01/07/2026
NADI x Awareness: Bijak Menapis, Tangkas Menangkis Berita Palsu!
Tarikh: 11 Jun 2026
Sasaran: Pelajar Sekolah / Remaja
Pada era digital yang serba pantas ini, maklumat berada hanya di hujung jari. Namun, sejauh manakah kesahihan maklumat yang kita terima setiap hari?
Menyedari pentingnya literasi digital dalam kalangan generasi muda, Taklimat berita palsu daripada NADI Awarness adalah Slot yang berlangsung selama satu jam ini memfokuskan kepada usaha mendidik komuniti agar lebih bertanggungjawab sebelum menekan butang 'share'.
Mengapa Slot Ini Penting?
Lambakan info di media sosial seperti TikTok, WhatsApp, dan Facebook kadangkala mengelirukan. Melalui taklimat ini, para peserta didedahkan dengan:
Cara mengenali ciri-ciri berita palsu (tajuk yang umpan klik/clickbait, tiada sumber rasmi, dan menggunakan gambar lama).
Impak buruk penularan berita palsu terhadap ketenteraman masyarakat dan individu.
Pengenalan kepada portal rasmi seperti Sebenarnya.my untuk menyemak kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya.
Sambutan Menggalakkan Daripada Pelajar
Sesi yang dikendalikan secara dalam talian (online) ini telah disertai oleh 6 orang pelajar tempatan yang berkumpul di pusat NADI. Walaupun dijalankan secara maya, suasana tetap interaktif! Para peserta kelihatan fokus dan aktif bersoal jawab sepanjang sesi perkongsian berlangsung.
"Langkah yang kecil, impak yang besar. Melalui taklimat ringkas sebegini, kita mampu melahirkan komuniti digital yang lebih matang, beretika, dan tidak mudah terpedaya dengan khabar angin."
Jom Jadi Pengguna Bijak!
Pihak NADI Kg Gana Jati ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar yang meluangkan masa untuk hadir. Ingat, formula mudah untuk kita semua: Tidak Pasti, Jangan Kongsi!
Ikuti page kami untuk info dan pelbagai aktiviti menarik serta latihan kemahiran digital percuma yang akan datang. Sampai jumpa lagi di program seterusnya!