SK Guar Jentik

Call Directions Contact the school

SK Guar Jentik FB RASMI
SK GUAR JENTIK
JALAN GUAR JENTIK
02400 BESERI
PERLIS

https://share.google/jfFXTNvDFUQXYTkJD

الحمد للهSelesai KARNIVAL INSPIRASI 3M MADANI pagi tadi dengan jayanya.Sabtu | 11 Julai 2026 Tahniah kepada 22 orang mur...
11/07/2026

الحمد لله
Selesai KARNIVAL INSPIRASI 3M MADANI pagi tadi dengan jayanya.

Sabtu | 11 Julai 2026

Tahniah kepada 22 orang murid yang berjaya mengikuti program ini dari awal hingga ke akhir.

Sekalung penghargaan kepada semua warga GUAJE yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. TeamGUAJE Awesome 💪🏼💪🏼

Tetima kasih juga diucapkan kepada Pegawai JPN , Encik Noazli dan Pn Harizah atas kunjungan ke GUAJE untuk pemantauan program ini.

Tahniah untuk semua ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

🌹 SALAM PERPISAHAN, SEUNTAI KENANGAN 🌹Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun setiap perpisahan akan meninggalkan s...
10/07/2026

🌹 SALAM PERPISAHAN, SEUNTAI KENANGAN 🌹

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun setiap perpisahan akan meninggalkan seribu satu kenangan.

Seluruh warga SK Guar Jentik merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Cikgu Ahmad Shah bin Omar atas segala jasa, bakti, komitmen dan keikhlasan sepanjang menggalas amanah sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Semoga langkah yang diatur ke tempat baharu sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Lubuk Sireh sentiasa diberkati Allah SWT, dipermudahkan segala urusan serta terus mengukir kecemerlangan dalam mendidik anak bangsa.

Biar jarak memisahkan langkah, namun kenangan dan jasa akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Terima kasih atas segala pengorbanan dan bimbingan yang telah dicurahkan.

Selamat maju jaya, Cikgu Ahmad Shah bin Omar.

"Pergi membawa amanah, tinggal meninggalkan kenangan. Jasa dikenang sepanjang zaman, budi disanjung setulus ingatan." 💐

Ikhlas daripada seluruh warga SK Guar Jentik. ❤️


10/07/2026

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4? 📚

Matriks Pembelajaran Tahun 4 dilaksanakan bagi membantu guru mengenal pasti tahap penguasaan murid bagi merancang intervensi yang lebih berkesan.

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”







10/07/2026

Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2027 kini dibuka bagi murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Permohonan boleh dibuat mulai 10 Julai hingga 14 Ogos 2026 melalui pautan berikut:

1. Murid dari sekolah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM):
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my

2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm

Tarikh Penting:
📌 Semakan pusat PKSK: 11 September – 22 Oktober 2026
📌 PKSK Tingkatan 4: 21 September – 1 Oktober 2026
📌 PKSK Tingkatan 1: 12 – 22 Oktober 2026




SALAM PERPISAHAN & SELAMAT DATANGSalam PerpisahanSetinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Ci...
10/07/2026

SALAM PERPISAHAN & SELAMAT DATANG

Salam Perpisahan

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Ahmad Shah bin Omar atas segala jasa, bakti dan dedikasi sepanjang berkhidmat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Guar Jentik.

Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus cemerlang dalam menjalankan amanah di tempat baharu sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Lubuk Sireh.

Segala kenangan, jasa dan sumbangan cikgu akan sentiasa terpahat dalam ingatan seluruh warga SK Guar Jentik.
………………………………………………………………….

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas diucapkan kepada Cikgu Muhammad Fauzi bin Salleh sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Guar Jentik.

Semoga kehadiran cikgu menjadi pemangkin kepada kecemerlangan, membawa inspirasi serta memperkukuhkan lagi budaya kerja cemerlang, kebersamaan dan kecemerlangan sahsiah murid di SK Guar Jentik.

"Jasa Dikenang, Budi Disanjung. Kehadiran Disambut, Amanah Dipikul Bersama."


📌 KEMPEN INTERNET BOLEH, MEDIA SOSIAL NANTI DULU📅 1 Julai 2026 (Rabu) telah berlangsung Program Kempen Internet Boleh, M...
03/07/2026

📌 KEMPEN INTERNET BOLEH, MEDIA SOSIAL NANTI DULU

📅 1 Julai 2026 (Rabu) telah berlangsung Program Kempen Internet Boleh, Media Sosial Nanti Dulu bertempat di Bilik Tayangan SK Guar Jentik dari 8.40 pagi hingga 10.10 pagi.

Program yang disampaikan oleh Puan Nurul Elani binti Rashid, Pegawai SKMM Perlis ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. Murid turut didedahkan dengan kepentingan menjaga privasi, mengenali risiko jenayah siber serta mengamalkan etika ketika menggunakan media sosial.

Terima kasih kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Perlis atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.

Anjuran: Unit Keselamatan (HEM) SK Guar Jentik.


03/07/2026

📚 Jangan lepaskan peluang!

Tebus Baucar Buku MADANI RM100 sekarang dan tambah koleksi bahan bacaan kegemaran anda.

🔗 Tebus baucar di pautan: d2.delima.edu.my
⏳ Tempoh penebusan: 1 Julai – 31 Oktober 2026

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”







Alhamdulillah...segala puji hanya kepada Allah yang Maha Mengasihi lagi Maha Menyayangi ❤️💚💙❤️💚💙❤️💚💙Usaha tidak akan men...
02/07/2026

Alhamdulillah...segala puji hanya kepada Allah yang Maha Mengasihi lagi Maha Menyayangi ❤️💚💙❤️💚💙❤️💚💙

Usaha tidak akan mengkhianati hasil.

Syabas dan tahniah kepada atlet2 GUAJE atas pencapaian terbaik dalam KEJOHANAN OLAHRAGA PKP PADANG BESAR KALI KE 40....
🥇🥇🥇🥈🥉🥉🥉

Tahun depan kita tambah lg koleksi pingat...

💚❤️💙💚❤️💙💚❤️💙💚❤️💙

Jom ramai-ramai memeriahkan Kejohanan Olahraga PKP Padang Besar Kali Ke-40! Ayuh hadir memberikan sokongan dan sorakan p...
30/06/2026

Jom ramai-ramai memeriahkan Kejohanan Olahraga PKP Padang Besar Kali Ke-40!

Ayuh hadir memberikan sokongan dan sorakan padu kepada semua atlet yang akan beraksi ❤️💪

📅 30 Jun 2026 & 1–2 Julai 2026
📍 Padang SK Lubuk Sireh

Jumpa di sana! Mari kita semarakkan semangat kesukanan bersama! 🎉

14/05/2026

✨ TERIMA KASIH CIKGU ✨

Guru bukan sekadar mengajar, tetapi membimbing, mendidik, dan membentuk masa depan kita dengan penuh kesabaran, keikhlasan dan kasih sayang.

Setiap ilmu yang kita pelajari hari ini adalah hasil pengorbanan seorang guru yang tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar. Mereka bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah membentuk akhlak, menyuntik semangat, dan menjadi pendorong ketika kita hampir berputus asa.

📚 Guru menyampaikan ilmu
⏰ Guru berkorban masa dan tenaga
❤️ Guru membentuk akhlak dan sahsiah
🌟 Guru menjadi pendorong kejayaan
🤝 Menghargai guru melambangkan adab mulia
✨ Hormat kepada guru membawa keberkatan ilmu
🇲🇾 Guru membina masa depan negara

Sesungguhnya, setiap doktor, jurutera, pemimpin, usahawan dan insan berjaya hari ini bermula dengan didikan seorang guru.

Terima kasih cikgu, atas segala jasa yang tidak ternilai.
Jasa kalian akan sentiasa dikenang sepanjang hayat.

“Ilmu tanpa guru seperti pelita tanpa cahaya.”






Address

Jalan GUAR JENTIK
Beseri
02400

Telephone

+60166605874

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Guar Jentik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Guar Jentik:

Shortcuts

Share

Category