10/03/2026
𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐀-𝐎𝐈𝐒𝐂𝐀 𝐃𝐈 𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍
9 Mac 2026, KLIA - Seramai 3 orang pelajar telah berjaya mendapat peluang untuk menjalani latihan sambil kerja di Jepun. Pelajar akan menjalani orientasi selama 2 bulan di OISCA Chubu Nippon Training Center. Pelajar juga telah mengikuti kursus persediaan Bahasa Jepun di pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA selama 7 bulan.
Saudara Ahmad Syakir bin Fazrol Azri, graduan dari TVETMARA Pekan dengan kelulusan Diploma Teknologi Automotif Komersial. Beliau akan menjalani Latihan Industri di Akita Daihatsu Co. Ltd.
Saudara Muhammad Nazran Shah bin Muhammad Shahrizal, graduan dari TVETMARA Pekan dengan kelulusan Diploma Teknologi Automotif Servis. Beliau akan menjalani Latihan Industri di Akita Daihatsu Co. Ltd.
Dan yang terakhir, Saudara Mohamad Alham bin Utbah, graduan dari TVETMARA Kota Kinabalu dengan kelulusan Sijil Teknologi Penyaman Udara dan Penyejukbekuan. Beliau akan menjalani Latihan Industri di Seimei Engineering Co. Ltd.
Pelajar akan menjalani perantisan selama 3 tahun di syarikat-syarikat tersebut.
MARA ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mendoakan kejayaan mereka dalam membina kerjaya di pentas antarabangsa dan MARA sentiasa komited untuk memperkasa kemahiran belia negara, dan peluang seperti ini terus dibuka kepada lepasan TVET MARA yang ingin membina masa depan di Jepun!
12/02/2026
Kerjasama Malaysia-Jepun buka peluang latihan lebih 1,000 belia | Harian Metro
Langkawi: Lebih lima dekad kerjasama Malaysia-Jepun dalam pelbagai pendekatan strategik membuka peluang latihan industri kepada lebih 1,000 belia tempatan.
08/02/2026
𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗢𝗜𝗦𝗖𝗔 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗥𝗡𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗕𝗨𝗦𝗜𝗡𝗘𝗦𝗦 𝗙𝗢𝗥𝗨𝗠 (𝗠𝗢𝗜𝗕𝗙) 𝟮𝟬𝟮𝟲
MOIBF 2026 brings together entrepreneurs, industry players and policymakers from Malaysia, Japan and the ASEAN region to strengthen collaboration in trade, investment and innovation, with a focus on future-ready sectors and sustainable growth.
The forum features keynote sessions, industry forums and business matching, providing access to strategic partners, investment opportunities and cross-border market entry.
For more information, follow MOIBF 2026 updates at www.moibf.com and through Majlis Amanah Rakyat (MARA) social media platforms.
29/01/2026
𝗜𝗞𝗠, 𝗞𝗞𝗧𝗠, 𝗠𝗝𝗜𝗜 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗞𝗘𝗡𝗔𝗟𝗜 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗧𝗩𝗘𝗧𝗠𝗔𝗥𝗔 - 𝗭𝗔𝗛𝗜𝗗 𝗛𝗔𝗠𝗜𝗗𝗜
[TERKINI] IKM, KKTM, MJII Kini Dikenali sebagai TVETMARA - Zahid Hamidi
Artikel penuh di ruangan komen
11/01/2026
𝗔𝗞𝗦𝗘𝗦 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗢𝗜𝗦𝗖𝗔 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗥𝗡𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗕𝗨𝗦𝗜𝗡𝗘𝗦𝗦 𝗙𝗢𝗥𝗨𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗠𝗢𝗜𝗕𝗙’𝟮𝟲)
Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama OISCA International akan menganjurkan MARA OISCA International Business Forum 2026 (MOIBF’26), sebuah platform strategik yang menghimpunkan usahawan tempatan dan pembeli antarabangsa bagi memperkukuh peluang perdagangan serta akses pasaran global.
Program ini merangkumi Forum Perniagaan dan Sesi Padanan Perniagaan (Business Matching) yang akan berlangsung seperti yang tertera.
Penyertaan adalah terbuka kepada usahawan melalui pendaftaran di platform rasmi:
https://moibf.com
Tarikh tutup pendaftaran: 20 Januari 2026 (Jumaat)
Yuran penyertaan: RM500.00 seorang usahawan
(Merangkumi Forum Perniagaan dan Sesi Padanan Perniagaan)
Program ini memberi peluang rundingan secara langsung dengan pembeli global daripada pelbagai sektor industri bagi tujuan penembusan dan pengembangan pasaran eksport. Usahawan digalakkan untuk mendaftar lebih awal bagi memastikan slot penyertaan serta pengaturan sesi padanan perniagaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui Laman Web Rasmi MOIBF 2026:
https://moibf.com/
MOIBF 2026: Cultivating Trust, Nurturing Sustainability
01/01/2026
𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝟮𝟬𝟮𝟲!
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝟮𝟬𝟮𝟲
Menutup tirai 2025 dengan penuh makna, pengalaman dan pencapaian yang membanggakan.
Melangkah ke 2026, MARA menyambut tahun bersejarah 60 tahun penubuhannya, menjunjung amanah, memperkasa rakyat dan membina masa depan yang lebih gemilang.
Selamat Tahun Baru 2026!
25/12/2025
𝗦𝗘𝗠𝗢𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗡𝗧𝗜𝗔𝗦𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗜𝗥𝗜𝗡𝗚𝗜 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝗠𝗔𝗥𝗔-𝐎𝐈𝐒𝐂𝐀
Sepang, 9 Disember 2025 – Seramai empat orang pelajar Program Perantisan Industri MARA–OISCA telah diraikan dalam satu sesi sending-off yang berlangsung di Balai Pelepasan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, hari ini, sebelum mereka berlepas ke Jepun bagi memulakan penempatan industri masing-masing.
Kesemua pelajar tersebut telah berjaya menamatkan kursus lanjutan Bahasa Jepun selama tujuh bulan di Pusat Bahasa Jepun MARA–OISCA, sebagai persediaan menyeluruh dari aspek bahasa, budaya dan etika kerja sebelum melangkah ke alam industri antarabangsa.
Empat pelajar terlibat ialah Muhammad Syawal bin Salauddin dan Muhammad Irfan bin Roslan yang masing-masing ditempatkan di Onomichi Daihatsu Co., Ltd. di Jepun. Muhammad Syawal merupakan lulusan Diploma Teknologi Automotif Komersial dari IKM TSYA, manakala Muhammad Irfan ialah lulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (Automotive Service) dari GiatMARA Bukit Mertajam.
Turut menyertai program ini ialah Muhammad Ikhwan bin Roseni, lulusan Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dari IKM Kuala Lumpur yang akan menjalani perantisan di Kakegawa Kucho Co., Ltd., serta Muhammad Nazri Fahmi bin Johari, lulusan Diploma Kejuruteraan Pembinaan (Pemodelan Maklumat Bangunan) dari KKTM Sri Gading yang ditempatkan di Mito Construction Co., Ltd.
Program Perantisan Industri MARA–OISCA ini bukan sahaja memberi peluang latihan industri di peringkat antarabangsa, malah menjadi platform strategik dalam melahirkan graduan MARA yang kompeten, berdisiplin dan berdaya saing, selaras dengan visi MARA untuk membangunkan modal insan bertaraf global.
MARA dan OISCA merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada semua perantis dan berharap agar mereka dapat memanfaatkan peluang ini sebaiknya serta mengharumkan nama MARA dan Malaysia di persada antarabangsa!
15/11/2025
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐒 𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐀 - 𝐎𝐈𝐒𝐂𝐀 𝐑𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍
Beranang, 14 Nov 2025 — Majlis Tamat Kelas Lanjutan Pusat Bahasa Jepun MARA–OISCA telah berlangsung bagi meraikan kejayaan para pelajar yang menamatkan kursus lanjutan bahasa Jepun dengan cemerlang.
Majlis tersebut disempurnakan oleh YBrs. Haji Rusli bin Abd Rahman, Pengarah MARA-Japan Industrial Institute (MJII).
12/11/2025
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐃𝐈 𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐀-𝐎𝐈𝐒𝐂𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝗔𝗽𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗝𝗲𝗽𝘂𝗻 𝗠𝗔𝗥𝗔-𝗢𝗜𝗦𝗖𝗔?
🟠 Program kerjasama antara MARA dan Organisation for Industrial, Spiritual, Cultural and Advancement (OISCA)
🟢 Menawarkan Kursus Bahasa Jepun untuk Asas dan Lanjutan Di MJII, Beranang, Selangor DE
🔵 5 kali pengambilan setahun
🟣 Lepasan MARA-OISCA berpeluang menjalani Latihan Industri di Jepun selama 3 tahun
𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁-𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻?
✅ Warganegara Malaysia
✅ Berumur 20-29 tahun
✅ Sihat Tubuh Badan
✅ Bujang
✅ Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMA)
(Khusus dalam TVET)
𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴-𝗯𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗻𝗶?
🟦 Penyamanan Udara dan Penyejukan
🟨 Bangunan / Pembinaan
🟪 Perpaipan
🟩 Baikpulih Badan Kenderaan
𝗕𝗶𝗹𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻?
🗓 Jan 2026 - Feb 2026 (2 bulan)
𝗞𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 & 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻
❇️ Elaun Sara Hidup Bulanan
❇️ Asrama disediakan
❇️ Yuran pengajian ditanggung MARA
❇️ Peluang Perantisan di Jepun 3 tahun di syarikat Jepun
𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗠𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻
https://forms.gle/AURTo4KvVACuJrQ7A
𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻?
🛑 29 NOVEMBER 2025
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kemasukan, sila hubungi Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA di talian 03-87249344 / 03-26134359 atau 011-63269336 (Raziq)
Sekian, terima kasih.