22/02/2026
Majlis Aspresiasi Pelajar Diploma in Landscape & Horticulture (DLH) 2026
Tema: โThe End of an Era, The Beginning of Memories.โ
๐
Tarikh: 14 Februari 2026
๐ Tempat: Hotel Royale Chulan Seremban
๐ญ Tema Pakaian: Movie Characters
Majlis Aspresiasi Pelajar Diploma in Landscape & Horticulture (DLH) 2026 merupakan sebuah acara penghargaan dan penutup semester yang diadakan khusus untuk meraikan para pelajar Semester 4, 5 dan 6. Majlis ini membawa tema โThe End of an Era, The Beginning of Memoriesโ yang melambangkan penutup satu fasa pembelajaran dan permulaan kenangan indah dalam perjalanan akademik pelajar.
Acara ini turut diserikan dengan kehadiran para pensyarah Landskap & Hortikultur dan Ketua Jabatan En. Mohd Zaidan Bin Zahari. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis pada jam 2.15 petang, diikuti dengan ucapan Wakil Pelajar iaitu Presiden Associates DLH, Ketua Penasihat Associates dan diikuti dengan ucapan oleh Ketua Jabatan DLH.
Jamuan makan bermula pada jam 3.30 petang dan diikuti dengan sesi Lucky Draw. Majlis turut diserikan dengan persembahan pelajar serta tayangan montaj akhir semester yang memaparkan kenangan sepanjang tempoh pengajian.
Seterusnya sesi penyampaian sijil telah diadakan kepada para pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dan komitmen di dalam akademik dan kokurikulm sepanjang pengajian di KPMB. Majlis diakhiri pada jam 6.00 petang dengan sesi fotografi dan pengumuman Pakaian Terbaik Lelaki & Perempuan bagi tema Watak Movie Character.
Secara keseluruhannya, Majlis Aspresiasi DLH 2026 telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan. Majlis ini bukan sahaja menjadi platform penghargaan kepada para pelajar, malah memperkukuh semangat kebersamaan serta meninggalkan kenangan indah sebelum melangkah ke fasa seterusnya dalam perjalanan akademik dan kerjaya mereka.