Sekolah Kebangsaan Janda Baik

Sekolah Kebangsaan Janda Baik Sekolah Kebangsaan Janda Baik official FB page.

Tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi SKJB atas kejayaan cemerlang menjadi johan Kejohanan MSSD Bentong! 🏆Setinggi-ting...
29/04/2026

Tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi SKJB atas kejayaan cemerlang menjadi johan Kejohanan MSSD Bentong! 🏆

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar atas sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi. Terima kasih juga kepada para jurulatih yang telah bertungkus-lumus melatih dan membimbing pasukan hingga mencapai kejayaan ini.

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu dari belakang tabir. Sokongan anda amat bermakna buat anak-anak ini.

Syabas dan tahniah kepada semua pemain atas semangat juang, disiplin dan kerja berpasukan yang hebat. Anda semua memang terbaik! 💪🔥

📲 Pelancaran Minggu ICT 📲Minggu ICT merupakan satu platform yang sangat penting dalam memperkenalkan murid kepada dunia ...
27/04/2026

📲 Pelancaran Minggu ICT 📲

Minggu ICT merupakan satu platform yang sangat penting dalam memperkenalkan murid kepada dunia teknologi yang semakin berkembang pesat. Melalui pendedahan ini, murid dapat meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi, berfikir secara kreatif, serta membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran era digital. Pengetahuan tentang ICT juga membantu murid menjadi lebih berdaya saing, celik maklumat, dan mampu menggunakan teknologi secara berhemah.

Sepanjang Minggu ICT, pelbagai pertandingan menarik disediakan untuk disertai oleh murid. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat mencungkil bakat serta potensi murid dalam bidang teknologi. Diharapkan semua murid dapat mengambil peluang ini untuk menyertai pertandingan dan menimba pengalaman yang bermakna.

🌟 SK Janda Baik | Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas ICT, Pengawas SPBT...
27/04/2026

🌟 SK Janda Baik | Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas ICT, Pengawas SPBT, Pengawas RMT, Pembimbing Rakan Sebaya Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas 🌟

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah dilantik sebagai pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas bagi sesi ini. Pelantikan ini bukan sahaja satu penghormatan, malah satu amanah besar yang perlu digalas dengan penuh tanggungjawab.

Semoga semua murid yang dilantik dapat menunjukkan sikap kerjasama yang tinggi dalam membantu guru serta rakan-rakan, di samping menjadi contoh teladan dari segi disiplin, sahsiah dan kepimpinan. Disiplin yang baik adalah kunci kepada kejayaan, manakala semangat bekerjasama mampu mewujudkan suasana sekolah yang harmoni dan cemerlang.

Diharapkan agar semua pemimpin muda ini dapat menjalankan tugas dengan dedikasi, berintegriti serta sentiasa berusaha menjadi yang terbaik demi kecemerlangan diri dan sekolah.

“Pemimpin Berdisiplin, Sekolah Gemilang” ✨

✨ PELANCARAN PROGRAM NILAM & TV PSS SKJB ✨  Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur telah berlangsungnya majlis pelancar...
09/04/2026

✨ PELANCARAN PROGRAM NILAM & TV PSS SKJB ✨

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur telah berlangsungnya majlis pelancaran Program NILAM dan TV PSS SKJB yang penuh bermakna dan meriah.

Program NILAM terus menjadi wadah penting dalam memupuk budaya membaca dalam kalangan murid, seterusnya melahirkan generasi yang berilmu, berfikiran kreatif dan berdaya saing. Pelancaran TV PSS p**a menjadi satu langkah ke hadapan dalam memperkasa penggunaan teknologi serta memberi ruang kepada murid untuk menonjolkan bakat dalam bidang komunikasi dan penyampaian maklumat.

Semoga dengan pelaksanaan kedua-dua program ini, warga SKJB akan terus cemerlang dalam akademik dan sahsiah, serta menjadikan membaca sebagai amalan harian.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

📚 Membaca Jambatan Ilmu, TV PSS Pemangkin Kreativiti! 🎥

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar yang telah berjaya menyatukan warga guru melalu...
03/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar yang telah berjaya menyatukan warga guru melalui aktiviti memasak menu Hari Raya yang penuh bermakna. Bermula daripada usaha mencari buluh untuk menyediakan lemang sehinggalah ke setiap persiapan memasak, semuanya jelas memperlihatkan semangat kerjasama dan muafakat yang utuh dalam kalangan guru.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak PIBG atas sokongan dan sumbangan yang diberikan. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Akhir sekali, sekalung penghargaan buat semua guru yang telah membanting tulang dari awal hingga ke akhir program. Komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan amatlah dihargai dan menjadi tunjang kejayaan program yang penuh bermakna ini.

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, warga SKJB bersama Program KMR melakar memori indah dalam sambutan Hari Raya ya...
03/04/2026

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, warga SKJB bersama Program KMR melakar memori indah dalam sambutan Hari Raya yang meriah dan bermakna. Dalam gemerlap baju tradisi dan tawa riang bersama rakan-rakan, terserlah keindahan ukhuwah yang terjalin erat di bumi sekolah tercinta ini.

Namun di sebalik kemeriahan Aidilfitri, terpancar juga sinar kemenjadian murid SKJB yang membanggakan. Walaupun diselubungi keseronokan beraya, semangat mereka terhadap bidang STEM tidak pernah luntur. Minat yang mendalam terhadap sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik jelas terpahat dalam jiwa, membuktikan bahawa keceriaan dan kecemerlangan mampu bergerak seiring.

Inilah generasi harapan yang bukan sahaja meraikan tradisi dengan penuh adab dan kegembiraan, tetapi juga terus melangkah maju dengan ilmu dan inovasi. Semoga semangat ini terus mekar, menjadikan SKJB sebagai taman ilmu yang melahirkan murid berdaya saing, kreatif dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Sambutan Hari Raya di SKJB  Syawal menjelma membawa sinar bahagia,  Takbir bergema menyentuh jiwa.  Di SKJB tercinta, ka...
03/04/2026

Sambutan Hari Raya di SKJB

Syawal menjelma membawa sinar bahagia,
Takbir bergema menyentuh jiwa.
Di SKJB tercinta, kami berkumpul bersama,
Menganyam kenangan indah penuh makna.

Warna-warni baju raya menghiasi laman,
Gelak tawa kawan-kawan menceriakan suasana.
Kuih muih terhidang, manisnya menggamit selera,
Namun lebih manis ukhuwah yang terjalin mesra.

Di sinilah kami belajar erti kebersamaan,
Saling bermaafan, mengeratkan persahabatan.
Hari Raya bukan sekadar perayaan,
Tetapi ruang menyemai kasih dan kegembiraan.

Terima kasih guru yang membimbing penuh kasih,
Mencipta detik indah yang takkan terpadam di hati.
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin,
Semoga kenangan ini kekal hingga ke akhir nanti.

PROGRAM SAINS, INOVASI TEKNOLOGI STI 100³SK JANDA BAIK TAHUN 2026Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan, pengeta...
12/02/2026

PROGRAM SAINS, INOVASI TEKNOLOGI STI 100³
SK JANDA BAIK TAHUN 2026

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan, pengetahuan, panduan dan kefahaman yang jelas kepada murid-murid tentang pelaksanaan Sains, Teknologi dan Inovasi STI 100³ di bawah Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI). Merupakan program yang memperkasakan budaya dan kemahiran STEM dalam dalam aktiviti pendidikan.

Tahniah diucapkan kepada semua pengawas yang telah menyertai Kem Pengawas SKJB. Semoga ilmu, pengalaman dan nilai kepimp...
09/02/2026

Tahniah diucapkan kepada semua pengawas yang telah menyertai Kem Pengawas SKJB. Semoga ilmu, pengalaman dan nilai kepimpinan yang diperoleh sepanjang kem ini dapat membentuk anda menjadi pengawas yang lebih berdisiplin, berwibawa dan menjadi contoh teladan kepada seluruh warga sekolah. Teruskan berbakti dengan penuh semangat dan integriti.

Majlis Penutupan Transisi Tahun 1Semoga murid Tahun 1 dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di sekolah ren...
09/02/2026

Majlis Penutupan Transisi Tahun 1

Semoga murid Tahun 1 dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di sekolah rendah, menjadi murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan sentiasa bersemangat untuk belajar

Tahniah diucapkan kepada murid SKJB yang telah berjaya memperoleh dua (2) pingat sempena Kejohanan Merentas Desa MSSD. K...
09/02/2026

Tahniah diucapkan kepada murid SKJB yang telah berjaya memperoleh dua (2) pingat sempena Kejohanan Merentas Desa MSSD. Kejayaan ini amat membanggakan seluruh warga sekolah. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melatih, membimbing serta memberi sokongan kepada para atlet hingga mencapai kejayaan ini.

Address

Bentong
28750

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Janda Baik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Janda Baik:

Shortcuts

Share

Category