07/08/2026
Sukacita dimaklumkan kejayaan ahli Kadet Bomba dan Penyelamat Daerah Bentong dalam Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Negeri yang telah berlangsung pada 4 hingga 6 Ogos 2026 di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah. Untuk makluman, perkhemahan ini telah disertai oleh wakil daripada lapan (8) daerah.
4 orang pelajar MRSM Bentong telah terpilih mewakili kontinjen Kadet Bomba dan Penyelamat Daerah Bentong. Berikut merupakan kejayaan pasukan daerah Bentong yang melibatkan pelajar kita :
๐ Aspec Challenge โ Naib Johan
Arissa Mirza (4IB)
Raja Puteri Hanis (4IH)
๐ Kawad Operasi Basah โ Tempat Ketiga
Arissa Mirza (4IB)
Raja Puteri Hanis (4IH)
๐ Kawad Kaki โ Tempat Keempat
Arissa Mirza (4IB)
Raja Puteri Hanis (4IH)
Anaqi Khair (4IQ)
Haqim Danish (4IQ)
๐ Ikatan & Simpulan โ Tempat Keempat
Anaqi Khair (4IQ)
Haqim Danish (4IQ)
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan pihak pengurusan sekolah, jurulatih serta guru-guru pengiring atas segala bimbingan, sokongan dan komitmen yang telah diberikan sepanjang perkhemahan ini.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta atas pencapaian yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mencipta lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.