Kolej Profesional MARA Beranang Selangor

Kolej Profesional MARA Beranang Selangor Kolej Profesional MARA Beranang Selangor

๐Ÿ†๐Ÿฅ‡ SYABAS & TAHNIAH! ๐Ÿฅ‡๐Ÿ†Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada Nur Uzma Bazilah binti Mohd Tarmizi dan Aโ€™dir...
25/08/2026

๐Ÿ†๐Ÿฅ‡ SYABAS & TAHNIAH! ๐Ÿฅ‡๐Ÿ†

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada Nur Uzma Bazilah binti Mohd Tarmizi dan Aโ€™dira Aโ€™dawiyah binti Abd Aziz, dua orang atlet catur Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB) yang telah mengharumkan nama kolej di persada sukan negara! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Kedua-dua atlet telah mewakili Kontinjen SUKMA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan berjaya meraih PINGAT EMAS ๐Ÿฅ‡ dalam acara Catur Rapid Berpasukan Wanita pada SUKMA XXI Selangor 2026. โ™Ÿ๏ธ๐Ÿ†

Kejayaan ini membuktikan bahawa dengan kesungguhan, disiplin, strategi dan semangat juang yang tinggi, impian mampu direalisasikan. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Tahniah juga buat semua pihak yang telah memberikan sokongan dan dorongan kepada para atlet sehingga mencapai kejayaan yang membanggakan ini. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

KPMB bangga dengan anda! โค๏ธ๐Ÿ’™
Teruskan mencipta kejayaan dan menjadi inspirasi kepada warga KPMB! ๐ŸŒŸ












ImmerseMe: RealTalk Framework @ Kolej Profesional MARA BeranangAlhamdulillah, selesai sesi perkongsian hasil penyelidika...
24/08/2026

ImmerseMe: RealTalk Framework @ Kolej Profesional MARA Beranang

Alhamdulillah, selesai sesi perkongsian hasil penyelidikan oleh YBhg. Dr. Nurin Erdiani binti Mhd Fadzil, pensyarah daripada Pusat Kemajuan Potensi Bahasa, Universiti Putra Malaysia yang membuka ruang baharu kepada transformasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di Institut Pendidikan MARA. Turut hadir bersama ialah Encik Muhammad Fauzi bin Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA.

Dapatan daripada pre-test dan post-test melibatkan 35 pelajar KPM Beranang menunjukkan peningkatan potensi yang sangat memberangsangkan dalam komunikasi seharian menggunakan Bahasa Inggeris.

Semoga KPM Beranang berpotensi menjadi pioneer MARA dalam pelaksanaan ImmerseMe: RealTalk Framework dengan bimbingan YBhg. Dr. Nurin Erdiani binti Mhd Fadzil dan kerjasama ImmerseMe New Zealand.

From research to real impact.






UnifiedEntity
60TahunMARA
MenjunjungAmanah

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026Mุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏูSempena Maulidur Rasul 1448H, seluruh war...
24/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Sempena Maulidur Rasul 1448H, seluruh warga Kolej Profesional MARA Beranang mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.

Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW membawa cahaya rahmat, kasih sayang dan petunjuk kepada seluruh alam. Di sebalik tersebarnya syiar Islam, tersimpan begitu banyak pengorbanan Bagindaโ€”dihina, disakiti dan diuji, namun tetap teguh menyampaikan risalah serta tidak pernah berhenti mengasihi umatnya.

Baginda bukan sekadar insan yang kita cintai, tetapi qudwah hasanahโ€”teladan terbaik dalam akhlak, kepimpinan, ilmu, kesabaran dan pengorbanan.

Marilah kita memperbaharui kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah dan meneladani sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatanah dalam setiap tanggungjawab yang dipikul.

โœจ โ€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkatiโ€

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW bukan sekadar terucap di bibir, tetapi diterjemahkan melalui akhlak, pengorbanan dan kebaikan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ุฃุฌู…ุนูŠู†

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M
Tulus ikhlas daripada seluruh warga
Kolej Profesional MARA Beranang










๐Ÿ†โ™Ÿ๏ธ SYABAS & TAHNIAH! ๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Nur Uzma Bazilah binti Mohd Tarmizi dan Aโ€™Dira Aโ€™Dawiy...
23/08/2026

๐Ÿ†โ™Ÿ๏ธ SYABAS & TAHNIAH! ๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Nur Uzma Bazilah binti Mohd Tarmizi dan Aโ€™Dira Aโ€™Dawiyah binti Abd Aziz, atlet catur Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB) atas kejayaan meraih PINGAT EMAS ๐Ÿฅ‡ dalam Acara Catur Rapid Berpasukan Wanita di SUKMA XXII Selangor 2026!

Mewakili Kontinjen SUKMA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kejayaan ini membuktikan kecemerlangan, fokus dan semangat juang atlet KPMB di pentas sukan kebangsaan. ๐Ÿ’ชโœจ

Tahniah Uzma & Aโ€™Dira! KPMB bangga dengan kejayaan anda! ๐Ÿ’™๐Ÿฅ‡

KPM BERANANG โ€” MELAHIRKAN PROFESIONAL, MEMBINA JUARA. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ











๐Ÿ†๐Ÿฅ‡ SYABAS & TAHNIAH, ZAIM AL FAWWAZ! ๐Ÿฅ‡๐Ÿ†Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada Zaim Al Fawwaz bin Abdul Gafa...
23/08/2026

๐Ÿ†๐Ÿฅ‡ SYABAS & TAHNIAH, ZAIM AL FAWWAZ! ๐Ÿฅ‡๐Ÿ†

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada Zaim Al Fawwaz bin Abdul Gafar, atlet ragbi Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB) yang telah mencipta kejayaan membanggakan dengan meraih PINGAT EMAS ๐Ÿฅ‡ bagi Acara Ragbi 7 Sebelah di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

Mewakili Kontinjen Kedah Darul Aman, Zaim telah mempamerkan semangat juang, disiplin, ketahanan fizikal dan kerja berpasukan yang luar biasa sehingga berjaya berdiri sebagai JUARA SUKMA 2026! ๐Ÿ‰๐Ÿ”ฅ

Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan buat kontinjen Kedah Darul Aman, malah turut mengharumkan nama Kolej Profesional MARA Beranang dan membuktikan bahawa pelajar KPMB mampu menyerlah bukan sahaja dalam bidang akademik, malah turut cemerlang di arena sukan peringkat kebangsaan.

โœจ Dari kampus ke pentas SUKMA โ€” membawa semangat, mengejar impian dan p**ang dengan EMAS!

Semoga kejayaan Zaim menjadi inspirasi kepada seluruh warga KPMB untuk terus berani mencabar kemampuan diri, memburu kecemerlangan dan mengangkat nama institusi ke tahap yang lebih tinggi.

Tahniah Zaim Al Fawwaz! Kami bangga dengan anda! ๐Ÿ’™๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

KPM BERANANG โ€” MELAHIRKAN PROFESIONAL, MEMBINA JUARA.











๐ŸŽ“โœจ SELESAI DENGAN JAYANYA | LAWATAN AKREDITASI & PENILAIAN KELAYAKAN MQAAlhamdulillah, Lawatan Akreditasi dan Penilaian ...
22/08/2026

๐ŸŽ“โœจ SELESAI DENGAN JAYANYA | LAWATAN AKREDITASI & PENILAIAN KELAYAKAN MQA

Alhamdulillah, Lawatan Akreditasi dan Penilaian Kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ke Kolej Profesional MARA Beranang (KPM Beranang) bagi program Diploma in Computer Science (DCS) dan Diploma in Landscape & Horticulture (DLH) telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada 20โ€“21 Ogos 2026.

Sepanjang dua hari penilaian, pihak kolej telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam sesi semakan dokumentasi, perbincangan bersama pengurusan dan warga akademik serta penelitian terhadap aspek pelaksanaan program dan kemudahan pembelajaran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan Panel MQA, khususnya Prof. LAr. Ts. Dr. Osman Mohd Tahir, selaku Pengerusi Panel Penilai dan Ts. Mohd Norafizal bin Abd Aziz, selaku Panel Penilai, atas segala pandangan, teguran, perkongsian kepakaran serta cadangan penambahbaikan yang amat bernilai sepanjang proses penilaian berlangsung.

Penghargaan turut dirakamkan kepada Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, barisan pengurusan KPM Beranang, ketua-ketua program, pensyarah, pegawai serta seluruh warga kerja yang telah bertungkus-lumus membuat persediaan dan memastikan keseluruhan proses lawatan berjalan lancar, teratur dan profesional.

Lawatan ini bukan sekadar memenuhi keperluan jaminan kualiti, malah menjadi ruang penting untuk KPM Beranang menilai, menambah baik dan memperkukuh kualiti penyampaian akademik secara berterusan demi memastikan program yang ditawarkan kekal relevan, berkualiti serta memenuhi standard pendidikan tinggi negara.

Selesai satu amanah, bermula p**a tanggungjawab untuk terus melakukan yang lebih baik.

Semoga segala usaha dan komitmen seluruh warga KPM Beranang menjadi pemangkin untuk kita terus melangkah ke hadapan dalam melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri.

Syabas dan tahniah, warga KPM Beranang! ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ’™

Terima kasih atas semangat kerja berpasukan, komitmen dan kebersamaan yang luar biasa.

KPM BERANANG โ€” TERUS MELANGKAH, TERUS MEMACU KECEMERLANGAN.

Profesional Berjiwa Keusahawanan









21/08/2026
๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐——๐—œ ๐—š๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—•๐—•๐—”๐—ก๐—œ: ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—œ๐—Ÿ๐— ๐—จ ๐—š๐—ฅ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ, ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Majlis Graduas...
21/08/2026

๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐——๐—œ ๐—š๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—•๐—•๐—”๐—ก๐—œ: ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—œ๐—Ÿ๐— ๐—จ ๐—š๐—ฅ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ, ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Majlis Graduasi Perdana Kolej MARA 2026 di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur telah menyaksikan kejayaan seramai 1,497 graduan daripada empat buah Kolej MARA di seluruh negara. Menyampaikan ucaptama semasa Sidang 2 majlis berkenaan, Pengerusi MARA, YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki menegaskan bahawa kembara menuntut ilmu memerlukan keazaman dan pengorbanan yang tinggi namun puncak kejayaan sebenar bukanlah sekadar meraih pencapaian peribadi. Beliau mengingatkan bahawa ekosistem pendidikan MARA dibina khas untuk melahirkan 'Generasi Rabbani'- iaitu modal insan holistik yang meletakkan Al-Quran di hati, ilmu di fikiran, dan kemahiran di tangan sekali gus memikul setiap kemudahan serta peluang pengajian yang diterima sebagai amanah besar yang wajib dibalas dengan integriti dan khidmat bakti berterusan.

๐—•๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ป๐˜†๐—ฎ :

๐‘ญ๐‘ฉ :
https://www.facebook.com/share/p/1DmxBcZymm/

๐‘ฐ๐‘ฎ :
https://www.instagram.com/p/DcSOMSOGJhI/?utm_source=ig_web_copy_link&igsi=MzRlODBiNWFlZA==

๐‘ฟ :
https://x.com/maragov/status/2090621479130161216?s=20

๐‘ป๐’‰๐’“๐’†๐’‚๐’…๐’” :
https://www.threads.com/share/BkOK2Evq9-/

21/08/2026

Adik-adik graduan kelihatan bangga dan teruja untuk sambung belajar ke universiti luar dan dalam negara. Macam-macam gelagat dan reaksi mereka bersama Encik Zahari Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA dalam Majlis Graduasi Perdana Kolej MARA di WTC, Kuala Lumpur.

Tahniah kepada semua graduan yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di dalam dan luar negara!

๐‘ญ๐‘ฉ :
https://www.facebook.com/share/v/1CERcnk3VE/

๐‘ฐ๐‘ฎ :
https://www.instagram.com/reel/DcSUs5kJWHo/?utm_source=ig_web_copy_link&igsi=MzRlODBiNWFlZA==

๐‘ฟ :
https://x.com/maragov/status/2090635240931037448?s=20

๐‘ป๐’‰๐’“๐’†๐’‚๐’…๐’” :
https://www.threads.com/share/DPPJhQUTG/

๐‘ป๐’Š๐’Œ๐‘ป๐’๐’Œ :
https://www.tiktok.com//video/7676314561456196871?is_from_webapp=1&sender_device=pc

๐’€๐’๐’–๐‘ป๐’–๐’ƒ๐’† :
https://youtu.be/aqgYm7I-Bl4

.

Address

Lot 2333, Mukim Beranang, Jalan Kajang/Seremban
Beranang
43700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

0387668935

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Profesional MARA Beranang Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kolej Profesional MARA Beranang Selangor:

Shortcuts

Share

Category