31/07/2026
“昌明世代,回收文化”
Generasi MADANI, Budaya Kitar Semula
🌱 MAKMAL AKTIF LESTARI 🌱
携手实践 MADANI 价值,共创绿色永续校园!
为了培养学生的环保意识,并贯彻 昌明大马(Malaysia MADANI) 的核心价值,野新拉朗华小积极推动 MAKMAL AKTIF LESTARI 环保教育活动,让学生在实践中学习,在行动中成长。
活动围绕 MADANI 六大核心价值:
🌿 永续(Kemampanan) —— 珍惜资源,爱护环境。
🤝 和谐(Hormat) —— 尊重自然,与环境共生。
💚 仁爱(Ihsan) —— 关爱地球,从小事做起。
🌟 创新(Daya Cipta) —— 发挥创意,实践环保。
🏡 福祉(Kesejahteraan) —— 打造健康、整洁、舒适的校园。
💪 信念(Keyakinan) —— 培养勇于承担责任的新时代公民。
环保不仅是一项活动,更是一种生活态度。我们希望每一位学生都能把环保理念融入日常生活,从节约用水、节约用电、垃圾分类、资源回收开始,以实际行动守护我们的地球。
今天学习,明天永续;实践 MADANI,建设绿色未来! 🌍 ♻️
🌱 MAKMAL AKTIF LESTARI 🌱
Menghayati Nilai MADANI, Membina Sekolah Lestari!
Bagi menyemai budaya cintakan alam sekitar serta menghayati aspirasi Malaysia MADANI, SJK(C) Jasin Lalang telah melaksanakan program MAKMAL AKTIF LESTARI sebagai platform untuk membentuk murid yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan masa depan negara.
Program ini menekankan 6 Nilai Teras Malaysia MADANI, iaitu:
🌿 Kemampanan – Memelihara alam sekitar demi generasi akan datang.
🤝 Hormat – Menghargai alam dan hidup dalam keharmonian.
💚 Ihsan – Menyemai kasih sayang terhadap bumi melalui tindakan yang bertanggungjawab.
💡 Daya Cipta – Menggalakkan kreativiti dalam amalan kelestarian.
🏡 Kesejahteraan – Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selesa.
💪 Keyakinan – Membentuk murid yang yakin, berdisiplin dan bertanggungjawab.
Kelestarian bukan sekadar satu program, tetapi satu amalan hidup. Marilah kita bersama-sama mengamalkan budaya 3R (Reduce, Reuse, Recycle), menjaga kebersihan sekolah serta menggunakan sumber secara berhemah demi kesejahteraan masyarakat dan kelestarian negara.
Belajar Hari Ini, Lestari Masa Depan. Hayati MADANI, Lestarikan Bumi! 🌍♻️