03/08/2026
SEMARAK KEMERDEKAAN BERMULA π²πΎ
πΈ Lensa Limau | 3 Ogos 2026
Bulan Kemerdekaan 2026 di SK Limau-Limau secara rasminya membuka tirai menerusi Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang berlangsung pada pagi ini, dari jam 7.10 hingga 8.10 pagi.
Dianjurkan oleh Panitia Sejarah, majlis ini menjadi titik permulaan kepada pelbagai aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang bulan kemerdekaan dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta akan negara dalam kalangan warga sekolah.
Pengibaran Jalur Gemilang menjadi simbol kebanggaan serta peringatan terhadap perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu dalam membina sebuah negara yang merdeka, aman dan berdaulat.
Sambutan ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi merupakan ruang untuk murid mengenali sejarah negara, menghayati erti kemerdekaan serta memahami tanggungjawab mereka sebagai generasi pewaris Malaysia.
Penghargaan dirakamkan kepada Panitia Sejarah, barisan pentadbir, guru-guru, staf dan murid yang bersama-sama menjayakan majlis pelancaran ini.
Kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan jiwa merdeka.