PASTI Al-Munawwarah Utama

PASTI Al-Munawwarah Utama Tadika yang mengamalkan sistem pendidikan Islam bagi kanak-kanak berumur 4-6 tahun

⚽🏐 SEKITAR KEJOHANAN BOLA SEPAK & BOLA JARING PASTI KAWASAN TANGGA BATU 2026 🏐⚽Alhamdulillah, pada 14 Mei 2026 (Khamis) ...
20/05/2026

⚽🏐 SEKITAR KEJOHANAN BOLA SEPAK & BOLA JARING PASTI KAWASAN TANGGA BATU 2026 🏐⚽

Alhamdulillah, pada 14 Mei 2026 (Khamis) yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Kawasan Tangga Batu bertempat di Kompleks Sukan Batu Berendam.

PASTI Al-Munawwarah Utama telah menghantar seramai 20 orang murid sebagai wakil sekolah:

⚽ Pasukan Bola Sepak — 10 orang pemain
🏐 Pasukan Bola Jaring — 10 orang pemain

Tahniah dan syabas kepada semua pemain yang telah menunjukkan semangat kesukanan, kerjasama dan usaha yang terbaik sepanjang kejohanan berlangsung. Terima kasih juga kepada guru-guru serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan. 💚

Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah serta pembakar semangat untuk terus maju pada masa akan datang. ✨





PENDAFTARAN 2026PASTI AL-MUNAWWARAH UTAMAAssalamualaikum dan salam sejahtera,Didoakan Ibubapa sentiasa dalam rahmat Alla...
11/09/2025

PENDAFTARAN 2026

PASTI AL-MUNAWWARAH UTAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Didoakan Ibubapa sentiasa dalam rahmat Allah.

1. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan murid ke PASTI 2026 telah dibuka.

2. Permohonan adalah melalui online sahaja

LINK PENDAFTARAN
https://pastimalaysia.com/epasti-online/

1.Klik pendaftaran baru
2.Masukkan kod pasti ⤵️
KOD PASTI : M030308
3.Masukkan Maklumat murid dan ibu bapa penjaga

3. Sila baca syarat-syarat permohonan dengan teliti, dan sertakan dokumen-dokumen berikut kepada guru atau hantar terus dokumen berikut ke pejabat sekolah.

✅ Sijil kelahiran/Sijil Anak Angkat pemohon
✅Mykid pemohon
✅Mykad Bapa/ Penjaga pemohon
✅Mykad Ibu/Penjaga pemohon
✅Gambar berukuran passport

4. Sebarang pertanyaan sila hubungi/whatsapp pejabat sekolah
*(waktu pejabat 8 pagi - 2.00 petang ; ISNIN - JUMAAT sahaja) ditalian

📞 06-5553458 (Pejabat)
atau
📞 010-2324655 (Puan Noriah)
📞 013-6258701 (Teacher Ummi)

Harap maklum. Sekian, terima kasih

31/08/2025

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-68 🎆

Tanggal 31 Ogos 2025, genaplah 68 tahun Malaysia merdeka.
Peristiwa bersejarah pada 20 Februari 1956 di Banda Hilir, Melaka, apabila YTM Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan, menjadi detik keramat lahirnya sebuah negara berdaulat.

Marilah kita menghayati erti kemerdekaan dengan penuh kesyukuran, mengisi kemerdekaan ini dengan semangat perpaduan, serta memperkukuhkan jati diri bangsa yang berakhlak dan berilmu.

🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Ikhlas daripada:
Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al Munawwarah Negeri Melaka
Sekolah Rendah Islam Al-Munawwarah
PASTI Al-Munawwarah Utama

Finger painting Dari kelas 4tahun.
12/04/2025

Finger painting Dari kelas 4tahun.

Murid 5 tahun🥰
12/04/2025

Murid 5 tahun🥰

31/03/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Munawwarah, Sekolah Rendah Islam Al-Munawwarah, PASTI Al-Munawwarah Utama mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kegembiraan, dan keampunan buat kita semua.

31 Mac 2025M | 1 Syawal 1446H

01/03/2025

Assalamualaikum w.b.t.,
Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Ayuh sama-sama kita manfaatkan kesempatan ini untuk memperbanyakkan amal ibadah, menambah ketakwaan dan mempererat ukhuwah sesama kita.

Semoga segala amalan kita diterima dan Ramadan 1446H kali ini menjadi asbab bertambahnya rahmat serta keberkatan dalam hidup.

Ikhlas daripada:
🖋️Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al Munawwarah Negeri Melaka
🖋️Sekolah Rendah Islam Al-Munawwarah
🖋️PASTI Al-Munawwarah Utama

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa!

09/02/2025

🌟Rangkuman Aktiviti PASTI Al-Munawwarah Utama 2024/2025!🌟

Alhamdulillah! Sesi akademik 2024/2025 penuh dengan momen indah, pembelajaran bermakna, dan kenangan yang tak ternilai. Dari sesi pembelajaran interaktif, aktiviti luar kelas, hingga program khas yang menceriakan anak-anak, semuanya telah dirakam sebagai memori berharga.

📹 Saksikan video rangkuman aktiviti sepanjang tahun ini dan hayati detik-detik istimewa anak-anak PASTI Al-Munawwarah dalam perjalanan ilmu dan akhlak.

💚 Terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru, dan semua yang sentiasa menyokong perkembangan anak-anak soleh dan solehah kami. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi bekal dunia dan akhirat.

📌 Jangan lupa Like 👍, Komen 💬 & Kongsi 📢 supaya lebih ramai dapat melihat kegembiraan mereka!

Majlis Anugerah Prestasi Pelajar PASTI peringkat cawangan Tarikh: 12 Januari 2025Tempat: Dataran SRI Al-Munawwarah“Alham...
13/01/2025

Majlis Anugerah Prestasi Pelajar PASTI peringkat cawangan
Tarikh: 12 Januari 2025
Tempat: Dataran SRI Al-Munawwarah

“Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, Majlis Anugerah Prestasi Pelajar PASTI 2024 telah berjaya dilaksanakan pada 12 Januari 2025. Majlis ini diadakan untuk mengiktiraf usaha, kecemerlangan, dan pencapaian para pelajar sepanjang tahun 2024. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah yang telah menunjukkan dedikasi tinggi dalam pelajaran serta akhlak terpuji. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang pada masa hadapan. Terima kasih juga kepada guru-guru, ibu bapa, dan semua pihak yang telah menjayakan majlis ini.”

Address

Kampung Pulau
Belimbing
76100

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 12:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Al-Munawwarah Utama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category