SK Batu Keling

SK Batu Keling "SKBK AWESOME SCHOOL"

CHANNEL RASMI YOUTUBE TVPSS SK BATU KELING
Pautan :
https://www.youtube.com/

📺 Jom kita like, comment, share dan SUBSCRIBE channel rasmi YouTube TVPSS SK Batu Keling.

SAVE THE DATE! 🗓️✨Jangan terlepas menyaksikan aksi-aksi hebat atlet sekolah rendah daerah Belaga dalam KEJOHANAN OLAHRAG...
05/05/2026

SAVE THE DATE! 🗓️✨
Jangan terlepas menyaksikan aksi-aksi hebat atlet sekolah rendah daerah Belaga dalam KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD BELAGA pada 15 hingga 16 Mei ini! 🔥

Siapakah yang bakal membawa p**ang gelaran juara daerah tahun ini?
Mari saksikan secara langsung di SMK BAKUN. Sorakan anda adalah pembakar semangat mereka! 📣💪

"

📖 Hebahan NILAM – Bulan April 📖Syabas dan tahniah kepada 10 murid terbaik yang berjaya menduduki tempat Top 10 perekodan...
04/05/2026

📖 Hebahan NILAM – Bulan April 📖

Syabas dan tahniah kepada 10 murid terbaik yang berjaya menduduki tempat Top 10 perekodan bacaan dalam sistem AINS (NILAM)! 👏

Perhatian:
• Rekod bacaan dibuat sepenuhnya melalui sistem AINS
• Tempat 1 hingga 3 akan menerima sijil dan hadiah penghargaan 🏆

✨ Teruskan membaca dan jangan lupa rekod setiap bahan bacaan anda! ✨

Budaya membaca melahirkan generasi cemerlang.

🔗 Log masuk AINS:
https://ains.moe.gov.my/login?returnUrl=/

📍 Sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada guru kelas masing-masing.

Pasukan SK Batu Keling kini bersedia untuk menggegarkan Karnival Sukan dan Permainan di SK Long Gang! Bola Sepak, Sepak ...
23/04/2026

Pasukan SK Batu Keling kini bersedia untuk menggegarkan Karnival Sukan dan Permainan di SK Long Gang! Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Baling dan Bola Jaring—kami datang dengan satu matlamat: berjuang sehabis tenaga!

Semangat juang anak-anak SK Batu Keling tidak pernah luntur. Doakan kejayaan pasukan kami dalam empat acara utama yang dipertandingkan. Biar peluh mengalir, janji nama sekolah dijulang tinggi!

Selepas tamat aksi di padang dan gelanggang, giliran pentas malam p**a menjadi milik kami! Nantikan persembahan memukau dari wakil sekolah dalam pertandingan Genta Suara!

Pasukan SK Batu Keling berpaksi 3 hari di SK Long Gang untuk Karnival Sukan dan Permainan ⚽🏐🎾🎤

Selamat berjuang buat wira dan wirawati sekolah!


SK Batu Keling ialah zon selamat.Tempat untuk belajar, berkembang dan berasa dihormati.Buli dan gangguan seksual TIADA t...
09/02/2026

SK Batu Keling ialah zon selamat.
Tempat untuk belajar, berkembang dan berasa dihormati.
Buli dan gangguan seksual TIADA tempat di sini.

English Speaking Day @ SK Batu KelingGood morning everyone.Today is English Speaking Day at SK Batu Keling.On this day, ...
03/02/2026

English Speaking Day @ SK Batu Keling

Good morning everyone.

Today is English Speaking Day at SK Batu Keling.
On this day, we encourage all teachers, supporting staffs, and pupils to use English Language as much as possible in school.

You don’t need to speak perfect English.
You don’t need big words or long sentences.
What matters is trying.

Making mistakes is okay.
That’s how we learn.

Teachers and staffs, let us be good role models by using simple English with our pupils.

Pupils, be brave and confident. Speak with your friends, your teachers, and everyone around you.

Remember:
Practice makes progress.
The more we speak, the better we become.

Let’s make English fun, positive, and stress-free.

Thank you.
Have a great English Speaking Day!

Hari Pendaftaran Murid Asrama dan Pendaftaran Sekolah SK Batu Keling ✨ Selamat datang ke sesi persekolahan  baharu. Waja...
14/01/2026

Hari Pendaftaran Murid Asrama dan Pendaftaran Sekolah SK Batu Keling ✨

Selamat datang ke sesi persekolahan baharu. Wajah-wajah ceria, semangat baharu dan harapan besar bermula hari ini. Semoga semua anak-anak mendapat kejayaan yang diimpikan.

‘Datang dengan harapan, p**ang dengan kejayaan’

PENGUMUMAN RASMI | HARI PENDAFTARAN SESI 2026📢🎒 Selamat Kembali Ke Sekolah!SK Batu Keling dengan sukacitanya memaklumkan...
08/01/2026

PENGUMUMAN RASMI | HARI PENDAFTARAN SESI 2026📢

🎒 Selamat Kembali Ke Sekolah!
SK Batu Keling dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Hari Pendaftaran Sesi Persekolahan 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓 Tarikh : 11 Januari 2026
📆 Hari: Ahad
📍 Tempat : Asrama dan Kelas SK Batu Keling

⏰ Masa:
▪ 10.00 pagi – Pendaftaran Asrama & Taklimat Waris Murid Asrama
▪ 2.00 petang – 5.00 petang – Pendaftaran Murid Kelas Tahun 1 hingga Tahun 6

📄 Perhatian kepada ibu bapa / penjaga murid Tahun 2 hingga Tahun 6:

Sila bawa dan lengkapkan borang-borang berikut semasa hari pendaftaran:
1️⃣ Borang Maklumat Murid
2️⃣ Borang Perakuan Kesihatan Murid
3️⃣ Borang Kebenaran Rawatan Pergigian
4️⃣ Surat Kebenaran Rakaman Video
5️⃣ Borang Bantuan
6️⃣ Borang Urusan Rawatan Kesihatan

Kerjasama dan kehadiran ibu bapa / penjaga amat dihargai bagi memastikan urusan pendaftaran berjalan dengan lancar.

✨ SK Batu Keling – SKBK Awesome!✨
Terima kasih.

Terima kasih yang tak terhingga kepada 10 orang guru yang akan berpindah ke sekolah baharu. Banyak kenangan indah kita c...
20/12/2025

Terima kasih yang tak terhingga kepada 10 orang guru yang akan berpindah ke sekolah baharu. Banyak kenangan indah kita cipta bersama. Dari bilik guru, kelas, mesyuarat, padang bola, gelanggang, stadium sampai ke gelak tawa kecil yang buat hari-hari kita lebih bermakna 😊📚

Walaupun selepas ini kita tak lagi bersama setiap hari, jasa dan kebaikan cikgu-cikgu akan sentiasa kami ingat 🤍. Semoga terus diberi kekuatan, kesihatan dan kejayaan di tempat baharu. Jangan segan singgah, jangan lupa kami di sini ya

✨ Selamat maju jaya, cikgu! Terima kasih atas segalanya ✨






SK Batu Keling terus mengukir nama! 🔥🏃‍♂️🎤Kejohanan Merentas Desa & Pertandingan Nyanyian peringkat Daerah kali ini meny...
08/12/2025

SK Batu Keling terus mengukir nama! 🔥🏃‍♂️🎤

Kejohanan Merentas Desa & Pertandingan Nyanyian peringkat Daerah kali ini menyaksikan pasukan SKBK p**ang dengan gelaran Naib Juara Keseluruhan! Satu pencapaian yang membuktikan anak-anak kita bukan sahaja berbakat, tetapi juga bersemangat luar biasa. 💛💚

✨ Stefanus menyerlah hebat—tempat ke-3 dan membuktikan bakatnya dengan gelaran Persembahan Terbaik.
✨ Racheal menunjukkan larian yang konsisten dan bertenaga hingga meraih tempat ke-6 (P11TKB).
✨ Maxryan Balan p**a tidak kurang hebat dengan **tempat ke-7 (L11TKB)**.

Terima kasih atas semangat juang dan usaha gigih semua atlet serta sokongan guru-guru pembimbing. SKBK terus melangkah gagah! 🌟💪🔥

*Hebahan Dan Jemputan Ke Program Hari Komuniti Prasekolah SK Batu Keling 2025.*Sukacita dimaklumkan Prasekolah SK Batu K...
22/11/2025

*Hebahan Dan Jemputan Ke Program Hari Komuniti Prasekolah SK Batu Keling 2025.*

Sukacita dimaklumkan Prasekolah SK Batu Keling akan menganjurkan Hari Komuniti Prasekolah dengan kerjasama *ASNB* serta beberapa institusi kewangan tempatan seperti berikut:

*Tarikh* : 25 November 2025 (Selasa)
*Masa* : 0730 Pagi-0100 Petang
*Tempat*: Dewan Terbuka PIBG SK BATU KELING

Melalui program ini, pelbagai aktiviti seperti berikut:

⚽ *Sukaneka*
🥯 *Gerai Jualan*
💰 *Ceramah Kepentingan Menabung*
👨 *Kaunter Perkhidmatan Pelanggan ASNB/Maybank/RHB*

Antara perkhidmatan yang disediakan:
1️⃣ Pembukaan akaun kanak-kanak & dewasa
2️⃣ Khidmat Nasihat pelaburan
3️⃣Pelaburan Tambahan melalui Kad Debit

serta banyak lagi!

👨‍👩‍👧 Ibu/bapa yang ingin buka akaun anak perlu hadir bersama dan membawa IC serta MyKid anak.

📣 Jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan khidmat dan nasihat pelaburan terus dari pegawai ASNB/Maybank/RHB

Jom semua turut sama! 💙

19/11/2025

Address

Belaga
96900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Batu Keling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category