat daripada bahan tidak beracun.

Mewarna boleh meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan anak. Malah, aktiviti ini juga mengasah daya imaginasi, tumpuan dan kemahiran kognitif anak.

3. Dorong perkembangan otak kanak-kanak dengan aktiviti bernyanyi

Bagi meningkatkan perbendaharaan kata anak, nyanyikan lagu kanak-kanak pop**ar seperti ‘Alphabet Song’, ‘Twinkle-twinkle Little Star’ atau ‘Head, Shoulder, Knees and Toes’. Jangan lupa berikan aksi yang menarik serta galakkan mereka untuk bernyanyi bersama.

Aktiviti ini dapat merangsang kemahiran bahasa, mempelajari perkataan baharu dan mengingati maklumat. Ia juga boleh membantu anak mengembangkan kemahiran emosi penting.
Sambil menyanyi, dukung atau peluk si manja dan menggoyangkan badannya mengikut irama muzik. Pegang tangannya sepenuh kasih, lakukan hubungan mata dan zahirkan rasa sayang anda pada anak.

Perbuatan memeluk, mencium dan memanjakan si manja bukan sekadar membuatkan mereka berasa selamat dan disayangi, tetapi ia juga memainkan peranan penting untuk perkembangan emosi, kognitif dan fizikal anak.

4. Aktiviti sensori

Kanak-kanak adalah individu kecil yang gemar menggunakan sensori sentuhan, bau dan merasa untuk memahami dunia di sekitar mereka

Lukiskan nombor atau huruf menggunakan pen marker pada sekeping kertas poster dan minta anak untuk menghiasnya dengan barangan bertekstur seperti kertas pasir, kekacang, bola kapas, pasta atau hiasan kerang.

Aktiviti ini dianggap sebagai antara cara merangsang otak anak supaya pintar kerana dapat membantu si manja mengembangkan kemahiran bahasa dan motor mereka. Ia juga membantu pertumbuhan kognitif, memupuk interaksi sosial dan menggalakkan keinginan untuk mencuba.

5. Susun suai gambar bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak

Memilih, menggerakkan dan memusingkan kepingan puzzles boleh membantu mengembangkan kekuatan jari dan koordinasi tangan-mata si manja.

Aktiviti susun suai gambar ini juga membangunkan kemahiran ingatan serta keupayaan anak untuk merancang, menguji idea dan menyelesaikan masalah.

Pengalaman menyelesaikan susun suai gambar juga membantu mereka belajar menerima cabaran, mengatasi masalah dan menangani kekecewaan.

Itu semua melibatkan perkembangan kognitif, kemahiran motor halus, koordinasi tangan-mata dan memori anak.

Otak kanak-kanak sentiasa berkembang.Pada saat dilahirkan hingga usia mencecah 5 tahun mereka alami fasa otak berkembang...
28/02/2024

Otak kanak-kanak sentiasa berkembang.

Pada saat dilahirkan hingga usia mencecah 5 tahun mereka alami fasa otak berkembang.

Seolah seperti sebuah bangunan yang sedang disiapkan.
Menariknya pada usia 5 tahun hampir 90% otak mereka berkembang seperti otak orang dewasa.

Walaupun begitu, kajian dapati otak bahagian Prefrontal Cortex (PFC) adalah bahagian yang terakhir terbentuk sempurna.
PFC letaknya di belakang dahi.

Pusat berfikir, mengurus emosi, buat pertimbangan, belajar dari kesilapan, pengurusan masa, tempat buat keputusan dan analitikal.

Bagi anak lelaki, bahagian ini akan sempurna terbentuk apabila mereka berumur 25 tahun.

Pada anak perempuan ketika usia mereka mencecah 24 tahun.
Sehingga usia mereka matang, proses ‘berfikir’ masih diurus di bahagian emosi. Antaranya ialah amygdala.

Bahagian ini ialah pusat takut. Juga bertindak seperti Bukit Aman bagi otak manusia.

Memandangkan otak anak masih dalam ‘work in progress’ ibubapa wajib berhati hati dan miliki strategi dalam membesarkan mereka.

Strategi yang terbaik ialah Brain Based Strategy yang selari dengan perkembangan otak mereka.

Address

Kg Gong Kepas, Kampung Raja
Besut

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EXAMA - Nutrisi Penting Untuk Anak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to EXAMA - Nutrisi Penting Untuk Anak:

Shortcuts

Share