Professional Mutawwif Development International College - PMDIC

Professional Mutawwif Development International College - PMDIC Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Professional Mutawwif Development International College - PMDIC, College & University, UKM PPP Training Centre, Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Beranang, Bangunan Pengurusan Professional Mutawwif Development, Beranang.

Professional Mutawwif Development International University College (PMDIUC) adalah pusat bertauliah yang menjalankan program DIPLOMA KEMAHIRAN PENGURUSAN MUTAWWIF UMRAH & ZIARAH dengan kerjasama Universiti Awam dan Swasta yang terkemuka di Malaysia.

17/08/2026

HARAPAN IBU BAPA 🕋
Semoga Bengkel Akhir Makkah & Madinah 8.0 menjadi medan buat para pelatih mempraktikkan segala ilmu dan kemahiran yang dipelajari sepanjang pengajian.
Daripada teori kepada pengalaman sebenar, semoga perjalanan ini menjadi langkah penting dalam membentuk Mutawwif Profesional yang berilmu, yakin dan amanah.

UPDATE TERKINI | BENGKEL AKHIR MAKKAH & MADINAH 🕋Alhamdulillah, perjalanan pelatih PMDIUC di Tanah Suci terus dipenuhi d...
17/08/2026

UPDATE TERKINI | BENGKEL AKHIR MAKKAH & MADINAH 🕋

Alhamdulillah, perjalanan pelatih PMDIUC di Tanah Suci terus dipenuhi dengan ilmu, pengalaman dan pembelajaran yang sangat bermakna.

Setiap aktiviti yang dilalui bukan sekadar sebuah perjalanan, tetapi menjadi medan untuk pelatih melihat, memahami dan mempraktikkan sendiri ilmu yang telah dipelajari sepanjang pengajian.

Daripada bilik kuliah kini ke bumi Makkah dan Madinah di sinilah ilmu diterjemahkan kepada pengalaman sebenar dalam membentuk bakal Mutawwif Profesional yang berilmu, berkemahiran dan bersedia menghadapi dunia industri.

Semoga segala urusan pelatih serta pensyarah pengiring terus dipermudahkan dan perjalanan ini menjadi pengalaman yang akan dibawa sepanjang kerjaya mereka.

MAJLIS PENGANUGERAHAN & APRESIASI KERJASAMA IQRA × PMDIUC🌟 Menghargai Kerjasama, Mengukuhkan Jalinan, Membina Masa Hadap...
14/08/2026

MAJLIS PENGANUGERAHAN & APRESIASI KERJASAMA IQRA × PMDIUC

🌟 Menghargai Kerjasama, Mengukuhkan Jalinan, Membina Masa Hadapan

Sebuah hubungan yang dibina atas dasar kepercayaan, komitmen dan kesungguhan dalam memperkasakan pendidikan serta pembangunan insan.

PMDIUC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak IQRA atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan dalam menjayakan pelbagai usaha serta program pendidikan.

Majlis penganugerahan ini menjadi simbol penghargaan atas jalinan kerjasama yang terjalin, di samping menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat dan strategik pada masa akan datang.

🤝 IQRA × PMDIUC
Bersama Membina Sinergi, Memperkasa Pendidikan, Melakar Masa Hadapan.

Semoga jalinan ini terus berkembang dan memberikan manfaat yang lebih besar kepada institusi, para pelajar serta masyarakat.






14/08/2026

🎓 TESTIMONI ALUMNI PMDIUC

"Dulu saya hanya mempunyai impian untuk bekerja dalam industri umrah. Hari ini, impian itu menjadi kenyataan."
Alhamdulillah, selepas menamatkan pengajian di PMDIUC, saya kini berpeluang berkhidmat dalam industri umrah. Sepanjang pengajian, saya bukan sahaja memperoleh ilmu teori, malah didedahkan dengan latihan praktikal, pengurusan jemaah, komunikasi, dan pengalaman sebenar dalam dunia mutawwif.

PMDIUC telah memberi saya keyakinan, kemahiran dan peluang untuk membina kerjaya yang saya impikan.
Terima kasih PMDIUC kerana menjadi langkah pertama menuju masa depan saya.

12/08/2026

Bengkel 8.0 bukan sekadar perjalanan, tetapi medan untuk menguji ilmu, membentuk jiwa dan membina keyakinan sebagai mutawwif profesional. Manfaatkan setiap pengalaman di Mekah dan Madinah, jaga adab, disiplin dan amanah. Pergilah sebagai pelatih, pulanglah dengan pengalaman dan keyakinan baharu.

Selamat menjalani Bengkel 8.0! 🤲🏻

07/08/2026

Alhamdulillah.

6/8/2026 menjadi satu lagi hari yang mencatat sejarah dan menjadi saksi kepada komitmen PMD International University College dalam melahirkan mutawwif profesional bertaraf industri.

Hari ini, para pelatih Diploma Pengurusan Mutawwif Umrah dan Ziarah telah berlepas ke Tanah Suci bagi menyempurnakan Semester Akhir mereka melalui Bengkel Akhir Mekah & Madinah.

Inilah kemuncak kepada perjalanan pembelajaran yang telah ditempuhi selama ini. Segala ilmu, latihan, simulasi dan pengalaman yang diperoleh di kampus kini akan diterjemahkan dalam suasana sebenar di bumi Mekah dan Madinah.

Bengkel ini bukan sekadar memenuhi keperluan akademik, malah menjadi medan pembentukan sahsiah, kepimpinan dan kemahiran sebenar sebagai seorang mutawwif yang bakal membimbing para dhuyufurrahman dengan penuh amanah dan profesionalisme.

Semoga seluruh pelatih dipermudahkan setiap urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, memperoleh ilmu dan pengalaman yang bermanfaat, serta pulang ke tanah air sebagai graduan yang lebih bersedia untuk berkhidmat kepada umat.

Tahniah kepada semua pelatih. Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan dan jadilah mutawwif yang membawa manfaat kepada agama, masyarakat dan negara.

PMD International University College
Membentuk Mutawwif Profesional, Melahirkan Pemimpin Ummah.

Address

UKM PPP Training Centre, Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Beranang, Bangunan Pengurusan Professional Mutawwif Development
Beranang
43700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601159159009

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Professional Mutawwif Development International College - PMDIC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share