Profesional Mutawwif Development Holdings

Profesional Mutawwif Development Holdings Menawarkan pengajian bertaraf DIPLOMA bidang MUTAWWIF PROFESIONAL & MUSLIM TOUR LEADERS dengan kerjasama Universiti Awam & Universiti Swasta di Malaysia.
(2)

15/07/2026

Jom Sambung Pengajian Diploma Bersama PMDIUC!

Bina masa depan anda bersama PMDIUC melalui program diploma yang unik, relevan dan berfokus kepada industri.

Dengan kerjasama universiti awam terkemuka di Malaysia, anda bukan sahaja memperoleh ilmu, malah berpeluang merasai pengalaman pembelajaran yang lebih luas, berkualiti dan diiktiraf.

Inilah peluang untuk melangkah lebih jauh dalam bidang pelancongan Islam, mutawwif, umrah dan ziarah.

Mulakan langkah pertama anda hari ini bersama PMDIUC.

PEMAKLUMAN PENSTRUKTURAN JAWATANAdalah dimaklumkan bahawa, selaras dengan penstrukturan jawatan yang telah dilaksanakan,...
14/07/2026

PEMAKLUMAN PENSTRUKTURAN JAWATAN

Adalah dimaklumkan bahawa, selaras dengan penstrukturan jawatan yang telah dilaksanakan, Ustaz Muhammad Zulkhairi Bin Mohd Zaky telah dilantik sebagai Pegawai Operasi (Hal Ehwal Akademik) berkuat kuasa mulai 13 Julai 2026.

Sehubungan dengan itu, semua kakitangan dimohon untuk mengambil maklum mengenai pelantikan ini serta memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya bagi memastikan kelancaran urusan, penyelarasan tugasan dan keberkesanan operasi organisasi.

Semoga pelantikan ini dapat memperkukuhkan lagi pengurusan dan operasi PMDIUC ke arah yang lebih cemerlang.





13/07/2026

Peluang berada di industri lebih mudah apabila anda memilih pengajian yang tepat.

PMDIUC membuka laluan anda ke dunia profesional melalui latihan praktikal, pengalaman industri dan peluang kerjaya dalam bidang Umrah & Ziarah.

Belajar bukan sekadar untuk graduasi, tetapi untuk terus bersedia memasuki industri sebenar.

PMDIUC PILIHAN KAMPUS SELURUH MALAYSIADari utara hingga ke selatan, dari timur hingga ke barat, semakin ramai pelajar me...
10/07/2026

PMDIUC PILIHAN KAMPUS SELURUH MALAYSIA

Dari utara hingga ke selatan, dari timur hingga ke barat, semakin ramai pelajar memilih PMDIUC sebagai destinasi pengajian mereka.

- Program Diploma Pengurusan Mutawwif Umrah & Ziarah yang pertama seumpamanya.
- Peluang kerjaya dalam industri pelancongan ibadah yang semakin berkembang.
- Kerjasama bersama lebih 100 agensi pelancongan Umrah & Ziarah.
- Pembelajaran teori dan praktikal yang memenuhi kehendak industri.

Tak kira anda lepasan SPM, STPM, Tahfiz atau ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, PMDIUC membuka ruang untuk masa depan yang lebih cerah.

PMDIUC – Pilihan Kampus Seluruh Malaysia.

Jom jadi sebahagian daripada generasi profesional mutawwif masa hadapan!

10/07/2026

DARI HUFFAZ KE LALUAN KERJAYA PROFESIONAL HANYA DI PMDIUC

Al-Quran yang dihafaz bukan sekadar disimpan di dalam dada, tetapi boleh menjadi asas kepada sebuah laluan kerjaya yang bermakna dan berimpak.

Di Professional Mutawwif Development International College (PMDIUC), lepasan tahfiz dan madrasah diberi peluang untuk melangkah lebih jauh membina masa depan dalam bidang Pengurusan Mutawwif Umrah dan Ziarah.

Di sinilah ilmu Al-Quran digabungkan dengan kemahiran profesional seperti pengurusan jemaah, komunikasi, pengendalian perjalanan ibadah serta kepimpinan dalam industri pelancongan ibadah.

Daripada hafazan kepada pengalaman.
Daripada ilmu kepada kerjaya.

Dari Huffaz ke Laluan Kerjaya Profesional hanya di PMDIUC.




Jabatan Pengambilan Pelajar (JPP), Professional Mutawwif Development Holdings telah menyertai Karnival Pendidikan Negeri...
06/07/2026

Jabatan Pengambilan Pelajar (JPP), Professional Mutawwif Development Holdings telah menyertai Karnival Pendidikan Negeri Selangor 2026 pada 4 Julai 2026 di MITS Alam Impian, Klang.

Melalui penyertaan ini, JPP memperkenalkan Diploma Kemahiran Mutawwif Umrah & Ziarah serta berkongsi peluang melanjutkan pengajian dan prospek kerjaya sebagai mutawwif kepada para pelajar.

Semoga pendedahan ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk membina masa depan dalam bidang mutawwif yang profesional.

Selamat datang pelatih baharu PMDIUC! 🤍Langkah kecil hari ini, permulaan masa depan yang besar.Semoga perjalanan anda di...
06/07/2026

Selamat datang pelatih baharu PMDIUC! 🤍

Langkah kecil hari ini, permulaan masa depan yang besar.
Semoga perjalanan anda di sini penuh ilmu, pengalaman dan kejayaan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Barisan Eksekutif Pusat Bertauliah PMDIUC Sesi Baharu atas pelantikan yang tela...
06/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Barisan Eksekutif Pusat Bertauliah PMDIUC Sesi Baharu atas pelantikan yang telah diberikan.

Ustaz Muhammad Afif Afnan (KEPB) - Bertanggungjawab memastikan operasi pusat berjalan dengan lancar, mencapai sasaran organisasi, serta mematuhi semua piawaian yang ditetapkan.

Dr Maisarah (TKEPB) - Membantu mengurus dan menyelaras operasi pusat bertauliah bagi memastikan pengurusan, latihan dan pematuhan dilaksanakan secara cekap mengikut piawaian yang ditetapkan.

Cik Munirah (TKEHEA) - Bertanggungjawab merancang, mengurus dan memantau hal ehwal akademik bagi memastikan kualiti program latihan, pengajaran, penilaian dan pematuhan akademik memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Ustaz Dr.Mohd Nazri (TKEHEIA) - Bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan inisiatif inovasi serta hubungan antarabangsa bagi memperkukuh pembangunan institusi, kolaborasi global dan peningkatan daya saing organisasi.

En.Mohamad Rasul (HEPA) - Bertanggungjawab merancang, mengurus dan memantau hal ehwal pelajar dan alumni bagi memastikan kebajikan pelajar terpelihara, pembangunan sahsiah diperkukuh serta jaringan alumni diperkasa untuk menyokong kebolehpasaran graduan dan pembangunan institusi.

Semoga kepimpinan yang diterajui dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan komitmen ini terus memperkukuhkan kecemerlangan PMDIUC dalam melahirkan mutawwif profesional bertaraf antarabangsa.

TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN AMANAH ✨Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Barisan Eksekutif Pusat Bertauliah PMDI...
02/07/2026

TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN AMANAH ✨

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Barisan Eksekutif Pusat Bertauliah PMDIUC Sesi Baharu atas pelantikan yang telah diberikan.

Semoga kepimpinan yang diterajui dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan komitmen ini terus memperkukuhkan kecemerlangan PMDIUC dalam melahirkan mutawwif profesional bertaraf antarabangsa. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan komitmen yang tinggi, barisan kepimpinan ini akan terus memacu PMDIUC ke arah pencapaian yang lebih cemerlang dalam melahirkan mutawwif profesional bertaraf dunia.

Seluruh warga PMD Holdings mendoakan agar setiap amanah yang digalas dipermudahkan serta diberkati Allah SWT.

"Memimpin dengan hikmah, berkhidmat dengan amanah dan menginspirasi kecemerlangan."

Setinggi-Tinggi Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih.Seluruh warga Professional Mutawwif Development International Univer...
02/07/2026

Setinggi-Tinggi Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih.

Seluruh warga Professional Mutawwif Development International University College (PMDIUC) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan Pengurusan Tertinggi PMDIUC Sesi 2025/2026 atas segala kepimpinan, dedikasi, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Semoga segala jasa, usaha dan pengorbanan yang telah diberikan menjadi amal kebajikan yang berpanjangan serta terus diberkati oleh Allah SWT.

Terima kasih atas khidmat bakti dan kepimpinan yang telah mencorakkan kecemerlangan PMDIUC.

Address

PULAKEM, KG SESAPAN REMBAU, BERANANG
Beranang
43700

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601159159009

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Profesional Mutawwif Development Holdings posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share