TVET MARA MJII

TVET MARA MJII TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII) formerly known as Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang.

MARA Japan Industrial Institute atau dahulunya dikenali sebagai Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang merupakan sebuah Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang menjurus kepada bidang kejuruteraan elektronik dengan 5 niche program iaitu Microelectronic, Embedded System, Robotic & Automation, Data Transmission & Network dan Electronics Measurement & Control. Bermula dari dasar pandang ke timur in

stitusi ini ditubuhkan dengan misi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang diterapkan dengan nilai budaya kerja Jepun dan semangat keusahawanan. Ianya dikelolakan oleh Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA iaitu salah satu bahagian di bawah Majlis Amanah Rakyat yang merupakan sebuah badan berkanun di Kementerian Pembangunan Luar Bandar & Wilayah.

๐—™๐—ฅ๐—ข๐—  ๐—–๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—ฆ๐—ฅ๐—ข๐—ข๐—  ๐—ง๐—ข ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—ฌ : ๐—˜๐˜…๐—ฝ๐—น๐—ผ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—˜๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฑ ๐—ฆ๐˜†๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ ๐—™๐—ถ๐—ฟ๐—บ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ ๐˜„๐—ถ๐˜๐—ต ๐—”๐—ฆ๐—˜๐—  ๐—–๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐˜€ ๐—–๐—ผ๐—ป๐—ป๐—ฒ๐—ฐ๐˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ—“๏ธ14hb Ogos 2026 ๐Ÿ“TVETMARA ...
21/08/2026

๐—™๐—ฅ๐—ข๐—  ๐—–๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—ฆ๐—ฅ๐—ข๐—ข๐—  ๐—ง๐—ข ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—ฌ :
๐—˜๐˜…๐—ฝ๐—น๐—ผ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—˜๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฑ ๐—ฆ๐˜†๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ ๐—™๐—ถ๐—ฟ๐—บ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ ๐˜„๐—ถ๐˜๐—ต ๐—”๐—ฆ๐—˜๐—  ๐—–๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐˜€ ๐—–๐—ผ๐—ป๐—ป๐—ฒ๐—ฐ๐˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿ—“๏ธ14hb Ogos 2026
๐Ÿ“TVETMARA MJII

Lebih daripada 130 peserta menyertai Program Advanced Semiconductor Academy of Malaysia(ASEM) Campus Connect (ACC) secara online termasuklah pelajar-pelajar dari TVETMARA MJII yang menampilkan sesi perkongsian bertajuk โ€œEmbedded System Firmwareโ€, khusus untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia sebenar Sistem Terbenam (Embedded System) serta perkembangan kerjaya dalam industri teknologi.

Sesi perkongsian ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran Dr. Royan Ong, Pengarah dan Konsultan daripada Proven Pac, yang dijemput sebagai wakil industri dan jurucakap bagi berkongsi pengalaman serta perspektif sebenar industri kepada para peserta.

Dalam perkongsian tersebut, Dr. Royan bukan sahaja menghuraikan konsep dan aplikasi Embedded System Firmware, malah turut membawa peserta melihat dengan lebih dekat bagaimana teknologi sistem terbenam diaplikasikan dalam industri sebenar serta kemahiran yang diperlukan oleh seorang jurutera atau teknologis masa kini.

Lebih menarik, beliau turut menekankan bahawa pelajar tidak seharusnya hanya menguasai ilmu dan teknologi Embedded System, tetapi perlu mempunyai kesedaran tentang keperluan sebenar industri, trend teknologi serta laluan kerjaya yang bakal mereka ceburi, khususnya dalam sektor berteknologi tinggi seperti semikonduktor dan elektronik.

Perkongsian seperti ini memberikan nilai tambah yang besar kepada pelajar kerana mereka bukan sahaja memperoleh ilmu daripada bilik kuliah, malah berpeluang mendengar, memahami dan melihat perspektif sebenar daripada pemain industri.

Bagi pelajar Jabatan Embedded System TVETMARA MJII, pendedahan sebegini merupakan satu langkah penting dalam membina kompetensi teknikal, pemikiran industri dan keyakinan untuk melangkah ke alam pekerjaan.

TVETMARA MJII โ€” Membina Kompetensi, Mencipta Masa Depan.








๐Ÿ’ปMEMPERKUKUH INFRASTRUKTUR DIGITAL, MENYOKONG GENERASI TEKNOUSAHAWAN SEMIKONDUKTORPersediaan Program Diploma Teknousahaw...
21/08/2026

๐Ÿ’ปMEMPERKUKUH INFRASTRUKTUR DIGITAL, MENYOKONG GENERASI TEKNOUSAHAWAN SEMIKONDUKTOR

Persediaan Program Diploma Teknousahawan Elektronik Semikonduktor terus diperkukuh menerusi Mesyuarat Jawatankuasa ICT yang berlangsung pada 21 Ogos 2026.

Mesyuarat ini memberi fokus kepada perancangan dan penambahbaikan kemudahan serta infrastruktur ICT bagi memastikan ekosistem pembelajaran yang dibangunkan lebih moden, interaktif dan selari dengan perkembangan teknologi industri semikonduktor.

Antara perkara utama yang diberi perhatian ialah:

๐Ÿ”น Naik taraf kemudahan dan peralatan ICT sedia ada
๐Ÿ”น Pengukuhan kemudahan pengajaran dan pembelajaran digital
๐Ÿ”น Capaian rangkaian yang lebih efektif
๐Ÿ”น Teknologi perkongsian kandungan secara tanpa wayar
๐Ÿ”น Penambahbaikan bilik mesyuarat dan ruang pembelajaran
๐Ÿ”น Penyediaan peralatan yang menyokong komunikasi serta kolaborasi secara lebih interaktif

Mesyuarat turut menyelaras keutamaan pelaksanaan, keperluan peralatan dan tindakan susulan agar setiap perancangan dapat direalisasikan secara sistematik dan berkesan.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada persediaan membangunkan ekosistem pembelajaran yang bukan sahaja menyokong penguasaan teknologi, malah mampu menjadi platform dalam melahirkan teknousahawan elektronik dan semikonduktor yang bersedia menghadapi keperluan industri masa hadapan.

๐Ÿ“… 21 Ogos 2026 | Jumaat
โฐ 9.00 pagi โ€“ 10.45 pagi
๐Ÿ‘ฅ Penglibatan: 10 orang

๐Ÿต ๐—๐—”๐— . ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐—–๐—”๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก. ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐——๐—˜๐—” ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐——๐—จ๐—ž ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ฅ๐—ข๐—ก๐—œ๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—™ ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—”๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ผ๐˜€๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ช๐—ผ๐—ฟ๐—น๐—ฑ๐˜€๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ - ๐—˜๐—น๐—ฒ๐—ฐ๐˜๐—ฟ๐—ผ๐—ป๐—ถ๐—ฐ๐˜€ | ...
21/08/2026

๐Ÿต ๐—๐—”๐— . ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐—–๐—”๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก. ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐——๐—˜๐—” ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐——๐—จ๐—ž ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ฅ๐—ข๐—ก๐—œ๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—™ ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—”

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ผ๐˜€๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ช๐—ผ๐—ฟ๐—น๐—ฑ๐˜€๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ - ๐—˜๐—น๐—ฒ๐—ฐ๐˜๐—ฟ๐—ผ๐—ป๐—ถ๐—ฐ๐˜€ | ๐—ง๐—ฎ๐˜€๐—ธ ๐—” : ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ฑ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐˜๐—ผ๐˜๐˜†๐—ฝ๐—ฒ ๐——๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ด๐—ป ๐ŸŒโšก

Perkongsian WorldSkills Shanghai 2026 โ€“ Electronics | Task A: Hardware Prototype Design

Task A : Hardware Prototype Design (9 Jam)
Sembilan jam. Satu tugasan. Bermula daripada idea kosong sehingga menjadi sebuah produk elektronik yang benar-benar berfungsi.

Inilah antara cabaran yang bakal menguji keupayaan peserta dalam WorldSkills Shanghai 2026 โ€“ Electronic, di mana kemahiran teknikal, ketepatan, kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah perlu digabungkan dalam satu tugasan yang pantas dan mencabar.

Task merangkumi tiga fasa utama iaitu:
1. Merekabentuk dan simulasikan litar menggunakan LTspice.
๐Ÿ’ก Fikir penyelesaian โ†’ Lukis litar โ†’ Simulasi โ†’ Pastikan ia berfungsi
2. Merekabentuk PCB menggunakan Autodesk Fusion 360 Electronics
๐Ÿ–ฅ๏ธ Litar โ†’ Susun komponen โ†’ Buat laluan PCB โ†’ Sediakan fail untuk kilang
3 Memasang, solder dan menguji PCB sebenar.
Kebanyakan komponen menggunakan teknologi Surface Mount Technology (SMT) dan mutu pemasangan perlu mengikuti standard industri IPC-A-610.

Soalan sebenar bagi setiap task tidak didedahkan lebih awal dan hanya diberikan ketika pertandingan, menjadikan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan sangat penting.

Selain kemahiran teknikal, peserta perlu menguasai pengurusan masa, strategi kerja, ketepatan, kualiti, keselamatan, pengurusan tekanan dan membuat keputusan kerana setiap kesilapan atau kelewatan boleh memberi kesan kepada markah keseluruhan.

Peserta bukan hanya dinilai berdasarkan sama ada produk itu โ€œboleh hidupโ€ atau tidak. Mereka perlu menunjukkan bagaimana sebuah produk elektronik profesional dibangunkan โ€“ daripada konsep, reka bentuk, simulasi, fabrikasi, pemasangan sehingga pengujian.

๐Ÿง  Berfikir โ†’ ๐Ÿ“ MerekaBentuk โ†’ ๐Ÿ’ป Simulasi โ†’ ๐Ÿ–ฅ๏ธ Design PCB โ†’ ๐Ÿญ Fabrication โ†’ ๐Ÿ”ฅ Soldering โ†’ ๐Ÿ” Testing โ†’ โœ… Produk Berfungsi"

Pakar : Muhammad Yusri Bin Baharuddin (TVETMARA Ledang)
Peserta : Amirul Sharif Bin Sharifudin (Department Embedded System TVETMARA MJII)
Jurulatih : Fadzly Bin Mohd Zain (TVETMARA MJII)

Daripada idea kepada produk.
Daripada teori kepada aplikasi.
Daripada pelajar kepada profesional.

Inilah kemahiran yang sedang dibentuk melalui WorldSkills โ€” melahirkan bakat TVET yang bukan sahaja mampu mengikuti perkembangan industri, tetapi bersedia untuk bersaing di pentas dunia.

Semoga Amirul Sharif Bin Sharifudin peserta TVETMARA MJII terus melangkah lebih jauh dan terus bersinar di pentas dunia..Insya Allah.










๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐— ๐—˜ ๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—ง ๐—›๐—จ๐—•: ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง, ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—–๐—จ ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œInstitut Malaysia China (MCI) dengan kerjasama Bhg Kemahiran Dan Teknika...
20/08/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐— ๐—˜ ๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—ง ๐—›๐—จ๐—•: ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง, ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—–๐—จ ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ

Institut Malaysia China (MCI) dengan kerjasama Bhg Kemahiran Dan Teknikal (BKT), TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute dan TVETMARA Sungai Petani serta EVE Energy Malaysia Sdn Bhd telah melaksanakan inisiatif pembangunan kurikulum Prime Talent Hub bagi menyediakan tenaga kerja teknikal yang kompeten, berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan industri pembuatan bateri. Bengkel pembangunan kurikulum ini telah berlangsung pada 17-20 Ogos 2026 bertempat di Hotel Seri Malaysia Kulim, Kedah.

Program ini dibangunkan berasaskan pendekatan competency-based, melibatkan latihan teori dan amali secara intensif serta pendedahan kepada persekitaran kerja sebenar. Pembangunan kursus ini memberi penekanan kepada keselamatan, kualiti, produktiviti, disiplin dan kemahiran teknikal yang diperlukan oleh industri.

Peserta akan melalui perjalanan pembelajaran yang tersusun bermula daripada asas teknikal, pembangunan kemahiran, aplikasi dalam industri, penilaian kompetensi dan pensijilan sebelum disediakan laluan kerjaya sebagai Junior Technician dan seterusnya Certified Technician.

Kerjasama strategik ini dijangka memperkukuh penyediaan tenaga kerja tempatan, menyokong pertumbuhan industri teknologi hijau serta memenuhi keperluan EVE Energy terhadap tenaga kerja yang berkemahiran dan bersedia untuk industri.

Di bawah kepimpinan Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, TVETMARA MJII komited untuk terus melangkah ke hadapan sebagai hub TVET yang cemerlang, inovatif, dan berdaya saing di peringkat global.



๐—–๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—› ๐—ž๐—˜ ๐—™๐—”๐—ฆ๐—” ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ โžก๏ธ ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐——๐—ฉ๐—”๐—ก๐—–๐—˜๐—— ๐—ก๐—˜๐—ง๐—ช๐—ข๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—๐—œ๐—œSatu lagi pencapaian penting b...
20/08/2026

๐—–๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—› ๐—ž๐—˜ ๐—™๐—”๐—ฆ๐—” ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ โžก๏ธ ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐——๐—ฉ๐—”๐—ก๐—–๐—˜๐—— ๐—ก๐—˜๐—ง๐—ช๐—ข๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—๐—œ๐—œ

Satu lagi pencapaian penting buat TVETMARA MJII apabila Bilik CITRAN (Center of Innovation and Training for Advanced Networking) secara rasmi diserahkan kepada Jabatan Transmisi Data & Rangkaian (DKR) menerusi Mesyuarat Penyelarasan dan Penyerahan Projek CITRAN.

๐Ÿ“… 12 Ogos 2026 | Rabu
๐Ÿ“ Bilik Okinawa, TVETMARA MJII
๐Ÿ‘ฅ Penglibatan: 9 orang

Mesyuarat ini memberi fokus kepada penyerahan Bilik CITRAN serta penyelarasan Bill of Quantities (BQ) Projek M&E CITRAN, bagi memastikan kuantiti, skop kerja dan pelaksanaan sebenar di tapak menepati spesifikasi yang telah ditetapkan.

Penyerahan ini bukan sekadar menandakan selesainya sebuah projek fizikal, malah menjadi langkah penting ke arah merealisasikan CITRAN sebagai pusat inovasi dan latihan dalam bidang Advanced Networking di TVETMARA MJII. ๐Ÿ’ป๐ŸŒ

Dengan fasiliti yang lebih moden, berorientasikan industri dan future-ready, CITRAN bakal menyokong pembangunan kompetensi pelajar serta tenaga pengajar dalam teknologi rangkaian terkini, sekali gus memperkukuh ekosistem pembelajaran DKR selaras dengan perkembangan industri digital.

โœจ Daripada sebuah projek kepada sebuah ekosistem pembelajaran โ€” CITRAN bersedia menjadi pemangkin bakat Advanced Networking masa hadapan.

Building Skills. Connecting Technology. Empowering the Future.๐Ÿš€












๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก : ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—๐—œ๐—œ ๐˜… ๐—ฆ๐—œ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ฆ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—ง๐—–Langkah strategik ke arah memperkukuh ekosi...
20/08/2026

๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก : ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—๐—œ๐—œ ๐˜… ๐—ฆ๐—œ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ฆ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—ง๐—–

Langkah strategik ke arah memperkukuh ekosistem TVET berteraskan teknologi industri terus dipacu menerusi sesi perbincangan antara DKC @ TVETMARA MJII dan Siemens Malaysia berkaitan potensi pembangunan Siemens Innovation and Resources Training Center (SIRTC) di TVETMARA MJII.

๐Ÿ“… 5 Ogos 2026
๐Ÿ“ Bilik Okinawa, TVETMARA MJII
โฐ 11.00 pagi โ€“ 1.00 petang

Sesi yang melibatkan Puan Rosani, En. Syaban serta delegasi Siemens Malaysia ini memberi fokus kepada potensi kerjasama strategik dalam membawa teknologi dan kepakaran industri Siemens lebih dekat kepada ekosistem pendidikan TVET.

Antara fokus utama yang dibincangkan ialah penerapan teknologi Siemens dalam kurikulum, pembangunan kompetensi tenaga pengajar dan pelajar, pelaksanaan pensijilan serta micro-credentials berteraskan industri, di samping potensi pembangunan makmal SIRTC dan program pensijilan bersama.

Lebih signifikan, TVETMARA MJII turut disenaraikan sebagai KIV dalam ekosistem pendidikan SIRTC Siemens Malaysia, membuka ruang kepada kerjasama yang lebih strategik pada masa hadapan.

๐Ÿค Kolaborasi ini diharapkan menjadi pemangkin dalam melahirkan tenaga kerja TVET berkemahiran tinggi, kompeten dan industry-ready, seiring dengan perkembangan teknologi IR4.0 serta keperluan industri masa hadapan.

โœจ TVETMARA MJII ร— Siemens Malaysia โ€” Connecting TVET, Technology & Industry for the Future.











๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ ๐—”๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป, ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—๐—ถ๐˜„๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ: ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—”๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต & ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—๐—œ๐—œ 2026P...
20/08/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ ๐—”๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป, ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—๐—ถ๐˜„๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ: ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—”๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต & ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—๐—œ๐—œ 2026

Pada 19 Ogos 2026, warga TVETMARA MJII telah bersama-sama menjayakan Majlis Amanat Pengarah TVETMARA MJII dan Sambutan Bulan Kemerdekaan yang berlangsung di Dewan Hyogo.
Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersama Unit Pengajian Malaysia ini menghimpunkan seluruh pelajar dan warga kerja TVETMARA MJII dalam satu wadah penuh inspirasi, semangat patriotisme dan kebersamaan.

Menerusi amanat khas daripada Pengarah TVETMARA MJII, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, seluruh warga institusi telah disuntik dengan aspirasi, visi dan hala tuju strategik ke arah membentuk generasi yang bukan sahaja berkemahiran dan berdaya saing, malah memiliki sahsiah unggul, jati diri kukuh serta pemikiran bertaraf dunia.

Dalam masa yang sama, sambutan Bulan Kemerdekaan turut menyemarakkan semangat cintakan negara melalui penghayatan sejarah perjuangan serta pengorbanan para pejuang terdahulu yang telah membina asas kemakmuran tanah air tercinta.

Kehadiran warga TVETMARA MJII yang tampil dengan warna merah, biru, putih dan kuning menjadi simbol penyatuan serta lambang megah kecintaan kepada negara. Jalur Gemilang bukan sekadar kibaran di angkasa, tetapi turut berkibar dalam jiwa setiap warga yang hadir!

Dengan iltizam dan visi yang utuh, TVETMARA MJII akan terus melangkah gagah sebagai institusi TVET unggul, melahirkan modal insan berkemahiran, inovatif, berdaya tahan dan mampu bersaing di persada dunia!

TVETMARA MJII โ€” Melangkah Bersama, Membina Masa Depan, Menyemarak Jiwa Merdeka!





๐Ÿฉธ ๐—๐—ข๐—  ๐——๐—˜๐—ฅ๐— ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—› : ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—›, ๐—ฆ๐—˜๐—๐—จ๐—ง๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก! โค๏ธAda kalanya, apa yang kita anggap kecil sebenarnya membawa makna ya...
18/08/2026

๐Ÿฉธ ๐—๐—ข๐—  ๐——๐—˜๐—ฅ๐— ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—› : ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—›, ๐—ฆ๐—˜๐—๐—จ๐—ง๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก! โค๏ธ

Ada kalanya, apa yang kita anggap kecil sebenarnya membawa makna yang begitu besar buat insan lain.

Hari ini, kita mungkin menjalani rutin seperti biasa. Namun bagi seseorang yang sedang mendapatkan rawatan atau memerlukan transfusi darah, satu beg darah yang kita dermakan boleh menjadi peluang untuk terus hidup. ๐Ÿซถ

โฐ Tak perlu tunggu masa yang tepat.
๐Ÿฉธ Tak perlu beri sesuatu yang luar biasa.
โค๏ธ Cukup dengan meluangkan sedikit masa dan berkongsi apa yang kita mampu.

Jika anda layak dan sihat untuk menderma, jom bersama-sama tampil menyumbang dalam Kempen Derma Darah HARI INI!

Kerana setiap pendermaan bukan sekadar darah yang dikumpulkan โ€” ia adalah harapan, pertolongan dan peluang kedua buat mereka yang sedang berjuang. ๐Ÿคฒ
๐Ÿฉธ Derma hari ini.
โค๏ธ Hulurkan harapan.
๐Ÿ™ Bantu selamatkan nyawa.

๐Ÿ“ข Jom sebarkan hebahan ini kepada keluarga, rakan-rakan dan komuniti kita. Mana tahu, perkongsian kecil anda menjadi sebab seseorang tampil menderma dan menyelamatkan satu nyawa.


Sebutharga Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Melatih dan Mentauliah Peralatan dan Kelengkapan Untuk Program Diplo...
18/08/2026

Sebutharga Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Melatih dan Mentauliah Peralatan dan Kelengkapan Untuk Program Diploma Teknousahawan Elektronik Semikonduktor di TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute Beranang, Selangor.

Pembekal/Kontraktor Bumiputera yang berkelayakan serta mempunyai kod bidang seperti yang terkandung pada iklan adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga tersebut.


๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจSemangat patriotisme bukan hanya dizahirkan melalui kibaran Jalu...
18/08/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Semangat patriotisme bukan hanya dizahirkan melalui kibaran Jalur Gemilang, tetapi turut diterjemahkan melalui khidmat, kepedulian dan sumbangan kepada masyarakat.

Bersempena Bulan Kemerdekaan, Unit CSR TVET MARA MJII dengan kerjasama PIBG Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang (SRAIPB) telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat pada 15 Ogos 2026 (Sabtu).

Seramai 28 orang pelajar TVET MARA MJII Semester 1 dan Semester 2, bersama Pensyarah En. Azrul Erdy B. Zakaria dan Ustazah Nor Hidayah Binti Adimun, telah turun padang mencurahkan tenaga bagi melaksanakan aktiviti mengecat bangunan surau serta menceriakan kawasan sekitar sekolah.

Walaupun hanya dengan berus cat dan tenaga yang sederhana, usaha kecil ini membawa makna yang besar. Setiap sapuan warna menjadi simbol kebersamaan, setiap tenaga yang dicurahkan menjadi tanda keprihatinan, dan setiap senyuman menjadi kenangan dalam membina masyarakat. ๐Ÿคโœจ

Program ini bukan sekadar menceriakan persekitaran sekolah, malah menjadi medan pembentukan sahsiah pelajar melalui penerapan nilai kerjasama, tanggungjawab, kesukarelawanan, kepimpinan dan semangat patriotisme.

Inilah wajah sebenar anak muda TVET โ€” bukan sahaja berkemahiran dan berdaya saing, tetapi turut mempunyai jiwa yang besar untuk berbakti kepada masyarakat. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ

Semoga semangat ini terus mekar dan menjadi inspirasi untuk melahirkan generasi TVET yang kompeten, berintegriti, prihatin dan sentiasa bersedia menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Daripada kemahiran, lahir sumbangan.
Daripada sumbangan, terbina masyarakat.
Daripada anak muda, tercipta masa depan Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Address

TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII)
Beranang
43700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

03-8724 9344

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TVET MARA MJII posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share