26/01/2022
ππππππππππππ πππππ πππ πππππππππππ ππ ππππ ππ ππ (ππ’π«π’ ππ)
πππππππππ πππ πππππ ππππ ππππππππππ
Oleh Saifullah Zulkifli
Terdapat beberapa sumber yang menerangkan salasilah kerabat diraja Bugis-Luwu yang pertama adalah menurut tradisi kerabat diraja Bugis-Luwu di Sulawesi Selatan, yang menyatakan salasilah mereka adalah dari keturunan La Galigo manakala yang kedua adalah menurut Raja Ali Haji, kerabat diraja Bugis-Riau-Luwu bahawa salasilah mereka adalah dari keturunan Puteri Balkis.
Opu Bugis Lima Bersaudara adalah terdiri daripada Daeng Parani, Daeng Menambun, Daeng Marewah, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi. Berdasarkan salasilah mereka, Daeng Parani adalah putera sulung Daeng Rilekkek, putera kedua adalah Daeng Menambun, putera ketiga adalah Daeng Marewah, putera keempat adalah Daeng Chelak dan putera terakhir adalah Daeng Kemasi. Sebelum berhijrah, mereka menetap di kerajaan Luwu, Bone dan Makassar.
Bugis sebuah etnik yang unik kerana beberapa faktor, pertama; Bugis adalah bangsa pelayar dan kedua; Etnik Bugis mengamalkan tiga prinsip hujung iaitu hujung keris, hujung lidah dan hujung anu. Ini memberi signifikasi bahawa mereka adalah bangsa penakluk baik dalam peperangan mahupun diplomasi ataupun perkahwinan. Sebagai tambahan, mereka turut mahir dalam pembinaan perahu yang dikenali sebagai Pinisi.
Dalam satu peristiwa, Daeng Menambun telah bermimpikan petunjuk untuk menghala ke sebelah barat yang pada masa ini merujuk ke Johor maka bermulalah perjalanan mereka ke alam Melayu setelah disepakati sekeluarga. Pengembaraan pertama mereka ialah di kerajaan Betawi, Jawa kerana di sini Daeng Rilekkek berhasrat untuk bertemu dengan Daeng Biasa, adinda beliau dan Datuk Bandar Betawi. Selama tiga bulan menetap di kerajaan Betawi, mereka meneruskan pengembaraan dan menuju ke Segantang Lada, Pulau Siantan.
Selepas tiba di Segantang Lada, mereka bertemu dengan Karang Abdul Fattah, Nakhoda Alang dan kerabat diraja Makassar. Selepas menetap di Segantang Lada, mereka meneruskan pengembaraan dan menuju ke kerajaan Negeri-negeri Melayu dan Kemboja. Selepas mengembara ke Kemboja, mereka p**ang ke Pulau Siantan dan Daeng Rilekkek mangkat di sini.
Walaupun Daeng Rilekkek mangkat, putera beliau masih tidak berputus asa dan meneruskan kesinambungan ayahandanya. Selepas kemangkatan ayahandanya, Daeng Parani dilantik sebagai ketua Opu Bugis Lima Bersaudara kerana beIiau adalah putera sulung Daeng Rilekkek dan abang kepada Daeng Menambun, Daeng Marewah, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi.
Sumber
Matheson, V, (1982), Tuhfat al-Nafis, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Abdullah Zakaria Ghazali (2009) , Kerajaan Johor, 1721-1824: Meneliti penglibatan Dan Peranan Bugis-Makassar, Malaysia Dari Segi Sejarah, No 2.
Abdullah Zakaria Ghazali (2002), Daeng Chelak Ibni Daeng Rilekkek,: Menelusuri Matlumat Daripada Teks Melayu, Jurnal Seri Alam, Jil 8.
LY Andaya (1987), Kerajaan Johor 1641-1728: Pembangunan Ekonomi dan Politik: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Mardiana Nordin (2008), Politik Kerajaan Johor 1718-1862: Yayasan Warisan Johor, Johor Bharu.
Muhammad Yusoff Hashim (1992), Hikayat Siak: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala lumpur.
Mohd Yusud Md Nor (1984), Salasilah Melayu dan Bugis: Dewan Bahawa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Buyong Adil, (1971), Sejarah Johor: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.