SMK FELDA LURAH BILUT

Directions

SMK FELDA LURAH BILUT SMK Felda Lurah Bilut mula beroperasi pada era 70-an . Sekolah ini beroperasi 1 sesi persekolahan iaitu sesi.

Sehingga kini bilangan murid 230 lebih dan guru seramai 29 orang dan 8 orang AKP

πŸŽ‰ Selamat Hari Lahir, Cik Visaletchumi πŸ₯°Semoga hari istimewa ini dipenuhi dengan senyuman dan perkara-perkara yang mengg...
25/09/2026

πŸŽ‰ Selamat Hari Lahir, Cik Visaletchumi πŸ₯°

Semoga hari istimewa ini dipenuhi dengan senyuman dan perkara-perkara yang menggembirakan. Didoakan agar tahun yang mendatang membawa lebih banyak kejayaan, pengalaman menarik dan kenangan manis. Teruskan melangkah dengan semangat dan menjadi sumber inspirasi kepada warga sekolah! πŸ’šβœ¨

Ikhlas daripada warga SMK FELDA LURAH BILUT.

Pada tarikh 15 September 2026, sekolah telah melaksanakan Majlis Peluncuran Makmal Aktif Lestari peringkat SMK Felda Lur...
23/09/2026

Pada tarikh 15 September 2026, sekolah telah melaksanakan Majlis Peluncuran Makmal Aktif Lestari peringkat SMK Felda Lurah Bilut Tahun 2026. Ianya merupakan sebahagian dari Program Pembentukan Karakter Generasi MADANI KPM yang bermatlamat untuk membangunkan karakter murid secara holistik merangkumi aspek intelektual, sahsiah, dan spiritual.

Projek yang telah dipilih oleh pihak sekolah adalah Projek Taman Herba iaitu sebagai sebahagian usaha dalam menangani perubahan iklim dan alam sekitar seperti yang disarankan dalam Matlamat Pembangunan Mapan 13: Tindakan Iklim.

Semua sedia maklum bahawa isu alam sekitar yang semakin mendapat perhatian pada masa kini ialah perubahan iklim dan peningkatan suhu persekitaran. Aktiviti manusia seperti penebangan pokok, pembakaran terbuka, penggunaan tenaga yang berlebihan serta penghasilan sisa yang tidak terkawal boleh memberi kesan kepada alam sekitar.

Oleh itu, kita perlu mengambil tindakan bagi mengurangkan kesan terhadap alam dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Salah satu tindakan yang dilaksanakan di sekolah kita ialah pembangunan Taman Herba. Taman Herba bukan sahaja berfungsi sebagai kawasan hijau, tetapi juga menjadi ruang pembelajaran kepada murid untuk mengenali tumbuhan dan memahami kepentingan menjaga alam sekitar. Melalui aktiviti menanam, menyiram dan menjaga tanaman, kita dapat memupuk nilai tanggungjawab, kerjasama, disiplin dan kecintaan terhadap alam.

Pada masa yang sama, kita boleh mengamalkan langkah-langkah lain seperti mengurangkan penggunaan plastik, mengamalkan 3R, menjimatkan air dan elektrik serta mengelakkan pembakaran terbuka.

Semoga usaha kecil dari pihak sekolah ini dapat menyumbang kepada kelestarian alam sebagaimana yang dihasratkan pihak kerajaan melalui Program Pembentukan Karakter Generasi MADANI KPM ini.

Terima kasih.

πŸŽ‰ Happy Birthday, Siti Noraini. Semoga hari istimewa ini menjadi permulaan kepada satu lagi tahun yang penuh dengan ceri...
21/09/2026

πŸŽ‰ Happy Birthday, Siti Noraini.
Semoga hari istimewa ini menjadi permulaan kepada satu lagi tahun yang penuh dengan cerita baik, senyuman dan perkara-perkara yang membahagiakan. Wishing you a wonderful year ahead! πŸ₯°βœ¨

Ikhlas daripada warga SMK FELDA LURAH BILUT.

πŸŽ‚βœ¨ Selamat Hari Lahir, Puan Halimahtun Sa’adiah. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, rezeki ya...
10/09/2026

πŸŽ‚βœ¨ Selamat Hari Lahir, Puan Halimahtun Sa’adiah.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, rezeki yang luas dan keberkatan dalam kehidupan. Terima kasih atas segala jasa, usaha dan dedikasi yang dicurahkan kepada warga sekolah. Semoga terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada semua. 🌷

Ikhlas daripada warga SMK FELDA LURAH BILUT. ❀️

πŸŽ‚ Selamat Hari Lahir, Encik Ali. πŸŽ‰Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan...
30/08/2026

πŸŽ‚ Selamat Hari Lahir, Encik Ali. πŸŽ‰

Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan terus bahagia bersama insan tersayang. Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan sumbangan kepada warga sekolah. 😊

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran dan semoga terus cemerlang! ✨

πŸ’™ Ikhlas daripada warga SMK FELDA LURAH BILUT.

πŸŽ‚ Selamat Hari Lahir, Encik Izzuddin. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang luas, kebahagiaan dan...
27/08/2026

πŸŽ‚ Selamat Hari Lahir, Encik Izzuddin.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang luas, kebahagiaan dan keberkatan. Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan usaha yang diberikan; semoga terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada kami semua. 🌷

Ikhlas daripada warga SMK FELDA LURAH BILUT.

β›Ί PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORMβ›ΊAlhamdulillah, telah berlangsung Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform S...
23/08/2026

β›Ί PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORMβ›Ί

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SMK (Felda) Lurah Bilut pada 22 – 23 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad).

Program ini menjadi wadah untuk membentuk murid yang lebih berdisiplin, berdikari, berani, bekerjasama dan mempunyai semangat kepimpinan melalui pelbagai aktiviti perkhemahan dan unit beruniform. πŸ’ͺ🌿

✨ Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh:

YB Puan Young Syefura binti Othman
Ahli Parlimen Bentong

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, khususnya barisan pentadbir, guru-guru, jurulatih, fasilitator serta semua murid yang memberikan komitmen yang terbaik. πŸ‘πŸ»

Semoga pengalaman sepanjang perkhemahan ini menjadi kenangan bermakna dan membentuk generasi yang berilmu, berdisiplin, berdaya tahan dan berjiwa pemimpin. ❀️

β€œBersatu, Berdisiplin, Berbakti!” πŸ«‘β›Ί







πŸ“’ PELANCARAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) & PROGRAM KERANGKA ANTIBULI SEKOLAH UNTUK PEMERKASAAN (SAFE) πŸ“’πŸ“… ...
23/08/2026

πŸ“’ PELANCARAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) & PROGRAM KERANGKA ANTIBULI SEKOLAH UNTUK PEMERKASAAN (SAFE) πŸ“’

πŸ“… 12 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ 2.00 petang – 4.00 petang
πŸ“ SMK Felda Lurah Bilut

Alhamdulillah, telah berlangsung Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan Program Kerangka Antibuli Sekolah untuk Pemerkasaan (SAFE) sebagai usaha memperkukuh kesedaran murid terhadap bahaya penyalahgunaan dadah serta membudayakan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada buli. πŸ’™

Majlis telah dirasmikan oleh Sub Inspektor Mohd Amiruddin bin Abu Bakar, Ketua Polis Balai, Balai Polis Lurah Bilut.

🀝 Kerjasama erat antara pihak sekolah dan pihak berkuasa amat penting dalam membentuk generasi muda yang berakhlak, berdisiplin, berani bersuara dan saling menghormati.

✨ Sekolah Selamat, Murid Sejahtera, Masa Depan Terpelihara.

🏫 SMK FELDA LURAH BILUT

πŸ“šπŸ’° PROGRAM LITERASI KEWANGAN BERSAMA FINCO πŸ’°πŸ“šπŸ“… 7 Ogos 2026Pendedahan kepada literasi kewangan merupakan satu langkah pen...
23/08/2026

πŸ“šπŸ’° PROGRAM LITERASI KEWANGAN BERSAMA FINCO πŸ’°πŸ“š

πŸ“… 7 Ogos 2026

Pendedahan kepada literasi kewangan merupakan satu langkah penting dalam membentuk generasi yang bijak mengurus kewangan, membuat keputusan dengan tepat serta mempunyai kesedaran tentang kepentingan perancangan kewangan sejak di bangku sekolah. 🌱✨

Melalui inisiatif Financial Industry Collective Outreach (FINCO), murid diperkenalkan kepada peranan dan kerjasama pelbagai institusi kewangan di Malaysia dalam usaha memperkukuh pendidikan serta kesedaran kewangan dalam kalangan generasi muda.

πŸ’‘ Celik kewangan hari ini, bijak merancang masa hadapan!

Unit: Bimbingan & Kaunseling

🏫 SMK FELDA LURAH BILUT

πŸ‡²πŸ‡Ύ SOROTAN PROGRAM BULAN KEBANGSAAN & BULAN AKADEMIK SMK LURAH BILUT πŸ‡²πŸ‡ΎSemangat patriotisme dan kecemerlangan akademik t...
21/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SOROTAN PROGRAM BULAN KEBANGSAAN & BULAN AKADEMIK SMK LURAH BILUT πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semangat patriotisme dan kecemerlangan akademik terus disemarakkan di SMK Lurah Bilut melalui pelaksanaan Program Bulan Kebangsaan dan Bulan Akademik. πŸŽ“βœ¨

Pelbagai aktiviti menarik dan bermakna telah diadakan bagi menyemai rasa cinta akan negara, memperkukuh semangat perpaduan serta mencungkil potensi dan bakat murid dalam bidang akademik dan kokurikulum.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Semarak Merdeka, Teguh Perpaduan
πŸ“š Akademik Cemerlang, Murid Gemilang

Tahniah dan terima kasih kepada semua warga SMK Lurah Bilut yang bersama-sama menjayakan program ini. β€οΈπŸ’™πŸ’›πŸ€

SMK Lurah Bilut β€” Melangkah Bersama Menuju Kecemerlangan! 🌟






Address

Felda Lurah Bilut
Bentong
28800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK FELDA LURAH BILUT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share