11/02/2026
10 Feb, Selasa - Lensa Kuliah Tazkirah Ramadhan Cara Salafussoleh Menghayati Bulan Ramadhan karangan Dato’ Dr Syeikh Hj Muhammad Fuad bin Kamaludin oleh GPK Kurikulum, Ustaz ‘Omar bin Abdul Rashid al Hafiz.
Antara ungkapan yang dipelajari pada sesi kali ini ialah:
لَيْسَ الْعِيدُ لِمَنْ لَبِسَ الْجَدِيدَ، إِنَّمَا الْعِيدُ لِمَنْ طَاعَاتُهُ تَزِيدُ
“Bukanlah hari raya itu bagi orang yang memakai pakaian baru, tetapi hari raya itu bagi orang yang ketaatannya bertambah.”
Semoga Allah menjadikan kita semua daripada hambaNya yang bertambah ketaatan selepas perginya bulan Ramadhan.