SK Golong Paitan Beluran Official

SK Golong Paitan Beluran Official School in Paitan Beluran under PPD Beluran

Ucapan Syukur & Tahniah Kontinjen SK GolongKami panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas pencapaian yang begitu membang...
04/05/2026

Ucapan Syukur & Tahniah Kontinjen SK Golong
Kami panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas pencapaian yang begitu membanggakan oleh Kontinjen SK Golong dalam Sukan MSSZ Paitan 27–29 April yang lalu. Semangat juang murid-murid benar-benar menyerlah dan memberikan inspirasi kepada kita semua.

Tahniah kepada semua murid yang berjaya mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian cemerlang masing-masing.
Buat murid yang belum mencapai kemenangan, jangan sesekali berputus asa — setiap kekalahan bukan penamat, tetapi kemenangan yang tertunda dan satu langkah penting dalam perjalanan menjadi lebih kuat, lebih matang dan lebih hebat pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas juga kepada barisan coach atlet yang diketuai oleh Cikgu Cpyrian & Cikgu Alim serta semua pembantu coach atas bimbingan cemerlang. Penghargaan khusus juga kepada Ustaz Zulkanain Mehamat, coach perbarisan, serta barisan AJK Perbarisan atas komitmen dan disiplin tinggi dalam mempersiapkan pasukan sehingga berjaya membawa pulang kejayaan. Usaha gigih kalian ini menjadi saksi dedikasi tulus yang hanya Tuhan jua mampu membalasnya.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan pentadbir, guru-guru, AKP serta warga kerja swasta (Keselamatan & Pembersihan) atas sokongan padu yang tidak pernah jemu. Tidak dilupakan para ibu bapa dan penjaga yang sentiasa menghadiahkan doa dan dorongan buat anak-anak kita.

Pencapaian kali ini benar-benar membanggakan — SK Golong berjaya merangkul tempat ke-2 keseluruhan serta muncul Johan Perbarisan Lintas Hormat.

Syabas Kontinjen SK Golong! Terus melangkah dengan semangat, disiplin dan membawa aura kesukanan unggul sekolah. 🟦🟨✨

Tahniah diucapkan kepada wakil penari sekolah yang telah menyertai Pertandingan Tarian TASEEM Peringkat Daerah Beluran b...
26/04/2026

Tahniah diucapkan kepada wakil penari sekolah yang telah menyertai Pertandingan Tarian TASEEM Peringkat Daerah Beluran bagi tahun 2026!✨

Pihak sekolah amat berbangga dengan keberanian dan semangat yang ditunjukkan oleh:
1. Adik Je Reveile Juslee (Tahun 6)
2. Adik Nur Elisha Dania Zara Binti Mohd Shahrul Nizam (Tahun 4)

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha gigih mereka dalam mempamerkan bakat seni tari dan mengharumkan nama SK Golong di peringkat daerah. Pengalaman ini pastinya menjadi batu lonjakan untuk terus berjaya pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas segala sokongan di belakang tabir, tenaga, dan kerjasama padu yang diberikan dalam memastikan penglibatan murid kita berjalan lancar.

Teruskan berusaha dan jangan pernah berputus asa. Bakat anda, kebanggaan kami! 💃🕺✨

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨Maaf Zahir dan Batin daripada seluruh warga SK Golong Beluran.Semoga Syawal yang menjelma...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨
Maaf Zahir dan Batin daripada seluruh warga SK Golong Beluran.

Semoga Syawal yang menjelma membawa sinar kebahagiaan, keberkatan serta mengeratkan lagi silaturahim antara kita semua.

Raikan dengan penuh kesyukuran bersama insan tersayang. 💚

Tulus ikhlas,
SK Golong Beluran

Tahniah dan syabas kepada semua atlet SK Golong yang telah menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSD Beluran 2026 pada 10 F...
10/03/2026

Tahniah dan syabas kepada semua atlet SK Golong yang telah menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSD Beluran 2026 pada 10 Februari yang lalu. Semangat juang, disiplin dan usaha gigih yang ditunjukkan amat membanggakan warga sekolah.

Tahniah istimewa kepada Adik Adielson Jailiu dan Yohana Cherolisa Polmen yang berjaya melayakkan diri ke peringkat Negeri. Semoga terus cemerlang dan membawa nama baik sekolah ke tahap yang lebih tinggi.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada jurulatih Cikgu Wan Nuralim dan Cikgu Cpyrian atas usaha serta komitmen gigih dalam melatih dan memastikan para atlet dapat bertanding dengan mantap.

Teruskan berusaha dan mengharumkan nama SK Golong! 💪🏃‍♂️🏃‍♀️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Dipertua Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Negeri ...
08/03/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Dipertua Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Negeri Sabah, Datuk Nordin Mohd Taip bersama barisan Ahli Majlis Tertinggi PGBM serta Pengerusi MPGB Beluran, Tuan Isau Bin Maidin atas kesudian meluangkan masa melawat dan menyantuni warga SK Golong susulan kejadian banjir yang melanda baru-baru ini.

Lawatan penuh keprihatinan ini telah disambut baik oleh Penolong Kanan HEM SK Golong, Cikgu Lyisronney Dulasik (Cikgu Ronny) dan Cikgu Ramlee Gani. Kehadiran dan sokongan yang diberikan bukan sahaja membawa perhatian dan keprihatinan, malah menjadi suntikan semangat kepada warga sekolah untuk terus bangkit dan meneruskan tanggungjawab mendidik anak-anak bangsa.

Sesungguhnya, kehadiran Datuk, Tuan Isau, barisan kepimpinan PGBM, Guru-guru Besar ini amat bermakna buat seluruh warga SK Golong. Ia mencerminkan semangat kebersamaan, keprihatinan dan solidariti dalam memastikan kebajikan warga sekolah sentiasa diberi perhatian. 🤝

Semoga segala jasa, keikhlasan dan usaha murni ini diberkati serta terus mengukuhkan jalinan silaturahim dalam memperkasakan dunia pendidikan. ❤️





❤️💙🤝
06/03/2026

❤️💙🤝

Bangkit Selepas Banjir : Demi Masa Depan Murid-murid SK Golong - Harapan dan Kepedulian 1Bencana banjir besar yang melan...
05/03/2026

Bangkit Selepas Banjir : Demi Masa Depan Murid-murid SK Golong - Harapan dan Kepedulian

1
Bencana banjir besar yang melanda sekolah baru-baru ini meninggalkan impak yang begitu mendalam dan menghiris hati warga sekolah dan komuniti setempat. Sesungguhnya, ketentuan-Nya tidak dapat ditolak atau disangkal.

2
Lawatan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah Beluran dan Jurutera Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah Beluran amat bermakna kepada warga SK Golong. Kehadiran tuan - puan memberikan nafas baru kepada infrastruktur dan kemudahan sekolah khususnya. (baca : antara hak, kebajikan, keselesaan dan keselamatan warga sekolah)

3
Antara yang paling terkesan ialah bangunan kayu lama yang kini berada pada tahap kritikal dan bahaya - Melibatkan lima buah kelas, bilik SPBT, bilik pusat sumber serta bilik kerani. Bangunan ini merupakan ruang penting yang digunakan setiap hari oleh murid dan guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta urusan pentadbiran sekolah.

4
Selepas kejadian banjir, keadaan struktur bangunan tersebut semakin membimbangkan dan memerlukan perhatian serta tindakan segera demi keselamatan dan keselesaan warga sekolah.

5
Walaupun berdepan dengan cabaran ini, semangat murid dan guru di SK Golong tetap utuh untuk meneruskan operasi sekolah seperti biasa. Justeru itu, pihak sekolah dengan penuh harapan memohon pertimbangan agar usaha penambahbaikan atau penggantian bangunan yang terjejas dapat diberi perhatian dengan kadar segera. (baca : quick to act, no delay)

6
Kerana bagi SK Golong, bangunan mungkin terjejas oleh banjir, tetapi impian dan semangat anak-anak untuk belajar tidak pernah tenggelam.







Lawatan Pasca-Banjir daripada Tuan Haji Razuwanda Bin Darman, SIP+ Sektor Pengurusan Sekolah PPD Beluran.1Lawatan ini be...
04/03/2026

Lawatan Pasca-Banjir daripada Tuan Haji Razuwanda Bin Darman, SIP+ Sektor Pengurusan Sekolah PPD Beluran.

1
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau tahap kerosakan sekolah akibat banjir, menilai aspek keselamatan dan kebersihan, serta membincangkan keperluan segera bagi memastikan kelangsungan pengurusan sekolah dan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

2
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan, sokongan serta panduan yang diberikan demi kesejahteraan warga sekolah.

3
Terima kasih atas sokongan berterusan.



Sejambak Penghargaan, Setulus Terima KasihSelepas banjir besar melanda sekolah kami, pihak sekolah diuji dengan kesan ya...
04/03/2026

Sejambak Penghargaan, Setulus Terima Kasih

Selepas banjir besar melanda sekolah kami, pihak sekolah diuji dengan kesan yang mendalam, termasuk lumpur yang tertinggal serta ruang yang terjejas, di samping keperluan untuk bangkit semula dengan segera.

Dalam tempoh tersebut, hadir wira berbaju merah penyuluh harapan, menghulurkan bantuan dengan penuh dedikasi dalam usaha membersihkan kawasan sekolah.

Dengan kecekapan, kesungguhan dan semangat kemanusiaan yang tinggi, setiap usaha yang dicurahkan menjadi bukti bahawa tugas dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas jasa bakti yang begitu murni dan bermakna.

Terima kasih anggota bomba Balai Bomba Dan Penyelamat Sandakan

Terima kasih anggota bomba Balai Bomba Dan Penyelamat Beluran




Corporate Social Responsibility (CSR) Estate Low Soew Weng“Cikgu Ronny, ada idea kah mau minta bantuan dengan siapa?”soa...
03/03/2026

Corporate Social Responsibility (CSR) Estate Low Soew Weng

“Cikgu Ronny, ada idea kah mau minta bantuan dengan siapa?”soal seorang guru, suaranya perlahan menahan lelah. Lumpur masih tebal, air bertakung di setiap sudut.
Pam tiada. Baldi terlalu kecil untuk melawan kesan banjir yang besar.

Begitulah kisahnya bermula.

Selepas banjir, yang tinggal hanyalah lumpur, sunyi dan ruang-ruang belajar yang kehilangan suara. Sekolah berdiri kaku, seolah-olah menunggu sesuatu yang mampu mengembalikan maknanya.

Sebuah pam air hadir — bukan sebagai mesin, tetapi sebagai isyarat bahawa kepedulian masih hidup. Setiap aliran air yang disingkirkan, perlahan-lahan sekolah bernafas kembali. Kebersihan pulih, keselamatan kembali dan harapan menemukan tempatnya.

Di situlah falsafahnya terungkap:
kadang-kadang, untuk membina masa depan, kita hanya perlu mengalihkan apa yang menghalang kehidupan daripada terus mengalir.

Jutaan terima kasih kepada Estate Low Soew Weng. Sumbangan dan bantuan ini disampaikan oleh Tuan James dan Puan Hasrita Hasrita Nasir mewakili Estate Low Soew Weng dan diterima wakil pihak sekolah, Cikgu Lyisronney Dulasik Ronny Ronn, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SK Golong, Paitan Beluran. ❤️🩵
🤝






Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Tentera Laut Diraja Malaysia Markas Wilayah Laut 2  ❤️💙
28/02/2026

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Tentera Laut Diraja Malaysia Markas Wilayah Laut 2 ❤️💙

Address

P/O Box 27
Beluran
90107

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Golong Paitan Beluran Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Golong Paitan Beluran Official:

Shortcuts

Share

Category