SK Tuanku Fatimah Bentong

SK Tuanku Fatimah Bentong Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 8

🏅 KEJOHANAN OLAHRAGA SK TUANKU FATIMAH (SUKFA) KALI KE-48 🏅(Penyampaian Hadiah )
01/05/2026

🏅 KEJOHANAN OLAHRAGA SK TUANKU FATIMAH (SUKFA) KALI KE-48 🏅
(Penyampaian Hadiah )

🏅 KEJOHANAN OLAHRAGA SK TUANKU FATIMAH (SUKFA) KALI KE-48 🏅Alhamdulillah, Kejohanan Olahraga SK Tuanku Fatimah (SUKFA) K...
01/05/2026

🏅 KEJOHANAN OLAHRAGA SK TUANKU FATIMAH (SUKFA) KALI KE-48 🏅

Alhamdulillah, Kejohanan Olahraga SK Tuanku Fatimah (SUKFA) Kali Ke-48 bagi tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 30 April 2026 (Khamis) bermula seawal 8.00 pagi di padang sekolah.

Acara yang penuh semangat kesukanan ini menyaksikan penyertaan aktif murid-murid yang menunjukkan usaha, disiplin dan daya juang yang tinggi dalam setiap pertandingan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir memberi sokongan padu, serta kepada guru-guru, PIBG dan semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan program ini dengan begitu meriah.

Tahniah kepada semua pemenang dan juga peserta – anda semua adalah juara! 🏆

Semoga semangat “Bersatu, Berusaha, Berjaya!” terus mekar dalam diri setiap warga sekolah.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri SK Tuanku Fatimah yang dianjurkan oleh PIBG telah berlangsung dengan suasana yang sederhana ...
19/04/2026

Jamuan Hari Raya Aidilfitri SK Tuanku Fatimah yang dianjurkan oleh PIBG telah berlangsung dengan suasana yang sederhana tetapi penuh meriah 🌙✨

Pelbagai juadah menarik disediakan dan ada yg dibawa
Secara potluck, menambahkan lagi kemeriahan majlis. Kehadiran ibu bapa dan murid-murid juga amat menggalakkan, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah dan komuniti.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan 💚

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌺PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM SK TUANKU FATIMAH👮🏻‍♀👩🏻‍🚒👩🏻‍✈️👩🏻‍🏭Satu perhimpunan ...
11/04/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌺

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM SK TUANKU FATIMAH👮🏻‍♀👩🏻‍🚒👩🏻‍✈️👩🏻‍🏭

Satu perhimpunan bulanan kokurikulum akan di adakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 13 APRIL 2026
Hari. : ISNIN
Masa : 7.35 PAGI
Tempat: DATARAN PERHIMPUNAN TuFaS
Badan Beruniform Bertugas : PANDU PUTERI TUNAS

📌Semua murid TAHUN 3,4,5 & 6 WAJIB memakai BAJU TSHIRT Badan Beruniform masing-masing.

**maklumat tambahan:**
Murid tahun 1 & 2 serta murid y tiada tshirt unit beruniform memakai tsh*t Kokurikulum pink*
Harap Maklum , Terima Kasih🌺

15/03/2026

Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran sempena Program ‘Ihya’ Ramadhan telah berlangsung dengan lancar pada Jumaat, 13 Mac 2026 bertempat di Dataran SK Tuanku Fatimah.

Majlis yang bermula seawal 7:40 pagi ini melibatkan murid-murid yang telah berjaya menamatkan bacaan Al-Quran sebagai salah satu pengisian bermakna sepanjang bulan Ramadhan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang terlibat atas kesungguhan dan usaha dalam mendalami bacaan Al-Quran. Terima kasih juga kepada semua guru serta pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Semoga program seperti ini dapat terus memupuk kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan murid serta memberi keberkatan kepada kita semua.



Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran sempena Program ‘Ihya’ Ramadhan telah berlangsung dengan lancar pada Jumaat, 13 Ma...
15/03/2026

Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran sempena Program ‘Ihya’ Ramadhan telah berlangsung dengan lancar pada Jumaat, 13 Mac 2026 bertempat di Dataran SK Tuanku Fatimah.

Majlis yang bermula seawal 7:40 pagi ini melibatkan murid-murid yang telah berjaya menamatkan bacaan Al-Quran sebagai salah satu pengisian bermakna sepanjang bulan Ramadhan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang terlibat atas kesungguhan dan usaha dalam mendalami bacaan Al-Quran. Terima kasih juga kepada semua guru serta pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Semoga program seperti ini dapat terus memupuk kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan murid serta memberi keberkatan kepada kita semua.



24/02/2026
✨ MAJLIS PELUNCURAN IHYĀ’ RAMADAN 1447H / 2026M ✨SK Tuanku FatimahAlhamdulillah, pada 23 Februari 2026 (5 Ramadan 1447H)...
23/02/2026

✨ MAJLIS PELUNCURAN IHYĀ’ RAMADAN 1447H / 2026M ✨
SK Tuanku Fatimah

Alhamdulillah, pada 23 Februari 2026 (5 Ramadan 1447H) telah berlangsung dengan jayanya Majlis Peluncuran Ihyā’ Ramadan bertempat di Dataran Perhimpunan, SK Tuanku Fatimah.

Majlis ini merupakan simbolik permulaan program-program sepanjang bulan Ramadan yang dianjurkan bagi menyemarakkan lagi penghayatan Ramadan dalam kalangan warga sekolah. Semoga segala aktiviti yang dirancang dapat mendidik hati, membentuk sahsiah dan meningkatkan amalan warga sekolah sepanjang bulan yang mulia ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada
Panitia Pendidikan Islam, Panitia Bahasa Arab dan Surau Al-Falah serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, keampunan dan rahmat buat kita semua. 🌙✨




Address

Kg Baharu
Bentong
28700

Telephone

092224440

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tuanku Fatimah Bentong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share