15/07/2026
TAHNIAH & SYABAS BUAT KONTINJEN OLAHRAGA SK SRI BENUT (SRIB) 2026.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen SK Sri Benut (SRIB) atas kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Olahraga MSSD Pontian 2026 yang telah berlangsung pada Isnin, Selasa, Rabu, Khamis & Selasa (6, 7, 8, 9 & 14 Julai 2026) di SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at (STOMS).
🌟SK Sri Benut telah berjaya muncul sebagai Naib Johan (Tempat Ke-2) Keseluruhan Kejohanan Olahraga MSSD Pontian untuk tahun 2026. Kejayaan ini membuktikan kesungguhan para atlet, jurulatih, guru pengiring, ibu bapa serta seluruh warga sekolah dalam melahirkan atlet yang cemerlang.
🥇🥈🥉 Pencapaian Atlet-atlit SRIB
1. Muhammad Arif bin Nor Haizad
🥇Johan (Emas)
Acara: 3000m Terbuka Lelaki 12
Catatan masa: 11:56.4s
( Memecahkan Rekod Kejohanan )
2. Nur Qisya binti Selamat
🥇Johan (Emas)
Acara: 3000m Terbuka Perempuan 12
Catatan masa: 14:07.2s
( Memecahkan Rekod Kejohanan )
3. Nur Alyaa Maisarah binti Izzul Abdillah
🥇Johan (Emas)
Acara: 80m Lari Berpagar Perempuan 11
Catatan masa: 15.9s
( Memecahkan Rekod Kejohanan )
4. Ra'id Razzan bin Rozaki
🥈Naib Johan (Perak)
Acara: 80m Lari Berpagar Lelaki 12
Catatan masa: 15.0s
5. Acara Berganti-ganti 4 × 100m Lelaki 12
🥈Naib Johan (Perak)
Catatan masa: 57.70s
6. Acara Berganti-ganti 4 × 200m Lelaki 12
🥈Naib Johan (Perak)
Catatan masa: 2:00.06s
7. Acara Berganti-ganti 4 × 200m
Perempuan 11
🥈Naib Johan (Perak)
Catatan masa: 2:18.9s
8. Acara Berganti-ganti 4 × 100m
Perempuan 11
🥉Tempat Ketiga (Gangsa)
Catatan masa: 65.84s
9. Ra'id Razzan bin Rozaki
🏅Tempat Ke-4
Acara: 200m Lelaki 12
Catatan masa: 30.06s
10. Aaira Daleesa binti Mohd Arif
🏅Tempat Ke-4
Acara: 3000m Terbuka Perempuan 12
Catatan masa: 15:33.1s
11. Muhd Fariz Daniel bin Izulkifli
🏅Tempat Ke-4
Acara: 80m Lari Berpagar Lelaki 12
Catatan masa: 16.2s
✨ Kejayaan ini merupakan hasil latihan yang berterusan, semangat juang yang tinggi, pengorbanan para atlet, bimbingan jurulatih dan guru, serta sokongan padu daripada ibu bapa dan seluruh warga SK Sri Benut. Semoga pencapaian sebagai Naib Johan Keseluruhan MSSD Pontian 2026 menjadi inspirasi untuk terus melakar lebih banyak kejayaan di peringkat MSSJ, MSSM dan seterusnya.