Sekolah Tahfiz Anak Yatim Alkitab (STAY Alkitab)

Sekolah Tahfiz Anak Yatim Alkitab (STAY Alkitab) Sekolah Tahfiz Anak Yatim Alkitab ini diurustadbir di bawah Al Kitab Management. Sekolah ini menggunakan sistem madrasah dan penumpuan kepada hafalan Al Qur'an.

Sekolah ini berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Visi STAY Alkitab adalah melahirkan 1 Mukim 1 Huffaz, 1 Kampung 1 Huffaz, Menuju 1 Keluarga 1 Huffaz

Salam. Pengambilan pelajar baru sesi 2026
05/11/2025

Salam. Pengambilan pelajar baru sesi 2026

22/08/2025

Assalamu'alaikum Tuan/Puan,

Kami Jemaah Pengurusan Sekolah Tahfiz Anak Yatim AlKitab (STAY AlKITAB) ingin memaklumkan, Alhamdulillah, bahawa pelajar kami bernama Muhammad Aiman Hakim Bin Abdullah telah dijumpai oleh pihak Polis dan diserahkan kepada Ibubapa nya yang tinggal di Rawang, Selangor, kira-kira pukul 11.00 malam tadi (malam Jumaat).
Beliau disedari tiada dalam kawasan berpagar sekolah kira-kira pukul 7.45 malam, Rabu, 20 Ogos 2025. Pelajar ini baru 3 hari bersekolah di STAY ALKITAB.
Kami mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala iringan doa, perhatian, bantuan, kerjasama dan keperihatinan semua pihak terutamanya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) khasnya Balai Polis Beranang dan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala budi baik Tuan-Tuan dan Puan-Puan. جزاكم الله خيرا

Harap maklum.

Ahmad Asmadi Bin Adnan
Mudir/Pengetua.

21/08/2025

Salam. Terima kasih perhatian & bantuan semua . Pelajar yg Hilang tersebut telah dijumpai oleh Polis & telah diserahkan kpd keluarganya Di Rawang. Alhamdulillah

Assalamualaikum. Pelajar kami Hilang 20 hb ogos 2025 jam 7.45 malam . Mohon dihebahkan
21/08/2025

Assalamualaikum. Pelajar kami Hilang 20 hb ogos 2025 jam 7.45 malam . Mohon dihebahkan

12/02/2025

Assalamualaikum . Pengambilan Pelajar Baru sesi 2025

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،kami Sekolah Tahfiz Anak Yatim AlKitab (STAY ALKITAB) dengan segala kerendahan hati memb...
12/01/2025

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،
kami Sekolah Tahfiz Anak Yatim AlKitab (STAY ALKITAB) dengan segala kerendahan hati membuka peluang untuk menghulurkan derma/infaq sempena menyemarakkan bulan Ramadan Kareem yang penuh dengan keberkatan yang bakal menjelang tiba. *Fastabiqul khayrat.* Ayuh kita berlumba-lumba membuat kebaikan dan kebajikan.
Terima kasih & hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala budi baik anda. ! جزاك الله خير

InsyaAllah 17-21 November 2024 pelajar Stay Alkitab Akan menjalani klinik Traditional Memanah & Berkuda selama 5 hari yg...
02/11/2024

InsyaAllah 17-21 November 2024 pelajar Stay Alkitab Akan menjalani klinik Traditional Memanah & Berkuda selama 5 hari yg di anjurkan oleh Khaula Archery Academy & Prinsipal mereka Mr Christopher Nemety dr Hungary . Masih ada kesempatan jika ingin turut serta & Boleh menghubungi Khaula Archery Academy 0192644877 Puan Najwa

*RAYUAN DERMA/INFAQ*السلام عليكم،Kami ingin menaiktarafkan sebuah bilik kelas menjadi Makmal Komputer bagi kemudahan par...
31/07/2024

*RAYUAN DERMA/INFAQ*
السلام عليكم،
Kami ingin menaiktarafkan sebuah bilik kelas menjadi Makmal Komputer bagi kemudahan para pelajar kami celik IT.

Para dermawan yang budiman boleh salurkan derma atau infaq ke akaun berikut ini :
*Sekolah Tahfiz Anak Yatim AlKitab*
*Maybank Islamic : 5625 2650 8931*
Catatan : Makmal Komputer

Jika ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi talian 03-8766 0607 atau 011-1080 5878 / 012-573 8766 (Pejabat)

Semoga Allah memurahkan rezeki dan memberkatinya.

Address

Lot 417 Kampung Paya Belakang Pejabat Pos
Beranang
43700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Tahfiz Anak Yatim Alkitab (STAY Alkitab) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Tahfiz Anak Yatim Alkitab (STAY Alkitab):

Shortcuts

Share

Category