SRA JAIM AYER PANAS

SRA JAIM AYER PANAS Sekolah Rendah Agama JAIM Ayer Panas
77200 , Bemban , Melaka. sebarang pertanyaan atau cadangan boleh disuarakan melalui email sek [email protected]

30/01/2026
‎🌻Assalamualaikum w.b.t🌻Makluman kepada semua ibubapa/penjaga:✍🏻 PEMBAYARAN YURAN TAHUNAN SEKOLAH, PERALATAN DAN KEPERLU...
01/01/2026

‎🌻Assalamualaikum w.b.t🌻
Makluman kepada semua ibubapa/penjaga:

✍🏻 PEMBAYARAN YURAN TAHUNAN SEKOLAH, PERALATAN DAN KEPERLUAN PELAJAR TAHUN 2026

🌺 SRA JAIM AYER PANAS🌺
———————————————
📆TARIKH : 7- 9JAN 2026
(RABU - JUMAAT)

⏰MASA : 9.00 PAGI - 12 TENGAHARI

🏫TEMPAT : SRA JAIM AYER PANAS

🌺Sila hadir pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan seperti di atas untuk memudahkan urusan supaya tidak berlaku kesesakan pada minggu pertama persekolahan bermula.

🌺Bawa bersama wang kecil untuk kemudahan urusan semasa proses pembayaran yuran.

🌺Dokumen yang perlu dibawa (bagi yang belum hantar sahaja) :
PENDAFTARAN TAHUN 1 & PELAJAR BARU
👉🏻1 Salinan sijil kelahiran pelajar
👉🏻 1 Salinan MYKID pelajar
👉🏻 2 keping gambar ukuran passport (tulis nama penuh pelajar dibelakang gambar)
👉🏻 1 Salinan i/c bapa
👉🏻 1 Salinan i/c ibu
👉🏻 1 Salinan slip gaji terkini
👉🏻 1 Salinan Bil Utiliti terkini

PENDAFTARAN TAHUN 5
(Calon UPKK TAHUN 5 2026)
👉🏻1 Salinan sijil kelahiran
👉🏻2 keping gambar berukuran passport (gambar terkini, tulis nama penuh pelajar di belakang gambar)

✳️Yuran di atas tidak termasuk bayaran;
📌PIBG (RM50/KELUARGA)
📌UPKK (RM50 utk tahun 5 shj),
📌Program pemantapan sahsiah (RM30 tahun 6 shj)
📌T-shirt identiti sekolah (RM28 Tahun 1 & murid baharu)

Segala kerjasama dari pihak tuan/puan amat kami hargai.
Sekian,
Harap maklum & Terima kasih🌺

Sebarang pertanyaan boleh telefon sekolah 065218078 📞☎️📞☎️

Assalamualaikum w.b.tMakluman kepada ibubapa/penjaga yang mempunyai  anak yang lahir pada 2 Jan 2019 hingga 1 Jan 2020, ...
17/03/2025

Assalamualaikum w.b.t

Makluman kepada ibubapa/penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada 2 Jan 2019 hingga 1 Jan 2020, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Tahun 1 SRA JAIM bagi sesi persekolahan 2026 mulai 1 April 2025 hingga 31 Oktober 2025 di pautan di bawah

https://iems.melaka.gov.my

Assalamualaikum w.b.tPerhatian kepada ibubapa/penjaga murid Tahun 1 sesi 2025, anda diminta untuk mengimbas  QR Code di ...
11/12/2024

Assalamualaikum w.b.t

Perhatian kepada ibubapa/penjaga murid Tahun 1 sesi 2025, anda diminta untuk mengimbas QR Code di bawah ini untuk mengakses Group Whatsapp Tahun 1 2025 atau pautan ini https://chat.whatsapp.com/Js00eaS5tRWG9WsGctb56m bagi memudahkan penyaluran maklumat oleh pihak sekolah.

Terima kasih.

Program Ceramah Motivasi Keibubapaan dan Hala Tuju UPKK 2024 SRA JAIM Ayer PanasTarikh: 3 Ogos 2024 (Sabtu)Masa: 7.30-12...
09/08/2024

Program Ceramah Motivasi Keibubapaan dan Hala Tuju UPKK 2024 SRA JAIM Ayer Panas
Tarikh: 3 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 7.30-12.30 Tengahari

Program Motivasi ibubapa bersama murid UPKK dan hala tuju UPKK 2024 adalah program khas yang dijalankan untuk murid-murid calon UPKK 2024 yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Aktiviti ini melibatkan calon UPKK bersama ibubapa bagi meningkatkan motivasi diri anak-anak serta ibubapa disamping dapat memahami perubahan format baharu pada tahun ini.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1445H PERINGKAT SEKOLAHObjektif sambutan ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada s...
26/04/2024

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1445H PERINGKAT SEKOLAH

Objektif sambutan ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada semua warga SRA JAIM Ayer Panas untuk mengenali dengan lebih rapat sekaligus mengeratkan silaturahim disamping dapat sama-sama berkongsi juadah yg dibawa dan menikmati juadah hari raya yang kita sedia maklum hanya sering dinikmati ketika lebaran sahaja.

Sambutan seumpama ini juga dapat memberikan kenangan indah kepada para pelajar dan guru serta membantu dalam membuka minda pelajar untuk memandang sekolah bukan sahaja sebagai institusi menuntut ilmu semata-mata, tetapi juga sebagai tempat untuk belajar memperbaiki kemahiran komunikasi dan bersosial.

SALAM AIDILFITRI DIUCAPKAN KEPADA SEMUA..
TULUS IKHLAS DARIPADA WARGA SRA JAIM AYER PANAS.

(Oleh Unit Hebahan dan Publisiti)

IHYA' RAMADHAN 1445HMajlis Perasmian Penutup Ihya' Ramadhan diserikan dengan Majlis Khatam al-Quran oleh murid tahun ena...
26/04/2024

IHYA' RAMADHAN 1445H

Majlis Perasmian Penutup Ihya' Ramadhan diserikan dengan Majlis Khatam al-Quran oleh murid tahun enam, penyampaian hadiah pertandingan kad raya kreatif dan pertandingan takbir raya serta sumbangan kepada murid dalam kalangan anak yatim dan asnaf.

Pengisian program dan aktiviti anjuran Unit Kokurikulum ini dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan justeru melahirkan generasi cemerlang duniawi dan ukhrawi.

Semoga bertemu lagi kita di Ramadhan akan datang, 1446H. In shaa Allah.

(Oleh Unit Hebahan dan Publisiti)

PROGRAM MELANGKAH KE ALAM REMAJA SRA JAIM AYER PANAS 2023/2024Kumpulan sasaran: Murid Tahun Enam 2023/2024Objektif: Memb...
26/04/2024

PROGRAM MELANGKAH KE ALAM REMAJA SRA JAIM AYER PANAS 2023/2024

Kumpulan sasaran: Murid Tahun Enam 2023/2024
Objektif: Memberi pendedahan tentang alam remaja kepada semua murid tahun enam.

Penceramah jemputan: Puan Asma binti Ahmad Azraai (Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat LPPKN)

(Oleh Unit Hebahan dan Publisiti)

PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN SATU SESI 2025 KE SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIM AYER PANASMakluman kepada semua ibubapa d...
03/04/2024

PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN SATU SESI 2025 KE SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIM AYER PANAS

Makluman kepada semua ibubapa dan penjaga SRA JAIM AYER PANAS

➡️Pendaftaran online kemasukan tahun 1 telah dibuka.

➡️Tarikh pendaftaran *KEMASUKAN TAHUN 1 telah dibuka bermula 01 April 2024 hingga 31 Ogos 2024.

➡️Pendaftaran boleh dibuat di laman web di pautan ini https://iems.melaka.gov.my/

➡️Mohon hebahkan dan war-warkan kepada yang mempunyai anak tahun 1 yang akan bersekolah bagi sesi 2025.

KUOTA ADALAH TERHAD KEPADA 60 ORG MURID TAHUN SATU SAHAJA

Harap maklum dan terima kasih 🌹

Address

SRA JAIM AYER PANAS
Bemban
77200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRA JAIM AYER PANAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRA JAIM AYER PANAS:

Shortcuts

Share