Album Sekolah Kebangsaan Kampung Shafie

Album Sekolah Kebangsaan Kampung Shafie SK Kampung Shafie

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam Kejohanan Catur MSSDโœŠ๐Ÿป. Syabas kepada mu...
10/04/2026

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam Kejohanan Catur MSSDโœŠ๐Ÿป. Syabas kepada murid-murid yang berjaya meraih pingat ,usaha, fokus dan semangat yang ditunjukkan amat membanggakan.Semoga pengalaman yang diperoleh adalah satu langkah penting ke arah kejayaan pada masa akan datang.

Turut dibanggakan, seorang murid daripada Sekolah Kebangsaan Kampung Shafie telah terpilih untuk mewakili ke peringkat MSSP iaitu adik Abuzzar Bin Azahar. Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah.

Tahniah dan syabas kepada semua!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera warga SK Kg ShafieCUTI HARI RAYA AIDIL FITRI AKAN BERMULA PADA๐Ÿ“Œ18 hingga 29 Mac 2026...
16/03/2026

Assalamualaikum dan Salam sejahtera warga SK Kg Shafie

CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI AKAN BERMULA PADA
๐Ÿ“Œ18 hingga 29 Mac 2026

๐ŸซSesi persekolahan akan bermula semula pada : 30 Mac 2026 ( Isnin)

๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan, komitmen dan dedikas...
13/03/2026

๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan, komitmen dan dedikasi yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di SK Kg Shafie. ๐ŸŒŸ

Kenangan dan pengalaman yang ditinggalkan pasti akan sentiasa terpahat di hati warga sekolah. ๐Ÿ’ Semoga segala pengalaman yang dilalui menjadi kenangan terindah dan terus melakar kecemerlangan di tempat baharu.

โœจ Selamat maju jaya dan terus berjaya di SK Simpang Pelangai.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa. ๐Ÿ“š๐ŸŽ‰

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI AKADEMIK 2027โœณ๏ธ Kepada penjaga yg mempunyai anak yang...
23/02/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI AKADEMIK 2027

โœณ๏ธ Kepada penjaga yg mempunyai anak yang lahir pada tahun 2020 (umur 7 thn pada tahun hadapan) dan 2021 (umur 6 tahun pada tahun hadapan) boleh memohon masuk ke Tahun 1 pada tahun 2027.

โœณ๏ธ Permohonan boleh dibuat secara online mulai sekarang sehingga 31 Mac 2026

โœณ๏ธ Semoga dalam makluman semua ๐ŸŒน

๐Ÿ† Tahniah dan syabas kepada pasukan Softbol SK Kg Shafie atas penyertaan cemerlang dalam Kejohanan MSSD Softbol! ๐ŸฅŽKomitm...
23/02/2026

๐Ÿ† Tahniah dan syabas kepada pasukan Softbol SK Kg Shafie atas penyertaan cemerlang dalam Kejohanan MSSD Softbol! ๐ŸฅŽ

Komitmen, disiplin dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan amat membanggakan. Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Ramadan Bulan IbadahุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ...
18/02/2026

Ramadan Bulan Ibadah

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุฌูŽุงุกูŽ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ู ููุชู‘ูุญูŽุชู’ ุฃูŽุจู’ูˆูŽุงุจู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉู ูˆูŽุบูู„ู‘ูู‚ูŽุชู’ ุฃูŽุจู’ูˆูŽุงุจู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู ูˆูŽุตููู‘ูุฏูŽุชู’ ุงู„ุดู‘ูŽูŠูŽุงุทููŠู†ู

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila bulan Ramadan tiba, maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan." (HR Muslim No: 1793) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Apabila Ramadan menjelang, Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan Ibadah:

1. Ramadan adalah bulan istimewa yang dianugerahkan kepada umat Islam. Selain diwajibkan ibadah puasa juga dianugerahkan pelbagai ganjaran yang besar.

2. Ramadan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al-Quran, zikir dan doa).

3. Bulan Ramadan adalah waktu yang penuh rahmat, keberkatan, dan kesempatan yang luar biasa untuk mendekatkan diri kepada Allah. Pintu syurga dibuka seluasnya, dan Allah memberi peluang kepada umat Islam untuk meningkatkan amalan mereka. Masa yang sangat istimewa, dan setiap Muslim harus memanfaatkan kesempatan ini sebaik-baiknya untuk memperbanyakkan ibadah dan amal soleh. Menyediakan diri dengan rahmah Allah untuk masuk ke syurga.

4. Pintu neraka ditutup di bulan Ramadan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadan, kita dianjurkan untuk memperbanyak amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan. Malah peluang untuk mendapatkan pengampunan Allah melalui taubat, memohon ampun atas dosa-dosa yang lalu, dan berusaha memperbaiki diri. Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka.

5. Bulan Ramadan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakkannya untuk mengganggu atau menggoda. Peluang untuk lebih mudah menghindari dosa dan godaan. Tanpa gangguan syaitan, kita lebih mudah untuk meningkatkan ibadah dan menjaga diri dari perbuatan buruk.

6. Ramadan adalah bulan penuh rahmat dan keberkatan. Dengan pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan dibelenggu, Ramadan adalah bulan terbaik untuk memperbaiki diri, meningkatkan ibadah, dan memperoleh pengampunan Allah. Manfaatkanlah kesempatan ini dengan beribadah lebih giat, memperbanyakkan doa dan amal soleh, serta bertaubat untuk mendapatkan keberkatan dan rahmat Allah di bulan yang mulia ini.

Ayuh kita menyediakan diri dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Ramadan yang akan menjelang. Ahlan Ya Ramadan.

Rebut Pahala Bersihkan Jiwa

Daripada
Panitia Pendidikan Islam

30hb Syaaban 1447H
18hb Februari 2026

Tahniah kepada murid-murid yang telah berjuang dalam MSSD Merentas Desa. Menang atau tidak, anda semua adalah juara di m...
05/02/2026

Tahniah kepada murid-murid yang telah berjuang dalam MSSD Merentas Desa. Menang atau tidak, anda semua adalah juara di mata kami ๐ŸŒŸ๐Ÿ…

16/01/2026

"Tahniah dan syabas kepada para pemenang serta semua peserta Merentas Desa peringkat SKKS. Kemenangan sebenar adalah keberanian untuk mencuba hingga ke garisan penamat๐Ÿ’ช๐Ÿป"

Unit Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru, ajk PIBG, PDRM,sumbangan-sumbangan dan warga Kg. Shafie yang terlibat dalam menjayakan merentas desa peringkat SKKS.

15/01/2026

โ€œFestival Buahan-Buahan Tempatan julung kalinya dilaksanakan di SKKS. Justeru, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa serta warga kampung Shafie yang telah menyumbangkan buah-buahan bagi menjayakan Festival Buah-Buahan Sekolah. ๐Ÿ‰๐Ÿ‡๐Ÿˆ

โ€ Sumbangan ini amat bermakna dan mencerminkan semangat kerjasama serta keprihatinan komuniti terhadap pendidikan anak-anak, Sumbangan yang diberikan ini juga sangat dihargai oleh pihak sekolah serta murid-murid ๐ŸŒธโ€

Selamat Kembali ke SK Kampung Shafie bagi Sesi Akademik 2026โ€œSemoga kehadiran murid-murid disambut dengan semangat bahar...
12/01/2026

Selamat Kembali ke SK Kampung Shafie bagi Sesi Akademik 2026

โ€œSemoga kehadiran murid-murid disambut dengan semangat baharu, iltizam tinggi dan azam untuk terus cemerlang dalam pembelajaran serta sahsiah.
Bersama kita jayakan kecemerlangan pendidikan.โ€

Minggu ini akan berlangsungnya Minggu HEM di Sekolah Kebangsaan Kampung Shafieโ€œProgram HEM kini bermula! Bersama membent...
01/12/2025

Minggu ini akan berlangsungnya Minggu HEM di Sekolah Kebangsaan Kampung Shafie

โ€œProgram HEM kini bermula! Bersama membentuk persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan penuh nilai murni. ๐Ÿคโ€

Address

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SHAFIE
Bentong
28730

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Album Sekolah Kebangsaan Kampung Shafie posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Album Sekolah Kebangsaan Kampung Shafie:

Shortcuts

Share