Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis

Call Directions Website Contact the school

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis IPTIPs (DK 200(R)) ditubuhkan pada tahun 1998 yang merupakan cetusan idea DYMM Tuanku Syed Sirajuddin. IPTIPs terletak di Taman Haz Melati, Beseri, Perlis.

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) adalah sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang berteraskan pengajian agama Islam. Institut ini telah mula beroperasi setelah mendapat kelulusan perakuan pendaftaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 April 1998 dengan nombor rujukan KP (JPS) 5195/IPTS/964 (12) dan nombor perakuan pendaftaran R5N023/1998. Bermula pada 13 Mac 2014, IPTIPs telah diurus tadbir oleh Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan kepada prinsip dan nilai - nilai Islam.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ’›๐Ÿ’™๐Ÿคโค๏ธHari Malaysia menjadi simbol perpaduan, kebersamaan dan semangat rakyat dalam membina sebuah ...
15/09/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ’›๐Ÿ’™๐Ÿคโค๏ธ

Hari Malaysia menjadi simbol perpaduan, kebersamaan dan semangat rakyat dalam membina sebuah negara yang harmoni dan sejahtera.

Marilah kita bersama-sama terus menghargai kepelbagaian, memperkukuh perpaduan sekaligus menyumbang kepada masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š!

Ikhlas daripada seluruh warga IPTIPs.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— โœจInstitut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke-...
29/08/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— โœจ

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke-69.

Tanggal 31 Ogos bukan sekadar sebuah tarikh bermakna menjadi lambang kebebasan, kedaulatan dan perjuangan yang telah dilalui oleh generasi terdahulu demi memastikan tanah air tercinta terus aman dan sejahtera.

Semangat kemerdekaan perlu terus disemai dalam diri setiap rakyat, khususnya generasi muda, agar kita sentiasa menghargai nikmat keamanan, memelihara keharmonian serta memperkukuh perpaduan dalam sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian bangsa, budaya dan agama.

Marilah kita bersama-sama menjadikan kemerdekaan sebagai satu amanah untuk terus membina Malaysia yang lebih maju, bersatu padu dan sejahtera. Semoga semangat kemerdekaan terus diterjemahkan melalui sikap saling menghormati, bekerjasama dan menjaga keharmonian sesama kita.

Ayuh kita semarakkan semangat patriotisme dan kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Œ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ โœจ๐ŸŒ™Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada sel...
25/08/2026

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Œ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ โœจ๐ŸŒ™

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping berusaha menjadikan sunnah, akhlak dan keperibadian Baginda sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Sesungguhnya kecintaan kepada Rasulullah SAW bukan sekadar dilafazkan, tetapi juga dizahirkan melalui penghayatan ajaran Islam, akhlak yang baik, aling menghormati serta ihsan terhadap sesama insan.

Semoga rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW terus disemarakkan seterusnya menjadi pemangkin untuk terus memperbaiki diri serta memperkukuh ukhuwah sesama umat Islam.

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐Œ๐š๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐š/๐ข ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐ŸŽ“๐Ÿ’™Sekitar Hari Pendaftaran Mahasiswa/i baharu IPTIPs
24/08/2026

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐Œ๐š๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐š/๐ข ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐ŸŽ“๐Ÿ’™

Sekitar Hari Pendaftaran Mahasiswa/i baharu IPTIPs

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐Œ๐š๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐š/๐ข ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐ŸŽ“๐Ÿ’™Sekitar Hari Pendaftaran Mahasiswa/i baharu IPTIP
24/08/2026

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐Œ๐š๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐š/๐ข ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐ŸŽ“๐Ÿ’™

Sekitar Hari Pendaftaran Mahasiswa/i baharu IPTIP

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐Œ๐š๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐š/๐ข ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐ŸŽ“๐Ÿ’™Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada mahasiswa/I baharu ke Instit...
24/08/2026

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐Œ๐š๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐š/๐ข ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐ŸŽ“๐Ÿ’™

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada mahasiswa/I baharu ke Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis!

Tahniah kerana telah memilih IPTIPs sebagai destinasi untuk melakar perjalanan ilmu dan membina masa depan. Semoga langkah pertama ini menjadi permulaan kepada sebuah perjalanan yang penuh dengan ilmu, pengalaman, persahabatan dan kejayaan. ๐Ÿ“šโœจ

Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat!

๐ƒ๐ข๐๐ข๐ค๐๐š๐ค๐ญ๐ข: ๐Š๐ž๐ฆ๐›๐š๐ซ๐š ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐๐จ๐ซ๐ง๐ž๐จ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐ , ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฐ๐š ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐Ÿš๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ-๐๐ฎ๐ฆ, ๐’๐ž...
23/08/2026

๐ƒ๐ข๐๐ข๐ค๐๐š๐ค๐ญ๐ข: ๐Š๐ž๐ฆ๐›๐š๐ซ๐š ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐๐จ๐ซ๐ง๐ž๐จ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐ , ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฐ๐š ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐Ÿš

๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ-๐๐ฎ๐ฆ, ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐จ๐ซ๐ง๐š

Selesai pengisian di Pulau Mabul, perjalanan DidikBakti diteruskan untuk kembali ke perkampungan di Pulau Bum-Bum. Ketika air laut surut, delegasi perlu melalui laluan pesisir dengan โ€œpakapokโ€, istilah yang digunakan masyarakat Bajau bagi berjalan di atas kawasan pesisir atau dasar laut yang terdedah ketika air surut.

Perjalanan tersebut memberikan pengalaman tersendiri kepada delegasi untuk melihat lebih dekat kehidupan masyarakat pesisir, termasuk kejernihan air, keunikan tapak sulaiman serta aktiviti harian komuniti yang berlangsung ketika air laut surut.

Selesai persiapan makan tengah hari terakhir, delegasi mengambil kesempatan merakam kenangan bersama keluarga komuniti yang telah menjadi tuan rumah sepanjang berada di Pulau Bum-Bum. Apabila air kembali pasang, perjalanan pulang ke Pekan Semporna dimulakan sebelum meneruskan perjalanan ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

IPTIPs merakamkan penghargaan kepada Global Perfection Sdn. Bhd. atas peranan sebagai rakan strategik dalam pengurusan logistik sepanjang perjalanan, serta Akademi Tarbawi, yang diwakili Ustaz Abdul Rahhim bin Abdul Wahab, atas sokongan dan keterlibatan dalam menjayakan pengisian DidikBakti di lapangan.

Penghargaan turut ditujukan kepada seluruh komuniti yang menerima dan bersama-sama menjayakan perjalanan ini, serta semua penaja, penyumbang dan rakan yang memberikan sokongan dari awal hingga selesai.

Kembara mungkin berakhir, tetapi pengalaman bersama masyarakat akan terus dibawa pulang sebagai sebahagian daripada pembelajaran dan perjalanan membina insan.

๐ƒ๐ข๐๐ข๐ค๐๐š๐ค๐ญ๐ข: ๐Š๐ž๐ฆ๐›๐š๐ซ๐š ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐๐จ๐ซ๐ง๐ž๐จ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ซ๐ข ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐ข ๐’๐ž๐›๐š๐ฅ๐ข๐ค ๐ƒ๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ง๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐จ๐ง๐ ๐š๐ง  ๐ŸŒŠ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ...
23/08/2026

๐ƒ๐ข๐๐ข๐ค๐๐š๐ค๐ญ๐ข: ๐Š๐ž๐ฆ๐›๐š๐ซ๐š ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐๐จ๐ซ๐ง๐ž๐จ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ซ๐ข ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐ข ๐’๐ž๐›๐š๐ฅ๐ข๐ค ๐ƒ๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ง๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐จ๐ง๐ ๐š๐ง ๐ŸŒŠ

๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐Œ๐š๐›๐ฎ๐ฅ, ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐จ๐ซ๐ง๐š

Hari keempat DidikBakti membawa delegasi IPTIPs ke PPMI Pulau Mabul untuk mengenali dengan lebih dekat pendidikan dan kehidupan komuniti setempat.

Delegasi disambut oleh Ustaz Morosid bin Abdullah, guru serta antara tenaga utama PPMI Pulau Mabul. Menurut beliau, PPMI kini mempunyai sekitar 45 orang murid daripada komuniti Bajau Laut.

Kunjungan turut memberi peluang kepada delegasi menelusuri kawasan perkampungan serta mengenali beberapa institusi pendidikan dan ruang keagamaan yang menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat setempat, termasuk madrasah dan masjid.

Pulau Mabul sering dikenali sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa. Namun, di sebalik perkembangan sektor pelancongan dan keindahan alamnya, wujud komuniti yang mempunyai realiti kehidupan serta keperluan pendidikan tersendiri.

Pendedahan ini memberikan perspektif lebih luas tentang kepelbagaian komuniti di Semporna dan pentingnya memahami masyarakat berdasarkan konteks kehidupan mereka.

IPTIPs merakamkan penghargaan kepada Ustaz Morosid, warga PPMI Pulau Mabul atas sambutan serta perkongsian yang diberikan.

Di sebalik sebuah destinasi yang dikenali dunia, terdapat komuniti yang wajar dikenali dan difahami.

๐ƒ๐ข๐๐ข๐ค๐๐š๐ค๐ญ๐ข: ๐Š๐ž๐ฆ๐›๐š๐ซ๐š ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐๐จ๐ซ๐ง๐ž๐จ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐š๐ง, ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ข ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐Ÿ›๏ธ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ-๐๐ฎ๐ฆ, ๐’...
22/08/2026

๐ƒ๐ข๐๐ข๐ค๐๐š๐ค๐ญ๐ข: ๐Š๐ž๐ฆ๐›๐š๐ซ๐š ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐๐จ๐ซ๐ง๐ž๐จ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐š๐ง, ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ข ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐Ÿ›๏ธ

๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ-๐๐ฎ๐ฆ, ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐จ๐ซ๐ง๐š

Antara pengisian DidikBakti di Pulau Bum-Bum ialah penyampaian barangan keperluan asas keluarga kepada komuniti setempat. Barangan yang disediakan merangkumi keperluan dapur, kelengkapan kebersihan diri dan beberapa keperluan harian lain.

Untuk sampai ke lokasi, peserta perlu melalui laluan kampung yang kecil serta jambatan yang telah berusia. Perjalanan tersebut memberi pengalaman tersendiri kepada peserta untuk melihat dengan lebih dekat keadaan persekitaran dan kehidupan masyarakat di kawasan yang disantuni.

Agihan dilaksanakan secara berperingkat dengan peserta membawa sendiri barangan ke lokasi dan menyerahkannya kepada keluarga yang terlibat. Dalam proses tersebut, peserta turut berkesempatan berinteraksi dengan penduduk serta mengenali kehidupan komuniti setempat dengan lebih dekat.

Pengalaman ini memberi pendedahan kepada peserta bahawa khidmat komuniti memerlukan lebih daripada sekadar penyediaan sumbangan. Ia turut menuntut kesediaan untuk turun ke lapangan, memahami keadaan setempat dan melaksanakan tugasan dengan baik.

IPTIPs merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) atas tajaan bagi penyediaan keperluan asas ini. Sokongan tersebut membolehkan manfaat disampaikan secara langsung kepada keluarga yang disantuni dalam pengisian DidikBakti.

Setiap sumbangan mungkin sederhana nilainya, tetapi apabila disampaikan kepada yang memerlukan, manfaatnya menjadi lebih bermakna.

20/08/2026

Alhamdulillah, selamat sampai rombongan dari Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis ke bumi Tawau dan Semporna!

โ€‹Kali ini, perkhidmatan pengangkutan mereka dari Airport Tawau ke Semporna diuruskan sepenuhnya oleh OBC Travel & Tour Sdn Bhd โ€”salah satu rangkaian rasmi Global Perfection Sdn Bhd di Sabah. Memang lancar dan cekap di tangan mereka yang pakar!

โ€‹Pengalaman tahun lepas bila diuruskan sendiri agak letih dan sebenarnya lebih memakan kos.
โ€‹Inilah kelebihan perkhidmatan berpasukan.

Semakin kukuh jaringan dan ahli pasukan kita, semakin mudah serta berimpak setiap urusan yang dijalankan.

โ€‹Terima kasih kepada rombongan IPTIP atas kepercayaan ini, dan syabas buat pasukan OBC Travel & Tour Sdn Bhd!

Address

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs), No 12-24 Taman Haz Melati
Beseri
02400

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+601118951205

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis:

Shortcuts

Share