12/05/2026
KONTINJEN SK PAMOL
KEJOHANAN OLAHRAGA ZON PAMOL TAHUN 2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen SK Pamol atas komitmen, disiplin dan semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang penyertaan dalam Kejohanan Olahraga Zon Pamol yang telah berlangsung pada 11 hingga 12 Mei 2026.
Seramai 31 orang atlet telah mewakili sekolah dengan penuh dedikasi dan berjaya mengharumkan nama SK Pamol dengan pencapaian membanggakan:
π Tempat Ketiga Keseluruhan
π₯ Emas : 3
π₯ Perak : 2
π₯ Gangsa : 3
Penghargaan turut diberikan kepada:
π¨βπ« Pengurus Pasukan
Cikgu Mohd Ikmal
π©βπ« Penolong Pengurus Pasukan
Cikgu Nur Alifah Ilyana
π¨βπ«π©βπ« Guru Pengiring
Cikgu Vieanna
Cikgu Amirul
Cikgu Rahimi
Cikgu Amirush
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak polis atas kehadiran dan bantuan menjaga keselamatan kontinjen SK Pamol semasa proses menyeberangi sungai menggunakan bot sepanjang kejohanan berlangsung. Jasa dan kerjasama yang diberikan amat dihargai demi memastikan keselamatan semua atlet dan guru pengiring sentiasa terjamin.
Terima kasih atas usaha, pengorbanan dan kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa serta warga sekolah yang sentiasa memberikan sokongan kepada atlet-atlet SK Pamol.
βBerjuang dengan semangat, pulang dengan kejayaan.β πͺπ