Perpustakaan Awam Daerah Bentong

Perpustakaan Awam Daerah Bentong PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH BENTONG
Kg. Baru, Bentong

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera warga Bentong,Harap maaf, dimaklumkan bahawa talian telefon rasmi  Perpustakaan Aw...
24/07/2026

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera warga Bentong,

Harap maaf, dimaklumkan bahawa talian telefon rasmi Perpustakaan Awam Daerah Bentong (09-222233) sedang mengalami gangguan teknikal buat sementara waktu dan tidak dapat dihubungi.

Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sedang dijalankan bagi mengembalikan perkhidmatan seperti biasa dengan kadar segera.

Sebarang pertanyaan atau urusan rasmi, tuan/puan boleh menghubungi kami menerusi:

Mesej / DM Direct Facebook: Perpustakaan Awam Daerah Bentong

E-mel: [email protected]

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Terima kasih atas keprihatinan dan kesabaran anda! πŸ™βœ¨

AKTIVITI MAYA PAD BENTONGKUIZ TEKA-TEKI BERTEMAKAN KESIHATAN22.7.2026 / RabuSila jawab soalan yang telah diberikan di ru...
22/07/2026

AKTIVITI MAYA PAD BENTONG
KUIZ TEKA-TEKI BERTEMAKAN KESIHATAN

22.7.2026 / Rabu

Sila jawab soalan yang telah diberikan di ruang komen dan like serta ikuti kami di Facebook, pemenang yang dijawab dengan betul akan dihubungi, Terima kasih!

Jom bersama-sama kita menjawab soalan kuiz seperti gambar di bawah. Selamat mencuba!

πŸŽ‰ SELESAI SUDAH SUKANEKA PAD BENTONG 2026! πŸŽ‰Terima kasih kepada semua warga Bentong yang telah menjayakan Sukaneka pada ...
22/07/2026

πŸŽ‰ SELESAI SUDAH SUKANEKA PAD BENTONG 2026! πŸŽ‰

Terima kasih kepada semua warga Bentong yang telah menjayakan Sukaneka pada 18 Julai 2026 di Perpustakaan Awam Daerah Bentong!

Daripada aksi berdebar masa acara Masuk Benang dalam Jarum, hinggalah riuh-rendah acara Kerusi Berirama dan Perah Span Basah, kesemua acara berjalan dengan sangat meriah dan penuh semangat kemasyarakatan. πŸ†βœ¨

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, dan syabas kepada semua peserta yang menunjukkan semangat s**an yang tinggi! πŸ…

Semoga ukhuwah dan silaturahim antara warga komuniti dan pihak perpustakaan terus terjalin erat. Jangan lupa untuk terus menyokong pelbagai aktiviti menarik di PAD Bentong pada masa akan datang!

Sila semak album ini untuk melihat koleksi gambar menarik sepanjang program! Mana satu aksi paling sporting pilihan anda? πŸ“ΈπŸ‘‡

[SUKANEKA GENERASI MEMBACA PAD BENTONG 2026] πŸƒβ€β™‚οΈπŸ’¨Siapa kata pergi perpustakaan cuma boleh baca buku je? Kali ini, kita ...
08/07/2026

[SUKANEKA GENERASI MEMBACA PAD BENTONG 2026] πŸƒβ€β™‚οΈπŸ’¨

Siapa kata pergi perpustakaan cuma boleh baca buku je? Kali ini, kita kasi gegar sikit dengan aktiviti fizikal yang penuh gelak tawa!

Jom ramai-ramai meriahkan Sukaneka Generasi Membaca yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ayuh uji ketangkasan, fokus dan kesabaran anda dalam acara-acara klasik yang pastinya menggamit memori:

🧡 Uji Fokus: Masuk Benang dalam Jarum (Sila bawa mata yang tajam ya! πŸ€“)
🎳 Uji Ketepatan: Boling Kampung (Guna kelapa/botol, rupa klasik tapi impak maksima!)
πŸͺ‘ Uji Kepantasan: Kerusi Berirama (Siapa cepat, dia duduk. Jangan berebut tau!)
🧴 Uji Kerjasama & Ketangkasan: Perah Span Basah & Isi dalam Botol (Sesuai untuk sejukkan badan!)

Catat tarikh penting ini pada kalendar anda:
πŸ“… Tarikh: 18 Julai 2026 (Sabtu)
Masa: 9:00 am - 1:00 pm
πŸ“ Tempat: Perpustakaan Awam Daerah Bentong
πŸ‘₯ Siapa yang patut hadir? Anda semua! Bawa keluarga, jiran tetangga, dan kawan-kawan.

Mari kita sihatkan badan, cerdaskan minda, dan eratkan silaturahim sesama komuniti Bentong. Jumpa di sana! πŸ‘‹βœ¨

πŸ“Έ THROWBACK: SEKITAR HARI BERTEMU PELANGGAN MPB BERSAMA KOMUNITI KARAK 🌟Terima kasih warga Karak! πŸ₯°πŸ‘‹Alhamdulillah, pada ...
04/07/2026

πŸ“Έ THROWBACK: SEKITAR HARI BERTEMU PELANGGAN MPB BERSAMA KOMUNITI KARAK 🌟

Terima kasih warga Karak! πŸ₯°πŸ‘‹

Alhamdulillah, pada Sabtu minggu lepas (28 Jun 2026), Perpustakaan Awam Daerah Bentong telah turut serta dalam program Hari Bertemu Pelanggan MPB Bersama Komuniti Karak.

Seronok sangat dapat berjumpa, beramah mesra, dan mendengar maklum balas serta cadangan membina daripada anda semua secara bersemuka!

Antara momen menarik sepanjang program:

Ramai wajah baharu yang mendaftar sebagai ahli perpustakaan kita (Welcome to the family! πŸŽ‰)

Kemeriahan adik-adik Karak yang singgah ke booth kami untuk aktiviti santai.

Pihak Perpustakaan Awam Daerah Bentong ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Perbandaran Bentong (MPB) atas penganjuran ini, dan sudah tentu kepada seluruh komuniti Karak yang hadir memeriahkan kaunter kami.

Insya-Allah, ada umur yang panjang kita jumpa lagi di program akan datang. Sila kongsikan gambar anda di booth kami kalau ada dalam ruangan komen di bawah! πŸ‘‡πŸ‘‡

[ APA YANG ANDA NAK DI PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG? πŸ€”πŸ’­ ]Kami sentiasa cuba berikan yang terbaik untuk semua pengunjung dari...
03/07/2026

[ APA YANG ANDA NAK DI PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG? πŸ€”πŸ’­ ]

Kami sentiasa cuba berikan yang terbaik untuk semua pengunjung dari adik-adik kecil sehinggalah ke golongan dewasa. Tapi, kami tahu mesti ada ruang yang boleh kami perbaiki lagi.

Jom kongsikan pandangan anda dalam Kajian Kepuasan Pelanggan Perpustakaan Awam Pahang. Kongsikan apa yang anda s**a dan apa yang anda harap kami boleh tambah baik di masa hadapan.

πŸ“Œ Scan QR yang tertera di poster ini atau boleh tekan ke link ini: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc8DfE1j1m8WTJD_UGcoLa5_G8aC5kM7fegF4rbqfhogIT83w/viewform

Dah selesai isi? Cuba drop komen "DONE" kat bawah! πŸ‘‡

πŸ“šβœ¨ LAWATAN SAMBIL BELAJAR TABIKA PERPADUAN KG. KETARI KE PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH BENTONG βœ¨πŸ“šPada 10 Jun 2026, Perpustaka...
18/06/2026

πŸ“šβœ¨ LAWATAN SAMBIL BELAJAR TABIKA PERPADUAN KG. KETARI KE PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH BENTONG βœ¨πŸ“š

Pada 10 Jun 2026, Perpustakaan Awam Daerah Bentong telah menerima kunjungan istimewa daripada murid-murid dan guru-guru Tabika Perpaduan Kg. Ketari, Bentong dalam program Lawatan Sambil Belajar.

Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang mengenali kemudahan yang disediakan di perpustakaan, meneroka pelbagai koleksi bahan bacaan serta menyertai aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat. Kehadiran mereka telah menceriakan suasana perpustakaan dengan semangat ingin tahu dan keceriaan yang luar biasa.

Semoga lawatan ini dapat menyemai minat membaca dan memupuk budaya ilmu dalam kalangan anak-anak sejak usia muda. Terima kasih kepada Tabika Perpaduan Kg. Ketari atas kunjungan yang bermakna ini. Kami berharap dapat bertemu lagi pada masa akan datang!

πŸ“– "Membaca Jambatan Ilmu"






πŸ“šβœ¨ PERTANDINGAN RUANG BACAAN KELUARGA 2026 βœ¨πŸ“šRumah bukan sekadar tempat berteduh…tetapi juga tempat lahirnya budaya memb...
09/06/2026

πŸ“šβœ¨ PERTANDINGAN RUANG BACAAN KELUARGA 2026 βœ¨πŸ“š

Rumah bukan sekadar tempat berteduh…
tetapi juga tempat lahirnya budaya membaca, ilmu dan kasih sayang keluarga ❀️

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) menjemput seluruh rakyat Negeri Pahang untuk menyertai Pertandingan Ruang Bacaan Keluarga 2026 Peringkat Negeri Pahang πŸ‘πŸ“–

πŸ’‘ Serlahkan kreativiti anda dalam mewujudkan sudut bacaan yang selesa, ceria dan penuh inspirasi untuk seisi keluarga!

πŸ“Œ Kategori Penyertaan:
🏠 Rumah Bertanah
🏒 Kediaman Bertingkat
🌿 Rumah Kampung

πŸ—“οΈ Tarikh Tutup Penyertaan:
πŸ“ 20 Julai 2026

🎁 Menarik untuk disertai & berpeluang menjadi inspirasi kepada komuniti dalam memupuk budaya membaca di rumah!

πŸ“² Imbas QR Code pada poster untuk syarat penyertaan dan pendaftaran.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
πŸ“ž Puan Rohaida – 019-931 7967
πŸ“ž Cik Soraya – 010-2268683

🌐 Layari:
Portal Rasmi PPAPοΏΌ








Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.MAKLUMAN Perkhidmatan perpustakaan akan DITUTUP pada 2 Jun 2026 (Selasa) sempena...
29/05/2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

MAKLUMAN

Perkhidmatan perpustakaan akan DITUTUP pada 2 Jun 2026 (Selasa) sempena cuti ganti Hari Wesak / Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Perkhidmatan akan kembali beroperasi pada 3 Jun 2026 (Rabu).

Terima kasih.





πŸ“Έ Sorotan Aktiviti: Lawatan Sambil Belajar Tabika Indah Cahaya Pintar BentongPerpustakaan bukan sekadar tempat membaca b...
29/05/2026

πŸ“Έ Sorotan Aktiviti: Lawatan Sambil Belajar Tabika Indah Cahaya Pintar Bentong

Perpustakaan bukan sekadar tempat membaca buku, tetapi hub untuk mencungkil bakat dan kreativiti anak-anak sejak awal lagi! 🌟

Hari ini kami menerima kunjungan istimewa daripada rombongan Tabika Indah Cahaya Pintar Bentong. Antara aktiviti menarik yang mereka lakukan:

βœ‚οΈ Sesi Kraf Kreatif: Menghasilkan seni kreatif menggunakan felt craft art.
🐯 Sesi Interaktif: Permainan teka bunyi haiwan yang sangat mencuit hati dan penuh gelak tawa.

Terima kasih daun keladi, ada masa jemput datang lagi! πŸ“–βœ¨

Address

Kampung Baru
Bentong
28700

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:00
14:30 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+6092222233

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Awam Daerah Bentong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Perpustakaan Awam Daerah Bentong:

Shortcuts

Share