Kelab Kembara Sejarah Skm2

Kelab Kembara Sejarah Skm2 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Kembara Sejarah Skm2, Education, Bentong.

Senarai nama Kesultanan Melayu ini hanya tinggal sejarah berladungkan air mata dan darah...1.  Kesultanan Melayu Singapu...
21/09/2025

Senarai nama Kesultanan Melayu ini hanya tinggal sejarah berladungkan air mata dan darah...

1. Kesultanan Melayu Singapura (1299-1930an)
2. Kesultanan Melayu Melaka (1402-1511)
3. Kesultanan Melayu Sulu (1457–1917)
4. Kesultanan Melayu Patani (1516–1902)
5. Kesultanan Melayu Langkat (1568-1946)
6. Kesultanan Melayu Deli (1632-1946)
7. Kesultanan Melayu Serdang (1726-1946)
8. Kesultanan Melayu Asahan (1632-1946)
9. Kesultanan Melayu Siak Sri Inderapura (1723-1946)
10. Kesultanan Melayu Pelalawan (1725-1946)
11. Kesultanan Melayu Indragiri (1347-1963)
12. Kesultanan Melayu Jambi (1687-1904)
13. Kesultanan Melayu Pagaruyung (1347-1833)
14. Kesultanan Melayu Riau-Lingga (1824-1911)
15. Kesultanan Melayu Acheh (1496-1874)
16. Kesultanan Melayu Pontianak (1771-1950)
17. Kesultanan Melayu Banjar (1526-1860)
18. Kesultanan Melayu Kutai Kartanegara (1300-1960)
19. Kesultanan Melayu Bulungan (1731-1964)
20. Kesultanan Melayu Sambaliung (1810-1960)
21. Kesultanan Melayu Makassar (1512-1945)

Kesemua kesultanan Melayu di Nusantara di atas sudah runtuh. Sekarang hanya berbaki 10 kesultanan Melayu dengan institusi beraja paling lama bertakhta di Nusantara masih ada di Semenanjung Tanah Melayu yang sekarang dipanggil Semenanjung Malaysia.

Saguhati kuiz sejarah sempena Bulan Kebangsaan 2025 anjuran Pusat Kegiatan Kanak-Kanak Daerah Bentong.
09/09/2025

Saguhati kuiz sejarah sempena Bulan Kebangsaan 2025 anjuran Pusat Kegiatan Kanak-Kanak Daerah Bentong.

Pemenang tempat ketiga kuiz sejarah sempena Bulan Kebangsaan 2025 anjuran Pusat Kegiatan Kanak-Kanak Daerah Bentong.
09/09/2025

Pemenang tempat ketiga kuiz sejarah sempena Bulan Kebangsaan 2025 anjuran Pusat Kegiatan Kanak-Kanak Daerah Bentong.

Peta I Think ada 8Tajuk langkah - langkah ke arah pembentukan MalaysiaTahun 6 Amanah11.3.2025
11/03/2025

Peta I Think ada 8

Tajuk langkah - langkah ke arah pembentukan Malaysia

Tahun 6 Amanah

11.3.2025

Kuiz sempena Sambutan Bulan Kebangsaan(Aras Sekolah Rendah)Soalan 1:Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia?- A) Tun Abdul Ra...
10/09/2024

Kuiz sempena Sambutan Bulan Kebangsaan

(Aras Sekolah Rendah)

Soalan 1:
Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia?
- A) Tun Abdul Razak
- B) Tunku Abdul Rahman
- C) Tun Hussein Onn
- D) Tun Dr. Mahathir Mohamad

Soalan 2:
Pada tahun berapakah Malaysia mencapai kemerdekaan?
- A) 1955
- B) 1956
- C) 1957
- D) 1958

Soalan 3:
Apakah warna Jalur Gemilang?
- A) Merah, Putih, Biru, Kuning
- B) Hijau, Putih, Kuning, Biru
- C) Merah, Putih, Hijau, Kuning
- D) Biru, Hijau, Putih, Merah

Soalan 4:
Apakah lagu kebangsaan Malaysia?
- A) Negaraku
- B) Tanggal 31
- C) Jalur Gemilang
- D) Sejahtera Malaysia

Soalan 5:
Siapakah Yang di-Pertuan Agong pertama Malaysia?
- A) Sultan Abdul Halim
- B) Sultan Muhammad V
- C) Sultan Ismail Nasiruddin
- D) Tuanku Abdul Rahman

Soalan 6:
Berapakah jumlah jalur pada Jalur Gemilang?
- A) 11
- B) 12
- C) 13
- D) 14

Soalan 7:
Apakah maksud warna biru pada Jalur Gemilang?
- A) Keberanian
- B) Perpaduan
- C) Kesucian
- D) Kedaulatan

Soalan 8:
Negara manakah yang digabungkan dengan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963?
- A) Singapura, Sabah, Sarawak
- B) Sabah, Sarawak, Brunei
- C) Sabah, Sarawak, Indonesia
- D) Singapura, Sabah, Indonesia

Soalan 9:
Siapakah Perdana Menteri Malaysia ketika Malaysia dibentuk pada tahun 1963?
- A) Tun Abdul Razak
- B) Tunku Abdul Rahman
- C) Tun Dr. Ismail
- D) Tun Dr. Mahathir Mohamad

Soalan 10:
Apakah tema Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun 2024?
- A) Malaysia Prihatin
- B) Malaysia Bersih
- C) Malaysia Madani: Jiwa Merdeka
- D) Keluarga Malaysia

✅Contoh Aktiviti Bulan Kebangsaan
https://t.me/pendidik2u/10799

✅Banner, Sijil, Buku Program Sambutan
https://t.me/pendidik2u/10808

Ramai cikgu-cikgu tgh cari Set Merdeka utk persiapan bulan Kebangsaan. Set Merdeka 2024 ✔️ ✔️Buku Program ✔️Banner ✔️Bunting ✔️Sijil ✔️Canva Template ✔️Editable Dapatkan di sini : https://bbmsekolah.onpay.my/order/form/merdekaset/2

Mesyuarat Unit Sejarah Skm2 berkaitan PBD 2024/2025
02/09/2024

Mesyuarat Unit Sejarah Skm2 berkaitan PBD 2024/2025



Menderma sambil beramal
04/04/2024

Menderma sambil beramal

03/03/2024

☀️ MUSIM PANAS DAH DATANG ☀️

‼️ Jangan Dedahkan Diri Kepada Cuaca Panas Dalam Tempoh Yang Lama, Anda Berisiko Mengalami Kelesuan Haba dan Strok Haba ‼️

🛑 Segera Dapatkan Rawatan di Fasiliti Kesihatan Jika Tidak Sihat 🛑

Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

7 Fakta menarik tentang Menara Merdeka 118.1.Menara canggih yang memiliki 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu ...
18/01/2024

7 Fakta menarik tentang Menara Merdeka 118.

1.Menara canggih yang memiliki 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu adalah yang kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai (828 meter).

2. Reka bentuknya diilhamkan daripada detik penting dalam sejarah Malaysia. Bangunan ini diilhamkan oleh detik ikonik dalam sejarah Malaysia, apabila Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama Malaysia, mengangkat tangan dan melaungkan “Merdeka!” (Bebas) pada 31 Ogos 1957 (Hari Kebangsaan). Tapak berbentuk berlian juga direka menyerupai songket Melayu (tekstil tradisional yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan.

3. Nombor 118 di dalam nama Merdeka 118 melambangkan jumlah tingkat yang akan ada di menara tersebut. Dengan 118 tingkat, ia bakal menjadi bangunan pertama di Asia Tenggara yang mempunyai lebih daripada 100 tingkat.

4. Setelah dibina, sebuah dek pemerhatian ‘The View at 118’ disediakan bagi mereka yang ingin menikmati latar langit Kuala Lumpur yang indah. Ketinggian lantai pemerhatian ini juga akan menjadikannya platform tertinggi di Asia Tenggara.

5. Satu lagi ciri khas Merdeka 118 adalah lif tinggi yang akan menawarkan pengalaman yang amat unik. Lif diperbuat daripada kaca dan keluli, pengunjung akan dapat melihat pemandangan langit Kuala Lumpur sepanjang lif itu naik ke atas.

6. Terletak di lokasi strategik antara Jalan Maharajalela dan Jalan Hang J***t, Merdeka 118 mempunyai akses mudah ke rangkaian jalan utama termasuk Jalan Syed Putra, Jalan Pudu, Jalan Loke Yew, Jalan Hang Tuah, Jalan Tun Razak dan Jalan Tun Tan Cheng Lock.

7. Presint Merdeka 118 juga akan menampilkan sebuah muzium tekstil yang mengetengahkan tesktil dunia Melayu, pusat jagaan kanak-kanak serta Masjid Merdeka dengan kapasiti 3,000 jemaah.

Kredit foto: Twitter Skycrapers MY

Bangunan kedua tertinggi dunia Merdeka 118 dirasmikan! Harapnya, bukan setakat bangga. Tapi kita kena kerja keras untuk masa depan. Biar kena dengan simbol!

Kredit: Fahdi Ghazali

Address

Bentong
28600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Kembara Sejarah Skm2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kelab Kembara Sejarah Skm2:

Shortcuts

Share

Category