SMA Ar Raudhah An Nabawiyyah

Call Directions Contact the school

SMA Ar Raudhah An Nabawiyyah S.M.A. Ar Raudhah An Nabawiyyah merupakan sebuah pusat pendidikan yang menawarkan pendidikan percuma

SALAM TAKZIAH & AL-FATIHAHDukacita dimaklumkan atas pemergianTun Dr. Siti Hasmah.Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahma...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH & AL-FATIHAH

Dukacita dimaklumkan atas pemergian
Tun Dr. Siti Hasmah.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat,
diampunkan segala dosa dan ditempatkan
dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

25/09/2026
๐Ÿ“š MAJLIS RESTU PELAJAR SPM SMA AR RAUDHAH AN NABAWIYYAH 2026Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Restu Pelajar SPM Se...
25/09/2026

๐Ÿ“š MAJLIS RESTU PELAJAR SPM SMA AR RAUDHAH AN NABAWIYYAH 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Restu Pelajar SPM Sekolah Menengah Agama Ar Raudhah An Nabawiyyah bagi tahun 2026.

Majlis ini diadakan sebagai tanda restu dan doa daripada para guru buat para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM.

Semoga segala persiapan yang telah dilakukan dipermudahkan, diberikan ketenangan dan terus bersemangat menghadapi peperiksaan yang bakal berlangsung.

๐Ÿคฒ Semoga Allah SWT mengurniakan kejayaan dan hasil yang terbaik buat semua calon SPM 2026.

Selamat maju jaya dan all the best! ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ“š



24/09/2026

๐Ÿ“ข PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU SESI 2027 KINI DIBUKA!

๐Ÿ“ Jom mohon sekarang!
Tuan/Puan boleh mengisi borang permohonan secara dalam talian melalui pautan berikut:

๐Ÿ‘‰ BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN SMAARANโ ๏ฟผ
https://my04.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=smaaran

๐ŸŒฟ Bersama Membina Generasi Masa Depan
SMA Ar Raudhah An Nabawiyyah

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PROGRAM PENUTUP SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSEKOLAH MENENGAH AGAMA AR RAUDHAH AN NABAWIYYAHSebaga...
22/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PROGRAM PENUTUP SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

SEKOLAH MENENGAH AGAMA AR RAUDHAH AN NABAWIYYAH

Sebagai penutup kepada program sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Sekolah Menengah Agama Ar Raudhah An Nabawiyyah telah mengadakan pelbagai pengisian yang menarik dan penuh dengan semangat patriotisme.

Antara pengisian yang telah diadakan ialah:

๐ŸŽถ Persembahan lagu patriotik
๐Ÿ“œ Persembahan sajak dan syair
๐Ÿ“ Pertandingan kuiz
๐ŸŽฌ Gimik khas yang melibatkan Pengetua dan Guru Penolong Kanan
๐Ÿ† Penyampaian hadiah kepada guru-guru dan para pelajar bagi pertandingan sukan dan permainan tradisional

Pelbagai aktiviti yang telah berlangsung sepanjang program ini diharapkan dapat menyemai rasa cinta akan negara, mengukuhkan semangat perpaduan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan seluruh warga sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang telah bersama-sama menjayakan program sambutan ini.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Malaysia!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Sekolah Menengah Agama Ar Raudhah An Nabawiyyah

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พBersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, warga ...
22/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, warga Sekolah Menengah Agama Ar Raudhah An Nabawiyyah turut bersama-sama dalam kerja-kerja pemasangan dan pengibaran bendera di sekitar kawasan sekolah.

Aktiviti ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk memeriahkan suasana sambutan serta menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan warga sekolah.

Kerjasama guru-guru dan para pelajar dalam menjayakan persiapan ini mencerminkan semangat kebersamaan dan perpaduan yang menjadi asas dalam membentuk warga sekolah yang cintakan negara.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Semarakkan Merdeka, Kukuhkan Perpaduan.

Address

Kampung Chemperoh, Janda Baik
Bentong
28750

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 13:30

Telephone

+6092330128

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMA Ar Raudhah An Nabawiyyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMA Ar Raudhah An Nabawiyyah:

Shortcuts

Share