19/08/2026
🔥 防火演习|学习消防知识,守护生命安全 🚒
18/08/2026(星期二),乐育四校与乐育二校、乐育三校的学生一同参与防火演习,在消防员的专业指导下,学习实用的消防安全知识与正确的应对方法。
👨🚒 第一次穿上消防服,体验消防员的工作!
同学们亲身穿上厚重的消防服、戴上消防头盔,在体验中认识消防员的防护装备,也更加了解消防员守护生命安全的辛劳与责任。
🔥 学习如何正确使用灭火器灭火
🔥 当身上衣物着火时,切勿慌张奔跑,应立即停下、卧倒并翻滚身体,帮助扑灭火焰。
🔥 当油锅起火时,不可用水灭火,应关闭火源,并使用合适的锅盖或灭火毯覆盖,隔绝空气灭火。
通过亲身体验与实际演练,同学们不仅掌握了基本的防火与自救知识,也进一步提升了面对突发情况时的安全意识和应变能力。
❤️防患于未然,安全记心间!
🔥 Latihan Kebakaran|Mempelajari Ilmu Keselamatan Kebakaran, Melindungi Nyawa 🚒
18/08/2026 (Selasa), murid-murid SJK(C) Lok Yu 4 bersama murid-murid SJK(C) Lok Yu 2 dan SJK(C) Lok Yu 3 telah menyertai Latihan Kebakaran. Di bawah bimbingan anggota bomba, murid-murid mempelajari ilmu keselamatan kebakaran serta cara-cara yang betul untuk menghadapi situasi kecemasan.
👨🚒 Pertama kali memakai pakaian bomba dan merasai pengalaman sebagai anggota bomba!
Murid-murid berpeluang memakai pakaian perlindungan bomba yang lengkap serta topi keledar. Pengalaman ini membolehkan mereka mengenali peralatan perlindungan anggota bomba dan memahami tanggungjawab serta pengorbanan anggota bomba dalam menjaga keselamatan dan menyelamatkan nyawa.
🔥 Mempelajari cara menggunakan alat pemadam api dengan betul.
🔥 Jika pakaian terbakar, jangan panik atau berlari. Murid-murid diajar untuk segera berhenti, baring dan berguling bagi membantu memadamkan api.
🔥 Jika minyak masak terbakar, jangan gunakan air untuk memadamkan api. Tutup sumber api dan gunakan penutup periuk atau selimut api yang sesuai untuk menutup api serta menghalang bekalan udara.
Melalui pengalaman dan latihan secara praktikal, murid-murid bukan sahaja memperoleh pengetahuan asas tentang keselamatan kebakaran dan menyelamatkan diri, malah dapat meningkatkan kesedaran keselamatan serta keupayaan bertindak dengan tenang dan betul ketika menghadapi situasi kecemasan.
❤️ Cegah sebelum terlambat, keselamatan diutamakan! 🚒🔥
#小小乐四大大梦想