Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai

Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai, School, Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai, Belawai.

Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai atau nama ringkasnya SMK Belawai, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pendidikan Daerah Daro.

10/08/2026
|| KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN BAHASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2026|| ‎بسم الله الرحمن الرحيمAssalamualaikum Wm. Wb...
07/08/2026

|| KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN BAHASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2026||

‎بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Wm. Wbt. Salam Je’ulo Telo dan Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak,

Karnival Semarak Perpaduan Bahasa Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 telah berlangsung pada;

Tarikh : 3 hingga 6 Ogos 2026
Tempat : SMK Matang Jaya, Padawan

SMK Belawai telah menghantar dua orang peserta mewakil PPD Daro ke peringkat negeri Sarawak bagi Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi Madani bagi dua kategori iaitu Pidato Kategori Menengah Rendah dan Menengah Atas. Berikut merupakan keputusan Keseluruhan pertandingan;

Pidato Kategori Menengah Rendah
1. Ahmad Faa'iq bin Suhardi (Johan)

Pidato Kategori Menengah Atas
1. Muhammad Naqiuddin bin Abdul Mohamad Khomeini (Tempat keempat)

Seorang pelajar iaitu Ahmad Faa'iq bin Suhardi akan mewakili negeri Sarawak ke Peringkat Kebangsaan bagi pertandingan Pidato Aspirasi Generasi Madani Kategori Menengah Rendah yang berlangsung pada bulan Oktober di PICC Putrajaya.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Unit Kokurikulum sekolah, Jurulatih, guru pengiring dan warga sekolah atas sinergi, komitmen dan kerjasama yang jitu.

Sekian, Terima Kasih.

Untuk maklumat lebih lanjut, ikuti kami di :

Facebook : Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai
Youtube : https://youtube.com/
TikTok:



|| KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026 || ‎بسم الله الرحمن الرحيمAssalamualaikum Wm. Wbt. S...
05/08/2026

|| KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026 ||

‎بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Wm. Wbt. Salam Je’ulo Telo dan Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak,

Syabas dan tahniah diucapkan kepada FREDERICK HATTRICK ANAK BELILI, guru pengiring serta jurulatih yang telah mempamerkan semangat kesukanan, disiplin, ketabahan dan komitmen yang tinggi sepanjang penyertaan dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak 2026 yang telah berlangsung dengan jayanya, dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Miri, Subis dan Baram. Semoga pengalaman yang diperoleh sepanjang kejohanan ini menjadi pemangkin untuk terus mengembangkan potensi, meningkatkan keyakinan diri serta mengharumkan nama sekolah pada masa hadapan.

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada atlet SMK Belawai yang telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak 2026. Penyertaan ini bukan sahaja menyerlahkan bakat, kecekalan dan semangat juang yang tinggi, malah turut mengharumkan nama sekolah melalui pencapaian yang membanggakan seperti berikut:

🥇 400 meter – Johan (Tempat Pertama)
🥉 200 meter – Tempat Ketiga
🥉 100 meter – Tempat Ketiga

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMK Belawai untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan, di samping memupuk semangat kesukanan, disiplin dan daya saing yang positif.



05/08/2026
Warga Tanjung Manis dan sekitarnya, jom realisasikan impian anda melalui PRO-DR 2026 Roadshow!Terokai pelbagai peluang p...
05/08/2026

Warga Tanjung Manis dan sekitarnya, jom realisasikan impian anda melalui PRO-DR 2026 Roadshow!

Terokai pelbagai peluang pengajian tinggi, latihan TVET, laluan kerjaya serta pembiayaan pendidikan melalui lebih 40 reruai pameran yang menghimpunkan institusi pengajian tinggi, penyedia TVET, agensi kerajaan dan rakan industri.

Apa yang menanti anda:
• Ekspo Pendidikan & Kerjaya
• Pameran Future Tech & Hands-On STEM
• Pelbagai pertandingan dan aktiviti interaktif

Terbuka kepada pelajar sekolah, lepasan SPM, lepasan sekolah, ibu bapa, pencari kerja dan seluruh komuniti di sekitar Tanjung Manis.

Dapatkan maklumat mengenai pengajian tinggi, TVET, peluang kerjaya dan pembiayaan pendidikan secara terus daripada institusi dan agensi berkaitan, serta ambil langkah untuk merealisasikan impian anda.



📢 COMING SOON TO SMK BELAWAI!👉 Nantikan pengumuman rasmi mengenai masa dan pengisian program di page Sekolah Me...
29/07/2026

📢 COMING SOON TO SMK BELAWAI!

👉 Nantikan pengumuman rasmi mengenai masa dan pengisian program di page Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai ini.

Pastikan anda Like, Follow dan Share supaya tidak terlepas sebarang maklumat penting!

|| GEMA PANTUN WARISAN|| ‎بسم الله الرحمن الرحيمAssalamualaikum Wm. Wbt. Salam Je’ulo Telo dan Salam Menjulang Pendidika...
25/07/2026

|| GEMA PANTUN WARISAN||

‎بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Wm. Wbt. Salam Je’ulo Telo dan Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak,

Karnival bahasa Melayu Gema Pantun Warisan telah berlangsung pada 15 Julai 2026 bertempat di SK Abang Gesa yang melibatkan 5 orang peserta. Program yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Bakat Murid bertujuan untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar serta meningkatkan penguasaan bahasa Melayu terutama dalam pertandingan pantun.

SMK Belawai telah menghantar satu pasukan pantun peringkat daerah Daro. Berikut merupakan keputusan pertandingan;

Pemantun Terbaik Keseluruhan
1. Ahmad Faa'iq bin Suhardi

Pertandingan Akhir
Keputusan : Johan
1. Ahmad Faa'iq bin Suhardi
2. Muhammad Qhairil Hafizi bin Julka
3. Mohammad Nur Hamizan bin Omar
4. Ariff Fatah bin Nurul Hikmat
5. Ikbar Mundzir bin Hamidon

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Unit Kokurikulum sekolah, Jurulatih dan guru pengiring atas komitmen dan kerjasama yang jitu.

Sekian, Terima Kasih.

Untuk maklumat lebih lanjut, ikuti kami di :

Facebook : Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai
Youtube : https://youtube.com/
TikTok:



|| KARNIVAL KODAO 6.0 BAHASA MELAYU|| ‎بسم الله الرحمن الرحيمAssalamualaikum Wm. Wbt. Salam Je’ulo Telo dan Salam Menjul...
25/07/2026

|| KARNIVAL KODAO 6.0 BAHASA MELAYU||

‎بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Wm. Wbt. Salam Je’ulo Telo dan Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak,

Karnival Kodao 6.0 bahasa Melayu telah berlangsung pada 23 Julai 2026 bertempat di SMK Belawai yang melibatkan 3 orang peserta. Program yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Bakat Murid bertujuan untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar serta meningkatkan penguasaan bahasa Melayu terutama dalam pertandingan seperti Bicara berirama dan Pidato.

SMK Belawai telah menghantar 3 orang peserta bagi pertandingan Pidato bagi dua kategori iaitu Pidato Kategori Menengah Rendah dan Menengah Atas. Berikut merupakan keputusan pertandingan;

Pidato Kategori Menengah Rendah
1. Ahmad Faa'iq bin Suhardi (Johan)
2. Nur Halili Amani binti Sallehudin (Naib Johan)

Pidato Kategori Menengah Atas
1. Muhammad Naqiuddin bin Abdul Mohamad Khomeini (Johan)

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Unit Kokurikulum sekolah, Jurulatih dan guru pengiring atas komitmen dan kerjasama yang jitu.

Sekian, Terima Kasih.

Untuk maklumat lebih lanjut, ikuti kami di :

Facebook : Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai
Youtube : https://youtube.com/
TikTok:



Address

Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai
Belawai
96150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category