UBK SMAP Bentong

UBK SMAP Bentong Page ini akan memaparkan aktiviti2/ program yang dijalankan oleh UBK SUPERB dan info2 motivasi

04/03/2022

Peringatan,

Mohon UPUOnline Sekarang!

Tarik tutup 31 Mac 2022 Waktu Tutup Jam 5.00 petang/

Kegagalan mengemukakan permohonan akan menyebabkan tidak akan
dipertimbangkan untuk melanjutkan pengajian bagi Sesi Akademik 2022/2023
melalui UPUOnline ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti & Institusi Latihan Kemahiran Awam.

Hanya calon yang mengemukakan permohonan pada fasa permohonan sahaja boleh mengemaskini pada
fasa pengemaskinian.

Tiada permohonan baharu akan dibuka pada fasa pengemaskinian.

Permohonan boleh dibuat di laman web rasmi UPU :
https://upu.mohe.gov.my/

Permohonan UPUOnline Bagi Kemasukan Ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) & Institusi Latihan Kemahir...
01/03/2022

Permohonan UPUOnline Bagi Kemasukan Ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Sesi Akademik 2022/2023

Kategori permohonan lepasan SPM & STPM/Setaraf tertera di infografik

Pemohon boleh dibuat pada :

Dibuka 4 Februari 2022 Jam 12.00 tengah hari

Ditutup 31 Mac 2022 Jam 5.00 petang

Permohonan boleh dibuat di laman web rasmi :

https://upu.mohe.gov.my/

11/12/2021

Keputusan pemenang Karnival Kerjaya Zon Tengah 9-24 November 2021

Alhamdulillah..Tahniah buat anak2 SUPERB
atas kemenangan ini

1. Infografik men. Rendah
Tempat ke-5
Nur Jinan Jamaludin (2IS)

2. Tiktok Men. Rendah
Tempat ke- 3
Mohammad Darwisy Abrisam Bin Annis Falahain Nor (2IA)

3. Tiktok menengah atas
Tempat ke-5
Bazli Mustaqim bin Badrul Hisyam (4 IS)

4. Anyflip Kerjaya
Tempat ke-3
Nurul Iman Irdyna bt Fairul Hadi (4IA)
Fatin Amni bt Shahrom(4IN)
Nur Naimi Qaisara bt Mohd Norafizan(4IA)

Alhamdulillah

Program Kejurulatihan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Bestari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Zon Tengah.Tarikh: 0...
22/10/2021

Program Kejurulatihan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Bestari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Zon Tengah.

Tarikh: 04 hingga 23 Oktober 2021
Tempat: Secara dalam talian

Alhamdulillah, sudah hampir ke pengakhiran program pada hari Esok. SUPERB Dan SEMESTA diamanahkan sebagai tuan rumah bagi Kursus Kejurulatihan PRS tahun ini.

Terima kasih kepada Ybhg. Pengarah BPSBP, Pengetua SUPERB Dan SEMESTA atas sokongan Dan bimbingan yang diberikan,

Terima kasih tidak terhingga buat semua Guru Bimbingan Dan Kaunseling hebat SBP Zon Tengah, dan

Tahniah kepada anak-anak peserta PRS hebat SBP Zon tengah kerana berjaya menjalankan tugasan dan tanggungjawab dengan cemerlang. Semoga ilmu yang diperolehi dapat diguna sebaiknya di sekolah nanti dan pada masa hadapan.

Mohon maaf segala kekurangan kami sepanjang program berlangsung.

Alhamdulillah.. selesai program tranformasi diri Hari ini. Tahniah kepada semua ank2 PRS SUPERB, PRS Daerah bentong dan ...
17/09/2021

Alhamdulillah.. selesai program tranformasi diri Hari ini. Tahniah kepada semua ank2 PRS SUPERB, PRS Daerah bentong dan jutaan terima kasih buat semua AJK,semua guru MGKK Daerah Bentong yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Tidak lupa, Terima kasih Dan tahniah buat Anakanda aidit Irfan pelajar cemerlang SPM 12A SPM 2020 kerana menerima undangan Cikgu.
Tahniah!!

PROGRAM TRANSFORMASI DIRIAssalamualaikum wbt Salam SejahteraSukacita dimaklumkan bahawa Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SU...
16/09/2021

PROGRAM TRANSFORMASI DIRI

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SUPERB dengan kerjasama Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Daerah Bentong dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) Daerah Bentong akan mengadakan program di atas seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 17 September 2021
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 pagi hingga 11.30 pagi
Sasaran : Semua murid sekolah rendah dan menengah Daerah Bentong

Pautan YouTube PRS SUPERB :
🎥https://youtube.com/channel/UCXh3AH4xFJf4AWysNJP83bA

Pautan FB Live SMAP Bentong:
🎥https://www.facebook.com/212770052176891/posts/4312891115498077/

Tentatif program:
9.00 pagi :
Pembukaan Majlis dan bacaan doa
Slot 1-Forum Transformasi Diri

10.30 pagi:
Slot 2- game (yes or no)
Hadiah disediakan buat murid yang berjaya

11.00 pagi :
Slot 3- Tayangan video
(Jenis-jenis pelajar sekolah dalam mengurus diri)

11.15 pagi :
Ucapan Perasmian Penutup oleh Encik Ahmad Zaki bin Hussain, Timbalan Pegawai PPD Bentong, Bahagian Pengurusan Murid, PPD Bentong

11.30 pagi - Program dijangka selesai

🔊 e-sijil peringkat daerah disediakan kepada semua peserta yang mengikuti program dan hadiah kepada pemenang menanti anda.
(Pastikan anda mengisi link kehadiran yang akan dipaparkan semasa program)

🥇Jom transformasi diri.Pilihan di tangan anda!!

Jom sertai kami...

Sekian, terima kasih.





PROGRAM ZIARAH CAKNA (Amalan Guru Penyayang)TARIKH: 8-13 SEPTEMBER 2021MATLAMATMemperkukuhkan konsep sekolah penyayang d...
16/09/2021

PROGRAM ZIARAH CAKNA
(Amalan Guru Penyayang)

TARIKH: 8-13 SEPTEMBER 2021

MATLAMAT
Memperkukuhkan konsep sekolah penyayang dengan memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa.

OBJEKTIF
✅Mengenalpasti permasalahan sebenar pelajar yang tidak menghadiri kelas PDPR secara “online” dan melihat sendiri keadaan murid dan ibu bapa.
✅Menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang memerlukan
✅Menjalinkan ukhwah dengan keluarga murid untuk menujukkan empati dan keprihatinan pihak sekolah dengan masalah murid
✅Mengukuhkan nilai guru penyayang dengan saling bekerjasama antara guru dengan ibu bapa
✅Menaikkan semangat pelajar untuk hadir

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING,PENYELARAS TINGKATAN,UNIT HAL EHWAL MURID & PIBG
SM AGAMA PERSEKUTUAN BENTONG (SUPERB) 2021

Macam mana nak kekal rajin dan bersemangat dalam apa yang kita sedang usahakan?
27/07/2021

Macam mana nak kekal rajin dan bersemangat dalam apa yang kita sedang usahakan?

Program Saringan Minda sihat9-24 Ogos 2021
17/07/2021

Program Saringan Minda sihat
9-24 Ogos 2021

🗣🗣🔊🔊Program Jejak Gemilang bersama Alumni Predominate (SPM 2017)🗓Tarikh: 16 dan 17 Julai 2021     (Sabtu dan Ahad)Pengis...
17/07/2021

🗣🗣🔊🔊
Program Jejak Gemilang bersama Alumni Predominate (SPM 2017)

🗓Tarikh: 16 dan 17 Julai 2021
(Sabtu dan Ahad)

Pengisian:
1. Motivasional Talk- Call of Duty
En.Mohd Fazil Bin Hj.Yahaya

2. "Inspirational Talk"
Pelajar cemerlang SUPERB Batch Predominate (SPM 2017)
Muhammad Fariz BinZulzamrin
Universite de Technologie de Belfort Montbeliarde (UTBM)-Bidang Kejuruteraan Mekanikal

3. “Sharing Session: A Further Insight Into Higher Education”
Perkongsian 10 bidang kerjaya berikut:
👉Bidang Perakaunan
👉Bidang Pergigian
👉Bidang Perguruan
👉Bidang Sains Komputer
👉Bidang Undang-undang
👉Bidang Kejuruteraan
👉Bidang Sukan
👉Bidang Pengajian Islam
👉Bidang Farmasi
👉Bidang Perubatan

🏫Dikendalikan oleh ALUMNI PRS SPM 2017 dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling SUPERB/Jkuasa penyelarasan Program Alumni

Assalamualaikum W.B.T dan salam motivasi🤗Jom sertai Hari ini❗️❗️Program Jejak Gemilang Bersama AlumniVirtual Get-Togethe...
17/07/2021

Assalamualaikum W.B.T dan salam motivasi🤗

Jom sertai Hari ini❗️❗️

Program Jejak Gemilang Bersama Alumni
Virtual Get-Together with Predominate 1317

📆TARIKH: 17 Julai 2021 (Sabtu)
⏰MASA: 2.30 hingga 4.30 petang
Anjuran:
Alumni PRS SUPERB dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling SUPERB

SLOT 1
⏰2:30pm - 3:30pm:
"Motivational Talk" bersama penceramah jemputan: bekas Guru Kaunseling SUPERB
(En. Mohd Fazil Bin Hj Yahaya)

SLOT 2
⏰3:30pm - 4:30pm:
"Inspirational Talk" bersama bekas pelajar cemerlang SUPERB batch Predominate1317 (SPM2017)

Link youtube, program petang ini.Jom sama2 sertai.
👇👇👇👇👇👇👇

🌷Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.🌷Hi dan apa khabar adik-adik semua🤗 Kami harap adik-adik semua dalam keadaan yang sihat. Seperti adik-adik se...

Address

Bentong

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 12:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UBK SMAP Bentong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category