15/04/2026
------ MENULIS DENGAN KEMAS DAN CANTIK ------
Mendidik dengan disiplin sangat diperlukan. Ia bukanlah teknik mendera mental anak-anak. Ada pepatah mengatakan "anak-anak ibarat kain putih, kitalah (ibu bapalah) yang mencorakkannya".
Setiap apa yang anak-anak buat atau bagaimana sikap anak-anak adalah antara kesan atau pun dari faktor didikan kita sebagai ibubapa sewaktu di rumah. Ibubapa adalah madrasah atau pun guru pertama anak-anak.
15/04/2026
------ KEHADIRAN KE SEKOLAH ------
Bila ada waktu atau hari pelajar tidak hadir ke sekolah akan menjadikan pelajar terlepas beberapa peluang dan juga sesi pengajian penting. Sebab itu didikan ibubapa zaman dahulu - kala, selagi tak masuk hospital dan tak meninggal, anak-anak tetap kena hadir ke sekolah.
Zaman dahulu, biar ibubapa tak makan, ikat perut, sakit, asalkan anak hadir ke sekolah. Besar betul pengorbanan ibubapa zaman dahulu. Anak-anak tidak dimewahkan dengan telefon bimbit mahupun televisyen.
Rotan ada banyak saiz dan rupa. Banyak kaedah ibubapa zaman dahulu nak mendidik anak-anak. Jika balik dari sekolah, anak-anak takut nak mengadu, di sekolah mereka ada buat kesalahan kerana bila mereka mengadu, pasti ditambah lagi sebatan di rumah.
Fuhhhh! Betapa gigihnya anak-anak hasil didikan zaman dulu..
13/04/2026
------ BELAJAR TIDAK MENGENAL USIA ------
Belajar ni kewajipan setiap umat. Wajib belajar hingga mati.
Zaman 2026, masih ada yang tak tahu perkara ini. Belajar adalah kewajipan setiap individu dari kecil hingga mati. Bukan pelajar sahaja, bukan guru sahaja. Semua!
Setiap individu perlu tahu apa yang wajib dipelajari.
13/04/2026
----- TULISAN BERANGKAI -----
Ustazah apa tu tulisan "berangkai" ?????
Semua terbeliak mata bila dengar?
Masing-masing terus cakap "susahnya ...... Hmmm"
(Bila tiada pengetahuan, secara automatik otak hasilkan rasa susah)
Tetapi...
Bila diterangkan maksud ✅
Ditunjukkan kaedah menulis ✅
Bila diberi kepercayaan untuk menulis sendiri ✅
Dan diberi pujian serta semangat untuk tetap menulis walau masih belum sempurna ✅
Hasilnya akan membanggakan diri pelajar dan Ustazah sendiri.
Pelajar ni, dia bukan dari hari pertama datang tu terus bijaksana semua perihal, semua perkara.
13/04/2026
---------------- ASAS TULISAN JAW I ---------------
Selain daripada mengenal huruf, pelajar juga perlu menulis satu persatu huruf dengan betul, cantik dan kemas. Setiap huruf ada bentuk tersendiri. Tidak boleh salah ataupun buruk dalam menulis.
Untuk menghasilkan tulisan yang cantik seperti dalam buku teks atau dalam naskah Al-Quran. Pelajar sangat perlukan latih tubi setiap hari agar tangan mereka terbiasa dalam membentuk liku-liku huruf jawi.
Jangan hanya sekadar menghafal turutan huruf dan sebutan huruf, tapi tulis huruf tak pandai. Tulis huruf tak cantik dan kemas. Tulis huruf pun diri sendiri masih tak faham.
09/10/2025
Pengetahuan sirah. Membaca sejarah dengan fasih dan lancar
09/10/2025
Menulis huruf dengan cantik dan kemas