16/12/2025
Assalammualaikum,
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah Majlis Apresiasi Bestari 2025 telah berlangsung pada hari Sabtu, 13 Disember 2025.
Terima kasih tidak terhingga pihak tadika ucapkan kepada ibubapa yang telah hadir meraikan pencapaian dan usah anak-anak Tadika Hud Hud Bestari sepanjang tahun 2025.
Walaupun ruang di tadika agak terhad, namun timbang rasa dan kerjasama daripada ibubapa amat kami hargai!🥰🤝
Buat murid-murid 6 tahun yang telah bergraduasi, we will miss you. Juga, kepada murid-murid yang masih bersama Hud Hud Bestari di tahun 2026, Insyallah kita melangkah dengan semangat dengan pengisian yang lebih menyeronokkan!🤩