Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi - SRITI Al-Abrar

Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi - SRITI Al-Abrar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi - SRITI Al-Abrar, Education Website, Jalan Madrasah, Kampung Tambai, Batu 4, Jalan Bentong-Kuala Lumpur, Bentong.

01/03/2026

Tahniah kepada semua murid Tahun 6 SRITI Al-Abrar 2025 yang telah berjaya mendapat tempat di pelbagai sekolah menengah pilihan. Semoga terus melakar kecemerlangan di dunia dan akhirat🤲🏻

Keputusan UPKK SRITI Al- Abrar Tahun 2025✨Tahniah kepada semua murid yang cemerlang👏🏻Usaha gigih, doa, dan kesungguhan k...
26/02/2026

Keputusan UPKK SRITI Al- Abrar Tahun 2025✨

Tahniah kepada semua murid yang cemerlang👏🏻
Usaha gigih, doa, dan kesungguhan kalian membuahkan hasil. Semoga kejayaan ini menjadi asbab untuk terus berusaha mencapai impian dunia dan akhirat🤲🏻

Setiap pengalaman adalah peluang untuk belajar dan bangkit semula. Teruskan usaha, banyakkan doa, dan yakin bahawa Allah bersama hamba-Nya yang sabar dan berusaha. Seperti firman Allah:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah Ar-Ra’d, 13:11)

Tidak lupa juga penghargaan yang tidak terhingga kepada ibu bapa dan guru-guru yang sentiasa memberi sokongan, tunjuk ajar, dan doa tanpa henti. Kejayaan murid tidak lengkap tanpa kasih sayang dan bimbingan kalian. 🌹

“Membina Generasi Rabbani Murabbi”
“Hafiz, Dai, Faqih, Soleh, Ditarbiyah Untuk Mentarbiyah”



23/02/2026

Alhamdulillah, terus istiqamah bersama al-Quran🤲🏻

🌙 Salam Ramadan Al-Mubarak 1447Hبِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ    Rasulullah SAW bersabda:“Apabila tiba bulan Ra...
18/02/2026

🌙 Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila tiba bulan Ramadan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan.”
(Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Alhamdulillah, Allah SWT sekali lagi mengurniakan kepada kita bulan yang penuh rahmat, maghfirah dan pembebasan daripada api neraka.

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua murid, ibu bapa dan warga pendidik. Semoga Ramadan ini menjadi medan tazkiyatun nafs, menyucikan hati, memperkukuhkan iman serta mendidik kita menjadi hamba yang lebih taat dan bertakwa.

✨ Nantikan program-program pengisian rohani sepanjang bulan yang mulia ini.

اللهم بلغنا رمضان وتقبل منا صالح الأعمال

Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita.

“Membina Generasi Rabbani Murabbi”
“Hafiz, Dai, Faqih, Soleh, Ditarbiyah Untuk Mentarbiyah”



Perasmian Program Ihya’ Ramadan✨Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Majlis Perasmian Program Ihya’ Ramadan tela...
13/02/2026

Perasmian Program Ihya’ Ramadan✨

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Majlis Perasmian Program Ihya’ Ramadan telah berjaya dilaksanakan dengan ringkas dan penuh barakah.

Majlis diteruskan dengan perkongsian peringatan menjelang Ramadan sebagai persediaan rohani buat murid-murid agar lebih bersedia menyambut bulan mulia ini dengan hati yang bersih dan semangat beribadah.

Turut diedarkan Checklist Amalan Ramadhan sebagai panduan untuk membantu murid istiqamah melaksanakan ibadah harian seperti solat, puasa, membaca al-Quran dan amalan kebaikan sepanjang Ramadhan.

Lebih bermakna, program ini diserikan dengan perkongsian rezeki daripada ibu bapa yang menyumbang makanan dan juadah untuk dinikmati bersama murid-murid. Terima kasih atas perkongsian rezeki. Semoga setiap pemberian yang ikhlas ini membawa kegembiraan kepada anak-anak dan menjadi amal jariah yang berpanjangan buat semua.

“Membina Generasi Rabbani Murabbi”
“Hafiz, Dai, Faqih, Soleh, Ditarbiyah Untuk Mentarbiyah”



PENUTUPAN MAJLIS SYAHRUL ILMI WAL ADAB ( SIWA) | 5/2/2026Alhamdulillah, telah selesai Majlis Penutupan Syahrul Ilmi wal ...
07/02/2026

PENUTUPAN MAJLIS SYAHRUL ILMI WAL ADAB ( SIWA) | 5/2/2026

Alhamdulillah, telah selesai Majlis Penutupan Syahrul Ilmi wal Adab (SIWA) bagi murid Tahun 1 2026.

Majlis diteruskan dengan penyerahan sijil dan cenderahati kepada semua murid sebagai tanda penghargaan atas penyertaan sepanjang program. Turut disampaikan Anugerah Murid Aktif kepada murid yang menunjukkan komitmen dan penglibatan terbaik.

Tahniah kepada semua murid atas usaha dan semangat yang ditunjukkan. Semoga segala ilmu dan adab yang dipelajari memberi manfaat serta diamalkan dalam kehidupan seharian.🥰

“Membina Generasi Rabbani dan Murabbi”
“Hafiz, Dai, Faqih, Soleh, Ditarbiyah Untuk Mentarbiyah”



MINGGU ORIENTASI SRITI AL- ABRAR 2026 |12/1/26 |Pelbagai aktiviti transisi telah dijalankan pada hari pertama minggu per...
12/01/2026

MINGGU ORIENTASI SRITI AL- ABRAR 2026 |12/1/26 |

Pelbagai aktiviti transisi telah dijalankan pada hari pertama minggu pertama SIWA dan banyak lagi aktiviti bakal menyusul.🤩

Semoga murid- murid tahun 1 terus bersemangat dan dipermudahkan untuk menyesuaikan diri dengan sekolah yang baru, persekitaran baru dan kawan baru.

Tidak lupa juga kepada tahun- tahun lain (senior) diharap sentiasa menjadi contoh yang baik kepada adik- adik dengan menolong dan membimbing mereka kearah kebaikan❤️

“Membina Generasi Rabbani Murabbi”
"Hafiz, Daie, Faqeh, Soleh, Ditarbiyah Untuk Mentarbiyah"

📚✨ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨📚  Sabda Rasulullah ﷺ:  "Barang siapa menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, ...
11/01/2026

📚✨ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨📚

Sabda Rasulullah ﷺ:
"Barang siapa menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga."
[Riwayat Muslim (4867)]

Alhamdulillah, tirai sesi persekolahan 2026 dibuka!

Kami mengalu-alukan kehadiran semula semua murid ke SRITI Al-Abrar, Bentong dengan penuh semangat, ceria dan azam baru!

📖 Semoga langkahmu hari ini membawa keberkatan,
🕌 Adabmu membawa cahaya iman,
👨‍🏫 Dan ilmu yang ditimba menjadi bekal kejayaan dunia & akhirat.

Mari kita bina kembali rutin ilmu dengan tekun, penuh disiplin dan kesungguhan.





LIVE UPDATE: Hari Pendaftaran Sesi 2026! Langkah pertama menuju fasa baharu. 💪📚"Hafiz, Dai, Faqih, Soleh, Ditarbiyah unt...
10/01/2026

LIVE UPDATE: Hari Pendaftaran Sesi 2026! Langkah pertama menuju fasa baharu. 💪📚

"Hafiz, Dai, Faqih, Soleh, Ditarbiyah untuk Mentarbiyah"

Address

Jalan Madrasah, Kampung Tambai, Batu 4, Jalan Bentong-Kuala Lumpur
Bentong
28700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00

Telephone

+60145034996

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi - SRITI Al-Abrar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi - SRITI Al-Abrar:

Shortcuts

Share