Sekolah Kebangsaan Bukit Keteri

Call Directions

Sekolah Kebangsaan Bukit Keteri Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Kebangsaan Bukit Keteri, School, Bukit Keteri, Beseri.

πŸ‡²πŸ‡Ύ 15 September 2026 | Selasa πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’› Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan SK Bukit Keteri 2026 πŸ’›πŸ’™πŸ€β€οΈAlhamdulillah, ...
15/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ 15 September 2026 | Selasa πŸ‡²πŸ‡Ύ

β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’› Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan SK Bukit Keteri 2026 πŸ’›πŸ’™πŸ€β€οΈ

Alhamdulillah, tirai Sambutan Bulan Kebangsaan SK Bukit Keteri 2026 telah dilabuhkan dengan penuh meriah dan semangat patriotik. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Sepanjang sambutan berlangsung, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi menyemarakkan rasa cinta akan negara, menyemai semangat perpaduan serta memberi peluang kepada murid untuk menghayati erti kemerdekaan dengan cara yang lebih dekat dan bermakna.

Majlis penutup hari ini turut diserikan dengan pelbagai acara dan penglibatan aktif murid serta warga sekolah. Senyuman, keceriaan dan semangat yang terpancar menjadi kenangan indah yang mewarnai sambutan pada tahun ini. ❀️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, staf, waris dan murid yang telah memberikan komitmen serta kerjasama dalam menjayakan setiap aktiviti sepanjang Bulan Kebangsaan.

Semoga semangat patriotisme yang telah disemai terus subur dalam diri anak-anak SK Bukit Keteri dan diterjemahkan melalui kecintaan kepada negara, perpaduan serta sikap saling menghormati. πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“Έ Sekilas kenangan daripada Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan SK Bukit Keteri 2026.

Semarak Merdeka, Kukuhkan Perpaduan! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨







15/09/2026

Nyanyian Merdeka Akhir

15/09/2026
15/09/2026

Sesi 2:Sajak

15/09/2026

Majlis penutup dan penyampaian hadiah bulan kemerdekaan 2026.
Sesi 1: Pakaian bertema daripada bahan buangan

Tahniah diucapkan kepada Adam Danish bin Khairul Anuar dan A***n Hakimi bin Abdul Wahab atas kejayaan terpilih untuk mew...
27/08/2026

Tahniah diucapkan kepada Adam Danish bin Khairul Anuar dan A***n Hakimi bin Abdul Wahab atas kejayaan terpilih untuk mewakili Negeri Perlis ke MSSM Kriket!

Warga SK Bukit Keteri amat berbangga dengan pencapaian kalian. Teruskan berlatih, berikan yang terbaik serta harumkan nama sekolah dan Negeri Perlis dengan penuh semangat.

Selamat berjuang dan semoga berjaya! πŸ’ͺ🏏

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PIBG SK Bukit Keteri atas sumbangan serta sokongan yang diberikan.

13 Februari 2026 | JumaatMajlis Persaraan Puan Anita Binti RejabAlhamdulillah, sebuah perjalanan yang panjang telah samp...
13/02/2026

13 Februari 2026 | Jumaat

Majlis Persaraan Puan Anita Binti Rejab

Alhamdulillah, sebuah perjalanan yang panjang telah sampai ke noktahnya. Hari ini kami melepaskan seorang insan yang bukan sekadar pentadbir, tetapi pendidik yang menyentuh hati dan membentuk jiwa.

Setiap teguran, setiap bimbingan dan setiap pengorbanan yang dicurahkan tidak akan pernah hilang dari ingatan kami. Di sebalik ketegasan, ada kasih. Di sebalik tanggungjawab, ada keikhlasan.

Selamat bersara, Cikgu Anita.
Langkahmu mungkin meninggalkan sekolah ini, namun jasa dan kenanganmu akan terus terpahat dalam hati warga SK Bukit Keteri.

Terima kasih atas segalanya 🀍✨

9 Februari 2026 | IsninTAHNIAH BARISAN PEMIMPIN CILIK SK BUKIT KETERI SESI 2026! πŸŽ“βœ¨Hari ini merupakan detik bersejarah b...
09/02/2026

9 Februari 2026 | Isnin

TAHNIAH BARISAN PEMIMPIN CILIK SK BUKIT KETERI SESI 2026! πŸŽ“βœ¨

Hari ini merupakan detik bersejarah bagi anak-anak didik SK Bukit Keteri apabila secara rasminya menerima watikah pelantikan menggalas amanah sekolah.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada:
πŸ”Ή Pengawas Sekolah
πŸ”Ή Pengawas Pusat Sumber
πŸ”Ή Pengawas SPBT
πŸ”Ή Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
πŸ”Ή Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas

Amanah telah diletakkan di bahu, tanggungjawab menanti di depan mata. Semoga barisan pemimpin ini menjadi suri teladan yang terbaik kepada rakan-rakan lain dan membantu melonjakkan nama sekolah ke tahap yang lebih tinggi.

Terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa atas sokongan yang tidak berbelah bahagi. Selamat berkhidmat!

Address

Bukit Keteri
Beseri
02400

Telephone

+6049387477

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Bukit Keteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category