SMK Seri Pelangai - Rasmi

SMK Seri Pelangai - Rasmi Album Digital SPell: http://bit.ly/digalbumSPELL

10/04/2026

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang menjadi tulang belakang kepada kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2025 yang diumumkan Isnin lalu.

Kejayaan yang diraih ini adalah hasil kesungguhan, kesabaran serta keikhlasan para guru dalam mendidik dan membimbing anak-anak kita tanpa jemu.

Peranan guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membentuk nilai, membina jati diri dan menyemai harapan masa depan anak-anak bangsa.

Dalam setiap kejayaan pelajar, terselit pengorbanan besar seorang guru yang bekerja di belakang tabir.

Semoga momentum kecemerlangan ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan pada masa hadapan.

Pahang1st: Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan




03/04/2026
INFO PIBG 2026Mesyuarat Agung PIBG SMKSP kali ke 50 yang akan berlangsung Ahad ini bukan sahaja menghimpunkan hadiah-had...
03/04/2026

INFO PIBG 2026

Mesyuarat Agung PIBG SMKSP kali ke 50 yang akan berlangsung Ahad ini bukan sahaja menghimpunkan hadiah-hadiah cabutan bertuah yang menarik, tetapi kami warga SMKSP mengharapkan kehadiran yang luar biasa dari pihak ibubapa supaya dapat menjadikan mesyuarat kali ini jambatan kerjasama yang kukuh antara sekolah dan ibu bapa,tidak lain tidak bukan juga, untuk anak2 SPELL yang dikasihi serta disayangi.

Jemput hadir tuan puan yang dihormati.
Jumpa nanti !

Ramadan Kareem, Ramadan Mubarak”📅 Tarikh: 1 Ramadan 1447H🕌 Bulan Penuh Keberkatan & KeampunanSMK SERI PELANGAIdengan pen...
19/02/2026

Ramadan Kareem, Ramadan Mubarak”
📅 Tarikh: 1 Ramadan 1447H
🕌 Bulan Penuh Keberkatan & Keampunan

SMK SERI PELANGAI
dengan penuh takzim mengucapkan
🌙 Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 🌙
Ramadan 1447H / 2026M
Semoga Ramadan yang mulia ini membawa keberkatan,
keampunan dan rahmat kepada seluruh umat Islam dan seluruh warga sekolah
serta dipermudahkan segala urusan dalam meningkatkan
amal ibadah dan ketakwaan kepada Allah SWT.

"Eh, minggu depan dah cuti raya Cina. Kemudian dah masuk bulan puasa."Kadangkala kita tertanya-tanya, kenapa masa terasa...
11/02/2026

"Eh, minggu depan dah cuti raya Cina. Kemudian dah masuk bulan puasa."

Kadangkala kita tertanya-tanya, kenapa masa terasa berbeza.
Bulan Januari terasa panjang dan lambat, tetapi masuk sahaja Februari, kita mula rasa masa berlalu begitu cepat. Hakikatnya, bukan masa yang berubah namun cara kita mengingati hidup itulah yang berubah.

Bayangkan hidup kita seperti satu perjalanan jauh.

Jika sepanjang perjalanan itu kita melalui banyak simpang, berhenti di beberapa tempat, melihat pemandangan berbeza dan sempat merakam gambar. Maka perjalanan itu akan terasa panjang apabila kita imbas kembali.

Setiap hentian menjadi penanda dalam ingatan. Namun, jika perjalanan itu hanya melalui satu jalan lurus, pemandangannya sama, tiada hentian, dan tiada momen istimewa untuk diingati, apabila sampai ke destinasi kita akan berkata, “Eh, cepatnya sampai.”

Bukan kerana jaraknya pendek, tetapi kerana tiada penanda yang ditinggalkan dalam ingatan.
Begitulah juga dengan masa dalam hidup kita.

Bulan Januari selalunya penuh dengan perubahan iaitu tentang rutin baru, sasaran baru, dan harapan baru. Banyak perkara yang berlaku, lalu otak menyimpan lebih banyak memori. Sebab itu Januari terasa panjang dan perlahan.

Masuk saja bulan Februari ini, kehidupan mula stabil. Rutin menjadi berulang, hari-hari dilalui secara automatik. Kurang perkara baru yang benar-benar melekat dalam ingatan. Lalu masa pun terasa cepat.

Sebenarnya, masa terasa cepat bukan kerana kita sibuk, tetapi kerana hidup kita terlalu berulang. Bila setiap hari hampir sama, otak tidak mempunyai banyak perkara untuk diingati.

Maka,jika kita tidak mahu hidup terasa berlalu begitu sahaja, kita perlu mencipta penanda. Tidak perlu perkara besar.

Cukup dengan pengalaman kecil yang bermakna seperti belajar sesuatu yang baru, berbual dengan niat, berhenti seketika untuk refleksi, atau melakukan rutin dengan cara yang berbeza.

Kerana akhirnya,bukan masa yang laju, tetapi memori yang semakin kurang. Hidup yang bermakna ialah hidup yang meninggalkan penanda dalam ingatan.
Setuju ke setuju?



Credit:Phm

Program pada Hari Ini.
18/01/2026

Program pada Hari Ini.

JUMAAT19 DISEMBER 2025
19/12/2025

JUMAAT
19 DISEMBER 2025

Aktiviti PASCA UASA PASA SMK SERI PELANGAIANJURAN UNIT BINA INSAN, UNIT HAL EHWAL MURID SMK SERI PELANGAI
04/12/2025

Aktiviti PASCA UASA PASA SMK SERI PELANGAI
ANJURAN UNIT BINA INSAN, UNIT HAL EHWAL MURID
SMK SERI PELANGAI

Selamat Menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2025Ujian Bertutur B...
03/11/2025

Selamat Menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2025

Ujian Bertutur Bahasa Melayu
03-06 November 2025

Ujian Bertutur Bahasa Inggeris
10-13 November 2025

Ujian Amali Sains
17 - 19 November 2025

Ujian Mendengar Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
20 November 2025

Peperiksaan Bertulis SPM
25 November 2025 - 23 Disember 2025

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon SPM SMK Seri Pelangsi Tahun 2025.
Doa kami mengiringi anda untuk kejayaan yang cemerlang.

Address

SMK Seri Pelangai
Bentong
28740

Opening Hours

Monday 09:00 - 14:30
Tuesday 09:00 - 14:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 07:30 - 14:30
Friday 07:30 - 12:00

Telephone

+6092391141

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Seri Pelangai - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category